Kes keracunan makanan di Siputeh dekat Batu Gajah di sini berpunca daripada racun serangga iaitu karbamat yang terdapat dalam beberapa jenis makanan di sebuah gerai.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Negeri Datuk Dr Mah Hang Soon berkata Jabatan Kimia cawangan Perak mengesahkan perkara itu menerusi sampel yang diambil daripada sambal nasi lemak, kuey teow goreng, kuih bom dan cucur badak.
"Punca keracunan ini adalah daripada makanan dan tiada kaitan dengan semburan (racun rumpai) kerana tong semburan racun dan rumput tidak terdapat karbamat," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Sehubungan itu, Dr Mah berkata pihaknya telah menyerahkan beberapa dokumen termasuk laporan kimia dan maklumat pesakit kepada polis untuk siasatan lanjut.
BACA: KKM syaki bahan kimia organophosphorus punca kes keracunan di Batu Gajah
BACA: Saya berpeluh-peluh dan hampir pitam - Mangsa keracunan Batu Gajah
BACA: Kuih di gerai Siputeh, Batu Gajah terdedah kepada racun
"Siasatan polis membantu kita untuk mengenal pasti bagaimana racun ini boleh masuk ke dalam makanan yang dijual," katanya dan menambah gerai berkenaan diarah tutup sehingga selesai siasatan.
Beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati ketika menggunakan racun serangga sama ada di kebun, rumah atau kedai makan bagi mengelak perkara sedemikian berlaku.
Selain itu, Mah berkata setakat hari ini, seramai 102 orang menjalani pemeriksaan dan rawatan di beberapa hospital.
Katanya daripada jumlah itu, tiga dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini dengan seorang daripadanya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala seorang lagi menerima rawatan di hospital swasta.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian Perak Mohd Zulkifli Yacob berkata racun serangga adalah bahan kimia yang berupaya untuk memusnah, mengurang atau menolak serangga.
"Racun serangga boleh diklasifikasikan kepada kumpulan utama mengikut punca racun dan cara bertindak. Racun akan bertindak apabila serangga memakan racun ini dan ia akan merosakkan saluran penghadaman," katanya.
Mohd Zulkifli berkata premis yang menjual racun serangga perlu memperoleh lesen yang berdaftar dengan Lembaga Racun Makhluk Perosak.
"Racun ini kebiasaanya dijual di kedai hardware (perkakasan) dan Pertubuhan Peladang. Setiap racun mempunyai label yang tertera cara peraturan penggunaan," katanya.
Bernama
Wed Mar 09 2016
![Racun serangga punca keracunan makanan di Batu Gajah - Mah Racun serangga punca keracunan makanan di Batu Gajah - Mah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/71457243422_LawatanKeHospital.jpg)
Siasatan polis membantu kita untuk mengenal pasti bagaimana racun ini boleh masuk ke dalam makanan yang dijual. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Polis giat kesan dua lelaki tempatan samun stesen minyak Batu Gajah Polis giat kesan dua lelaki tempatan samun stesen minyak Batu Gajah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41709004777_PDRM.jpg)
Polis giat kesan dua lelaki tempatan samun stesen minyak Batu Gajah
Polis giat mengesan dua suspek dipercayai lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan 20-an, berhubung kejadian samun bersenjata di sebuah stesen minyak.
![Warga emas maut motosikal hilang kawalan langgar MPV Warga emas maut motosikal hilang kawalan langgar MPV](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707725714_TBmautKemalangan.jpg)
Warga emas maut motosikal hilang kawalan langgar MPV
Keadaan motosikal milik lelaki warga emas yang maut selepas melanggar sisi sebelah kanan MPV) di Jalan Kampung Kelewek, Batu Gajah, Tanah Merah pada Isnin.
![Silverlakes Village Outlet bermandi cahaya, 150,000 bunga hiasi Pesta Lampu Flora Silverlakes Village Outlet bermandi cahaya, 150,000 bunga hiasi Pesta Lampu Flora](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707429521_TBPestaLampuFlora.jpg)
Silverlakes Village Outlet bermandi cahaya, 150,000 bunga hiasi Pesta Lampu Flora
Pesta Lampu Flora sasar kira-kira 100,000 pengujung dari seluruh Malaysia akan datang merasai sendiri keunikan cahaya bergemerlapan.
![Empat rumah musnah dalam dua kejadian di Batu Gajah, Parit Empat rumah musnah dalam dua kejadian di Batu Gajah, Parit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71678148640_Empatbuahrumahmu.jpg)
Empat rumah musnah dalam dua kejadian di Batu Gajah, Parit
Kebakaran di Batu Gajah melibatkan sebuah rumah dengan keluasan 25 X 40 kaki persegi dan sebuah lagi dengan keluasan 30 X 60 kaki persegi.
![Kampar dan Batu Gajah bakal nikmati rangkaian 5G selepas Ipoh - Exco Kampar dan Batu Gajah bakal nikmati rangkaian 5G selepas Ipoh - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71660270295_LGCES.jpg)
Kampar dan Batu Gajah bakal nikmati rangkaian 5G selepas Ipoh - Exco
Daerah Kampar dan Batu Gajah kini dalam radar kerajaan Perak untuk menikmati liputan internet berkelajuan tinggi 5G selepas bandar raya Ipoh.
![Perak sasar luaskan rangkaian 5G ke Kampar, Batu Gajah Perak sasar luaskan rangkaian 5G ke Kampar, Batu Gajah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71660270295_LGCES.jpg)
Perak sasar luaskan rangkaian 5G ke Kampar, Batu Gajah
Inisiatif di bawah Greater Ipoh itu bagi memastikan semua daerah di Lembah Kinta akan memperoleh capaian internet 5G pada masa hadapan.
![Porsche musnah terbakar berhampiran Kellie's Castle Porsche musnah terbakar berhampiran Kellie's Castle](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41664981653_TBterbakar.jpg)
Porsche musnah terbakar berhampiran Kellie's Castle
Sebuah kereta mewah jenis Porsche musnah terbakar dalam kejadian berhampiran Kellie's Castle, malam ini.
![Jabatan Penjara cadang bina penjara baharu ganti bangunan lebih 100 tahun Jabatan Penjara cadang bina penjara baharu ganti bangunan lebih 100 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-03/51584509534_Penjaramalaysia.jpg)
Jabatan Penjara cadang bina penjara baharu ganti bangunan lebih 100 tahun
Jabatan Penjara bercadang untuk membina bangunan baharu bagi menggantikan bangunan lama berusia lebih 100 tahun yang dibina terutamanya pada era 1800an di beberapa negeri.
![Latihan Pasukan Gerakan Khas 69 Komando tingkat kemampuan, teknik hadapi pengganas Latihan Pasukan Gerakan Khas 69 Komando tingkat kemampuan, teknik hadapi pengganas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61658203104_AnggotaKomando.jpg)
Latihan Pasukan Gerakan Khas 69 Komando tingkat kemampuan, teknik hadapi pengganas
LDP yang diadakan di Akademi Keretapi Malaysia (MyRa) Batu Gajah semalam, disertai kira-kira 60 pegawai dan anggota 69 Komando.
![Wanita maut langgar kerbau Wanita maut langgar kerbau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51643777067_Wanitamaut.jpg)
Wanita maut langgar kerbau
Dalam kejadian kira-kira jam 1.05 pagi itu, Lee Chiew Li meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.