AYER KEROH: Tindakan seorang warga emas melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan berusia 15 tahun Isnin lalu membawa padah apabila terpaksa meringkuk di penjara selama 10 tahun dan dikenakan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini.
Tertuduh Rosmi Hassan, 72, dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan bersalah di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan berusia 15 tahun dengan cara meraba anggota bahagian sulit remaja itu.
Kejadian itu berlaku di dalam sebuah kereta jenis Perodua Viva di Taman Krubong Jaya, Melaka Tengah antara pukul 10 pagi hingga 3 petang pada 29 Ogos lalu.
Bagi kesalahan itu, bapa kepada dua anak itu didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat.
Dalam prosiding sama, tertuduh yang mengalami masalah pendengaran kronik turut didakwa merogol remaja sama di sebuah rumah di Taman Krubong Jaya, sekitar pukul 3.30 petang pada pertengahan bulan lalu.
Tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara antara 10 hingga 30 tahun dan sebatan itu, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan berkenaan.
Sementara itu, dalam prosiding berasingan di hadapan Majistret Izwan Mohamed Noh, tertuduh turut dikenakan denda RM1,800 atas pertuduhan sengaja mendatangkan cedera terhadap abang mangsa yang berusia 22 tahun dan dihukum di bawah Seksyen 323 yang boleh dipenjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau keduanya sekali.
Mengikut fakta kes, tertuduh yang juga jiran lama mangsa dikatakan sering memberi wang, pakaian serta telefon bimbit kepada mangsa yang mendorong remaja perempuan itu kerap keluar berjumpa warga emas berkenaan.
Abang mangsa yang mencurigai tingkah laku warga emas itu kemudian dikatakan terserempak dengan kedua-dua mereka yang menaiki sebuah Perodua Viva dan cuba mendekatinya.
Warga emas tersebut bagaimanapun bertindak melarikan diri dan melanggar abang mangsa sebelum berjaya dicekup dengan bantuan orang awam selain mangsa turut memaklumkan ada melakukan hubungan seks dengan warga emas itu.
Hakim Mohd Sabri dalam penghakimannya menetapkan 28 September ini sebagai sebutan semula kes bagi pertuduhan merogol.
Kedua-dua prosiding pendakwaan dikendalikan secara berasingan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim dan Fiqri Hakim Zamri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Shuhada Abdul Kadir
Fri Sep 02 2022

Tertuduh Rosmi Hassan dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun dansatu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh selepas mengaku salah melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan berusia 15 tahun Isnin lalu. - Gambar Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Raba remaja bawah umur, warga emas dipenjara 10 tahun
Tertuduh didakwa meraba remaja perempuan berusia 15 tahun di dalam sebuah kereta jenis Perodua Viva pada 29 Ogos lalu.