KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan pelantikan Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda sebagai Pengerusi Kumpulan PNB berkuat kuasa 1 Jun 2023.
Menurut kenyataan PNB pada Rabu, kepimpinan bekas pengarah Maxis Berhad dan Khazanah Nasional Berhad itu dinantikan seiring pelaksanaan pelan strategik PNB.
“Lembaga Pengarah dan warga PNB berbesar hati mengalu-alukan Raja Tan Sri Arshad ke Lembaga Pengarah PNB, membawa bersama-sama pengalaman luas beliau dalam pengawasan syarikat dan institusi.
“Kami menantikan kepimpinan beliau seiring pelaksanaan pelan strategik PNB dan memenuhi mandat kami dalam meningkatkan kekayaan ekonomi masyarakat Bumiputera dan seluruh rakyat Malaysia,” kata Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn.
Raja Arshad kini adalah Pengerusi Ekuiti Nasional Berhad, Icon Offshore Berhad dan Bumi Armada Berhad.
Beliau juga merupakan bekas Pengerusi Eksekutif PricewaterhouseCoopers (PwC) Malaysia dan Pengerusi Pasukan Kepimpinan PwC Asia 7.
Ketika krisis kewangan Asia pada 1997, Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi Danamodal Nasional Berhad, iaitu salah sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh kerajaan khas untuk menguruskan krisis.
Beliau dilantik sebagai Pengerusi pertama Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia.
Manakala di peringkat antarabangsa, beliau pernah menganggotai Standards Advisory Council kepada International Accounting Standards Board dan ahli Lembaga Global International Financial Reporting Standards (IFRS) PwC.
Raja Arshad telah berkhidmat sebagai anggota Suruhanjaya Sekuriti semasa ia mula-mula ditubuhkan, serta pernah menganggotai Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia dan Panel Pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
Raja Arshad terlibat secara aktif dengan beberapa institusi kebajikan, antaranya dengan mempengerusikan Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Raja Muda Selangor dan Yayasan Amir serta menganggotai Lembaga Pemegang Amanah Lembaga Zakat Selangor dan Yayasan DayaDiri.
Astro Awani
Mon May 29 2023
![Raja Arshad dilantik Pengerusi Kumpulan PNB berkuat kuasa 1 Jun Raja Arshad dilantik Pengerusi Kumpulan PNB berkuat kuasa 1 Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41685358557_TBrajatansriarshad.jpg)
Pelantikan Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda sebagai Pengerusi Kumpulan PNB berkuat kuasa 1 Jun 2023. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Tuntutan RM100 juta tidak berasas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Borneo [07/07/2024] - Tiada kemalangan jiwa | PRN Sabah | Maal Hijrah 2024
Awani Borneo 7 Julai 2024 bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
![Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720350574_ExistsUngu.jpg)
Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini
Bakal berlangsung selama 3 jam setengah ini, konsert ini akan dipenuhi dengan lagu-lagu hit daripada dua buah kumpulan ini.
Urus tadbir perlu bersifat telus, ambil kira cabaran rakyat
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu urus tadbir wilayah itu sentiasa mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh manusia sejagat.
Pendekatan agresif noktahkan miskin tegar di Sabah
Kerajaan Negeri Sabah terus mengambil pendekatan bersifat agresif bagi menoktahkan isu miskin tegar di Sabah.
Graduan Iban pertama Universiti Al-Azhar penerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak 1446H
Graduan Iban pertama yang melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir antara 14 penerima yang menerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak pada Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1446H/2024M di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching hari ini.
![Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720347946_Badminton.jpg)
Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia
Beregu lelaki negara Kang Khai Xing-Aaron Tai gagal mengakhiri kemarau kejuaraan selama tujuh tahun Malaysia di Kejohanan Badminton Remaja Asia.
Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shafie
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal memberitahu parti berasal dari Sarawak tidak perlu memasuki Sabah untuk mengukuhkan kerjasama blok borneo.
Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
Dua buah rumah jenis separuh kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Lembai Permai, Kundasang pada Ahad.
KKM peruntukkan RM21.5 juta naik taraf 58 klinik daif Sabah
KKM memperuntukkan RM21.5 juta untuk menaik taraf 58 klinik kesihatan daif di seluruh negeri Sabah.
