SHAH ALAM: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan seorang lagi lelaki warga emas disahkan dijangkiti rabies di daerah Kuala Langat pada 22 April lepas, menjadikannya kes kedua di negeri ini setakat ini.
Pengarah Kesihatan Selangor Datuk Dr Sha'ari Ngadiman berkata kes terbaru itu melibatkan pesakit berusia 85 tahun yang dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang pada 20 April lalu.
Dr Sha'ari berkata mangsa terlebih dahulu dirujuk ke Klinik Kesihatan Telok Panglima Garang kerana masalah anemia (pucat) sebelum dimasukkan ke HTAR.
Katanya ahli keluarga mangsa mendapati tingkah laku warga emas itu berubah kerana beliau merupakan seorang yang aktif dan mampu menguruskan diri sendiri.
"Pemeriksaan mendapati beliau mempunyai luka di kaki kanannya yang tidak sembuh sejak dua bulan yang lalu. Sejak dua minggu lalu juga, beliau turut mengadu sakit kepala dan hilang selera makan.
"Beliau turut mempunyai sejarah digigit anjing liar di kawasan kediamannya di Pulau Carey dua bulan lalu," katanya menerusi Facebook rasmi JKNS.
Dr Sha'ari berkata sampel cecair tulang belakang (CSF) dan biopsi nukal mangsa telah dilakukan pada 22 April dan disahkan positif rabies oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).
Warga emas itu kini berada dalam keadaan stabil dan masih dirawat di wad isolasi HTAR, katanya.
JKNS pada 10 April lepas memaklumkan satu kes kematian melibatkan seorang lelaki warga tempatan yang disahkan dijangkiti penyakit rabies pada 4 April.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 24 2022
Mangsa turut mempunyai sejarah digigit anjing liar di kawasan kediamannya di Pulau Carey dua bulan lalu. - Gambar hiasan/ Bernama
Ringgit dijangka stabil berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan.
Siapkan projek fasa 1B lebuhraya Pan Borneo ikut jadual
Kontraktor projek lebuhraya Pan Borneo Sabah yang baru menerima surat lantikan untuk memulakan kerja bagi fasa 1B diberi amaran awal supaya memastikan projek berjalan lancar.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata, beliau mahu memastikan semua 19 pakej kerja dalam fasa berkenaan tidak berlaku kelewatan.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata, beliau mahu memastikan semua 19 pakej kerja dalam fasa berkenaan tidak berlaku kelewatan.
Belanjawan 2025 diharap bantu B40, M40 miliki kediaman sendiri
Kerajaan melalui SPNB komited menyediakan perumahan mampu milik, khususnya untuk golongan B40, sebagaimana terbukti dalam RMK-12.
[TERKINI] Sultan Pahang perkenan fatwa GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, memperkenankan fatwa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Perundingan Syarak negeri itu bahawa pengikut Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd sama ada pekerja atau mana-mana orang Islam adalah menyeleweng dan sesat.
[TERKINI] 19 terkoban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sekurang-kurangnya 19 orang terkorban akibat banjir dan tanah runtuh yang melanda Bosnia-Herzegovina pada Jumaat
Gelombang haba pecah rekod cengkam barat daya AS
Gelombang haba luar biasa sedang melanda wilayah barat daya Amerika Syarikat dengan suhu mencatat rekod baharu.
AWANI Ringkas: Media sosial - Ini ingatan daripada KSN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cukai Minuman Manis: Luas skop cukai, tarik semula subsidi gula - Pusat Galen
Menurut Azrul, jika kerajaan bercadang menaikkan cukai gula, maka sewajarnya subsidi kepada pengeluar dan pengilang gula juga perlu ditarik balik.
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 5 Oktober 2024
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
Sultan Pahang perkenan fatwa pengikut GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang memperkenankan fatwa pengikut GISB adalah menyeleweng dan sesat.
Hujan lebat di Selangor, Melaka, Pulau Pinang, Labuan - MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan Hulu Selangor, Gombak, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang dilanda hujan lebat hingga 3 petang pada Ahad.
JAIS diarah siasat segera semua rumah amal, sekolah agama di Selangor
Ia bagi memastikan tiada perkara bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar disebarkan di rumah amal dan sekolah agama.
Sidec lancar Twin Accelerator 2024, lonjak PKS dan syarikat pemula Selangor ke pentas global
50 'startup' dipilih untuk ikuti kohort ketujuh Program Pemecut Selangor (SAP24) dan 50 PKS disenarai pendek untuk kohort kedua Selangor E-Commerce Xccelerator (ECX24).
MB Selangor, Kedah bakal 'berentap' petang ini
Difahamkan, ia merupakan pertembungan yang julung kali diadakan buat kedua-dua figura hebat itu dalam usaha merapatkan ukhuwah.
SUKMA 2024: 'Selamat Jalai' Sarawak, jumpa di Selangor 2026
Sarawak mengucapkan 'Selamat Jalai' atau 'Selamat Tinggal' dalam bahasa Iban kepada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang menutup tirai hari ini.
Final Piala FA JDT lawan Selangor, 2,400 anggota polis ditugaskan di SNBJ
Kira-kira 2,400 anggota polis ditugaskan pada perlawanan akhir bola sepak Piala FA membabitkan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.
Nur Afrina pecah rekod SUKMA kedua, ungguli final 200m wanita
Nur Afrina terus menampilkan kemampuannya selepas mencipta catatan masa 23.89 saat (s) sekali gus memadam rekod 24.37s yang dilakar pelari dari Perak Noor Eewan Syafiah Mohd Sabri pada edisi 2016.
Kerajaan Selangor akan buka Muzium Tekstil dalam masa terdekat
Kerajaan Negeri Selangor akan membuka Muzium Tekstil dalam masa terdekat sebagai usaha menjaga kesenian warisan tekstil negeri itu.
Siri pertama SIBS 2024 catat RM12.2 bilion nilai transaksi, lepasi sasaran keseluruhan
Tidak hanya mencapai matlamat, malah melepasi sasaran keseluruhan RM7 bilion yang ditetapkan untuk kedua-dua siri SIBS 2024.
Penelitian terhadap Ustaz Don di peringkat akhir - MAIS
Perbincangan dan penelitian terhadap isu berkait penceramah bebas Ustaz Don kini berada di peringkat akhir, kata Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).