Orang ramai diajak menyumbang pendapat masing-masing secara dalam talian menerusi saluran khas 'Kertas Konsultasi Rakyat' bagi membantu kerajaan mencapai keputusan terbaik dalam menggubal dasar berkaitan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Pengerusi Panel Penasihat Bebas Konsultasi Rakyat PTPTN, Sheikh Shahruddin Sheikh Salim berkata dalam usaha memperkasa aspirasi pendidikan negara, PTPTN perlu mengatasi cabaran utamanya melibatkan kekangan kewangan sedia ada disebabkan tahap bayaran balik pinjaman yang masih rendah.
"Walaupun peminjam sedia ada mungkin berasa mereka kumpulan lebih terkesan dengan dasar pembayaran balik PTPTN, terdapat kumpulan masyarakat lain, mungkin tidak menyedari mereka juga memegang kepentingan dalam keputusan yang harus dibuat," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Saluran khas 'Kertas Konsultasi Rakyat' berkenaan mengandungi maklumat penting PTPTN, 10 idea penambahbaikan PTPTN, selain ruangan orang ramai memberi maklum balas, boleh diakses melalui portal rasmi PTPTN.
Sheikh Shahruddin berkata hutang agensi itu kini mencecah RM40 bilion, sedangkan pelajar yang memerlukan pinjaman dijangka terus meningkat daripada 180,000 kepada 250,000 orang pada 2040, selaras unjuran peningkatan pelajar dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi.
"Berdasarkan kedudukan kewangan sedia ada, PTPTN tidak mampu menyediakan pinjaman secara mampan kepada mereka yang bergantung kepada PTPTN untuk meneruskan pendidikan tinggi pada masa hadapan. Ini memberi kesan terhadap prospek generasi masa depan," katanya.
Terdahulu, Panel Penasihat Bebas Konsultasi Rakyat itu menganjurkan sesi 'townhall' konsultasi rakyat pertama berkaitan isu PTPTN di Universiti Malaya, manakala empat lagi sesi sama akan diadakan di Universiti Sains Malaysia pada 25 Mei; Universiti Malaysia Terengganu (27 Mei); Universiti Malaysia Sabah (29 Mei); dan Universiti Malaysia Sarawak (31 Mei).
Berikut 10 idea dicadangkan dalam Kertas Konsultasi Rakyat yang boleh diakses melalui portal rasmi PTPTN:
1) Penangguhan bayaran balik bagi peminjam berpendapatan RM2,000 ke bawah.
2) Menangguhkan pembayaran balik bagi peminjam berpendapatan bawah RM4,000.
3) Menggantikan sistem bayaran balik sedia ada kepada skim bayaran balik berasaskan pendapatan untuk peminjam baharu.
4) Potongan gaji mandatori.
5) Melaksanakan penguatkuasaan sepenuhnya.
6) Menguatkuasakan lebih tegas terhadap peminjam culas yang tidak membayar balik dalam tempoh lama.
7) Melaksanakan sistem penjamin.
8) Pemansuhan pengecualian bayaran balik graduan kelas pertama atau digantikan dengan pengecualian separa.
9) Mengurangkan jumlah peminjam, secara beransur-ansur menamatkan pinjaman kepada Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan kursus berprestasi rendah.
10) Menaikkan caj ujrah satu peratus kepada peminjam baharu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 23 2019
Dalam usaha memperkasa aspirasi pendidikan negara, PTPTN perlu mengatasi cabaran utamanya melibatkan kekangan kewangan sedia ada disebabkan tahap bayaran balik pinjaman yang masih rendah. - Gambar fail/BERNAMA
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Ruang kecil bukan ukuran, kediaman 900 kaki persegi ini diberi nafas baharu selepas 5 tahun
Kediaman ini boleh dijadikan sebagai insipirasi kepada yang inginkan gaya dan ciri moden dalam penataan hiasan.
Rakyat diajak curah idea, tambah baik PTPTN
Orang ramai diajak menyumbang pendapat masing-masing secara dalam talian menerusi saluran khas 'Kertas Konsultasi Rakyat' bagi membantu kerajaan mencapai keputusan terbaik dalam menggubal dasar berkai