KUCHING: Rakyat di Bumi Kenyalang kini hanya menghitung jam sebelum keberangkatan tiba rombongan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke Sarawak bagi Kembara Kenali Borneo yang bermula esok di negeri itu.
Menjadi agenda yang dinanti-nantikan penduduk tempatan, keterujaan rakyat Sarawak terhadap program berkenaan dizahirkan di pelbagai platform media sosial termasuk Facebook sehingga ada yang berkongsi tip penggunaan bahasa yang betul seandainya berjumpa rombongan pasangan diraja itu nanti.
Tidak asing dalam kalangan warga pendidik di Sarawak, pemilik akaun Facebook "Cikgu Emmet Menulis" atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Osman mengajak rakyat Sarawak yang berbilang etnik menyambut kunjungan Seri Paduka berdua dengan kepelbagaian bahasa yang dituturkan di negeri itu.
"Malah, kita jajakan juga bahasa tempatan yang indah, contohnya jika Tuanku bersalaman dengan orang Iban, kita sambut dengan ungkapan 'Selamat Datai Tuanku ke menoa kami'. Kalau di Serian atau Bau kita sambut dengan 'Silamat Mandug Tuanku' (bahasa Bidayuh).
"Kalau di Mukah 'Selamet datang Tuanku' dan kalau di Miri orang Kayan boleh sambut dengan ungkapan 'Sayu Ateng Tuanku'. Biar Tuanku tahu keindahan kepelbagaian bangsa yang membina Sarawak ini dengan penuh toleransi, adab serta pekerti yang tinggi," katanya dalam satu hantaran menerusi Facebook, hari ini.
Beliau turut berharap program seperti Kembara Kenali Borneo dijadikan sebagai acara wajib tahunan setiap Yang di-Pertuan Agong (YDPA) yang memerintah Malaysia.
Dalam pada itu, pemilik akaun Facebook Mohd Hafidz Ras dalam hantarannya memberi nasihat protokol tepat berhubung panggilan kerabat diraja bagi Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah serta anakanda baginda.
"Tak sabar rasanya menantikan keberangkatan (tiba) Agong dan Permaisuri serta putera puteri baginda ke Miri," katanya.
Pemilik akaun Facebook Redwan Mohd Faizul dalam catatannya pula masih berharap agar Al-Sultan Abdullah dapat singgah di Limbang meskipun ia tidak termasuk dalam laluan Kembara Kenali Borneo.
"Kami hanya dapat menyaksikan gelagat yang mencuit hati semasa lawatan YDPA di jelajah Borneo ini menerusi media sosial seperti TikTok, Facebook dan sebagainya. Timbul perasaan cemburu di hati kami melihat gelagat mesra rakyat di tempat lain dengan rombongan YDPA," katanya.
Perjalanan Kembara Kenali Borneo Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah di Sarawak esok akan bermula dari bandar paling utara negeri iaitu Lawas dan diteruskan ke Miri pada 9 Sept, seterusnya ke daerah lain di negeri ini seperti Tatau, Bintulu, Sibu dan Sri Aman.
Seri Paduka berdua bakal melengkapkan Kembara Kenali Borneo bagi Sarawak yang merangkumi jarak sejauh 1,194 kilometer dengan membuat perjalanan ke Telok Melano pada 13 Sept ini yang merupakan tapak permulaan bagi Lebuh Raya Pan Borneo, sebelum kembali ke Kuching dan berangkat pulang ke Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 06 2023
Perjalanan Kembara Kenali Borneo Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah di Sarawak esok akan bermula dari bandar paling utara negeri iaitu Lawas. - Gambar fail/Twitter@bernamadotcom
Imigresen serbu pusat karaoke, 49 GRO dan pelanggan ditahan
JIM Perak menyerbu empat premis pusat hiburan karaoke yang menawarkan GRO warga Myanmar dengan bayaran antara RM450 hingga RM600 di sekitar bandar raya ini, malam tadi.
AWANI Ringkas: Pendatang asing tanpa izin | Kekecohan di Wisma Transit
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tumpuan Ahad – 06 Oktober 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Polis siasat dakwaan buli di sekolah berasrama penuh di KL
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan berlaku kejadian buli membabitkan anak seorang penyanyi dan beberapa individu lain di sebuah sekolah berasrama penuh di ibu negara.