![PNB sumbang tiga jentera menuai bernilai RM414,000 kepada Zakat Kedah PNB sumbang tiga jentera menuai bernilai RM414,000 kepada Zakat Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707907804_TBPNBZAKAT.jpg)
PNB sumbang tiga jentera menuai bernilai RM414,000 kepada Zakat Kedah
Menurut PNB, usaha tersebut bertujuan membantu petani berkenaan mengurangkan kos menuai dan seterusnya meningkatkan keuntungan mereka.
![MSAM 2023 berjaya tarik lebih 200,000 pengunjung MSAM 2023 berjaya tarik lebih 200,000 pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696745853_MSAM.jpg)
MSAM 2023 berjaya tarik lebih 200,000 pengunjung
PNB mengakhiri karnival celik kewangan tahunan terbesarnya Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2023 di Bertam dengan kejayaan yang memberangsangkan.
![Menara Merdeka 118 cerminan kemajuan pesat negara Menara Merdeka 118 cerminan kemajuan pesat negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81693454975_TBMerdeka.jpg)
Menara Merdeka 118 cerminan kemajuan pesat negara
Pemulihan Stadium Merdeka dan pembangunan Menara Merdeka 118 yang berdiri gah bersebelahannya benar-benar mencerminkan sejauh mana negara telah berkembang maju.
![Raja Arshad dilantik Pengerusi Kumpulan PNB berkuat kuasa 1 Jun Raja Arshad dilantik Pengerusi Kumpulan PNB berkuat kuasa 1 Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41685358557_TBrajatansriarshad.jpg)
Raja Arshad dilantik Pengerusi Kumpulan PNB berkuat kuasa 1 Jun
Pelantikan Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda sebagai Pengerusi Kumpulan PNB berkuat kuasa 1 Jun 2023.
![Apa yang perlu diketahui tentang Battersea Power Station? Apa yang perlu diketahui tentang Battersea Power Station?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71665651794_TBBatterseaPowerSta.jpg)
Apa yang perlu diketahui tentang Battersea Power Station?
Stesen Janakuasa Battersea yang bakal beroperasi secara rasmi bermula esok dibina siap dengan 100 buah kedai komersial, ruang pejabat dan juga unit kediaman.
![Projek ikonik Battersea Power Station dibuka kepada umum Projek ikonik Battersea Power Station dibuka kepada umum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41665463154_TBBatterseaPowerSta.jpg)
Projek ikonik Battersea Power Station dibuka kepada umum
Pengurusan pembangunan sedang dijalankan oleh Battersea Power Station Development Company (BPSDC) yang berpangkalan di Britain.
![Menara Merdeka 118 pemangkin baharu ekonomi - Ismail Sabri Menara Merdeka 118 pemangkin baharu ekonomi - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71638241322_MenaraMerdeka.jpg)
Menara Merdeka 118 pemangkin baharu ekonomi - Ismail Sabri
Merdeka 118 dilihat turut membawa semangat Keluarga Malaysia kerana selain memberi peluang komuniti setempat.
![Media Prima akan beli Balai Berita Bangsar pada RM156.4 juta Media Prima akan beli Balai Berita Bangsar pada RM156.4 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/61594192150_LogoMediaPrima.jpg)
Media Prima akan beli Balai Berita Bangsar pada RM156.4 juta
Pihaknya telah memulakan langkah bagi memperoleh ibu pejabat tersebut sebagai sebahagian pelan pengukuhan jangka panjang bagi operasi perniagaan kumpulan.
![Rizal Rickman ganti Zeti sebagai pengerusi Sime Darby Property Rizal Rickman ganti Zeti sebagai pengerusi Sime Darby Property](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71620308568_RizalRickmanRamli.jpg)
Rizal Rickman ganti Zeti sebagai pengerusi Sime Darby Property
Sime Darby Property Bhd telah melantik Rizal Rickman Ramli sebagai pengerusi menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang telah bersara selepas memegang jawatan tersebut selama tiga tahun.
![Tiada pengeluaran tidak terkawal oleh pemegang unit PNB walaupun situasi ekonomi sukar - Zeti Tiada pengeluaran tidak terkawal oleh pemegang unit PNB walaupun situasi ekonomi sukar - Zeti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-12/51545394381_TBZETIjpg.jpg)
Tiada pengeluaran tidak terkawal oleh pemegang unit PNB walaupun situasi ekonomi sukar - Zeti
Permodalan Nasional Bhd (PNB) tidak melihat sebarang pengeluaran yang tidak terkawal oleh pemegang unitnya walaupun situasi ekonomi sukar pada masa ini.