Peruntukan tebatan banjir Sungai Damansara diluluskan, kurangkan risiko di Sungai Buloh
Peruntukan berjumlah RM481 juta bagi Projek Tebatan Banjir Sungai Damansara telah diluluskan sebagai usaha mengurangkan risiko banjir di kawasan Parlimen Sungai Buloh.
AWANI 7:45 [05/10/2024] – Tunggu perkenan Majlis Raja-Raja | Inflasi dan gaji jadi tumpuan | Kes terpencil | Zionis terus angkuh
- Tiga negeri fatwakan GISB sesat, siasatan libat 10 peruntukan
- Belanjawan 2025 tumpu isu inflasi dan naik gaji
- Kekecohan libat warga Palestin mungkin sebab stress, ATM tangani dengan profesional
- Gaza hancur lebur, Beirut hampiri kemusnahan
- Belanjawan 2025 tumpu isu inflasi dan naik gaji
- Kekecohan libat warga Palestin mungkin sebab stress, ATM tangani dengan profesional
- Gaza hancur lebur, Beirut hampiri kemusnahan
Pekebun boleh kemuka tuntutan akibat serangan haiwan liar
Pekebun yang mengalami kerugian hasil tanaman akibat ancaman haiwan liar boleh mengemukakan tuntutan pampasan terhadap kerosakan yang berlaku.
AWANI Ringkas: GISB Holdings | Kes tembakan di Song | PR1MA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki rugi RM224,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga tempatan berputih mata apabila kerugian RM224,000 setelah terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi aplikasi WhastApp.
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 5 Oktober 2024
1️⃣ Siasatan membabitkan 10 peruntukan undang-undang
2️⃣ KDN sahkan seorang anggota polis terlibat
3️⃣ Projek sakit dijangka siap menjelang hujung 2024
#awaniringkas
1️⃣ Siasatan membabitkan 10 peruntukan undang-undang
2️⃣ KDN sahkan seorang anggota polis terlibat
3️⃣ Projek sakit dijangka siap menjelang hujung 2024
#awaniringkas
Imigresen serbu pusat karaoke, 49 GRO dan pelanggan ditahan
JIM Perak menyerbu empat premis pusat hiburan karaoke yang menawarkan GRO warga Myanmar dengan bayaran antara RM450 hingga RM600 di sekitar bandar raya ini, malam tadi.
Aplikasi Facebook dikemas kini untuk menarik pengguna lebih muda
Ciri terbaharu ini sedang diuji di Amerika Syarikat dan Kanada.
Hina Agong: Iswardy Morni diperintah bela diri
Mahkamah Sesyen memerintahkan seorang aktivis membela diri atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan menerusi laman sosial Facebook miliknya yang berbaur hasutan dan menghina Agong.
Sultan Selangor berkenan terima menghadap Tunku Mahkota Ismail, bincang pelbagai isu
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail di Istana Selangor di Kuala Lumpur pada Selasa lepas.
Arahan NADMA No.1 jadi panduan utama pengurusan bencana - Ahmad Zahid
Arahan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) No. 1 akan menjadi panduan utama dalam pengurusan bencana bagi mengurangkan risiko dan impak bencana di negara ini.
Kontraktor rugi lebih RM600,000 ditipu sindiket pelaburan tidak wujud
Seorang kontraktor terpaksa berputih mata apabila kerugian RM688,000 selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan saham tidak wujud.
PRK Mahkota: Formula terbaik kerjasama BN-PH menang PRU16
Keputusan yang diperolehi semalam menjadi petanda baik kepada parti-parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan untuk memupuk kerjasama yang lebih erat.
Belanjawan 2025 lebih gah, saksama - PM Anwar
Belanjawan 2025 yang dijadual dibentangkan pada 18 Oktober ini disifatkan sebagai lebih gah dan saksama.
GISB: 34 individu selesai reman akan ditangkap semula mengikut SOSMA - KPN
Seramai 34 individu yang dikaitkan dengan GISB dan telah tamat menjalani tempoh reman akan ditangkap semula di bawah Akta SOSMA.
Pesara rugi RM1.24 juta terperdaya pelaburan saham pra-IPO
Seorang pesara kerajaan kerugian RM1.24 juta selepas mendakwa terperdaya dengan pelaburan saham pratawaran awam permulaan (IPO), pada awal Jun lepas.