Qari dan Qariah Malaysia, Abdullah Fahmi Che Nor dan Suhailah Zulkifly masing-masing diumumkan juara qari dan qariah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-60.
Dengan kemenangan itu, mereka masing-masing membawa pulang hadiah kepingan emas bernilai RM70,000, wang tunai RM40,000 dan piala iringan.
Abdullah Fahmi memperoleh markah 92.09 peratus manakala Suhailah memperoleh markah 92.05 peratus.
Sementara qari dari Iran Mokhtar Deghan Estajroudi dan Khamisatudduha Abdul Wahab qariah dari Indonesia masing-masing muncul naib johan qari dan qariah yang melayakkan mereka membawa pulang wang tunai RM30,000.
Qari dan qariah yang memenangi tempat ketiga pula ialah Salah Eddine Haissam dari Algeria dan Widadul Wahidah Mahamod dari Singapura yang membawa pulang wang tunai RM20,000.
Bagi Kategori Menghafaz Al-Quran Bahagian Lelaki, Kolim Siddiqee dari Bangladesh muncul juara, Waleed Hamad Mohamed Ahmed Almarzooqi (Emiriah Arab Bersatu) di tempat kedua dan Muzmil Ahmed Mohammed Ahmed (Sudan) di tempat ketiga.
Kategori Menghafaz Al-Quran Bahagian Wanita pula dimenangi Bilghiss Dar dari Mauritania, Siti Nadhirah Mohd Shafie (Malaysia) di tempat kedua dan Ashura Amani Lilanga (Tanzania) di tempat ketiga.
Johan bagi Kategori Menghafaz Al-Quran menerima kepingan emas bernilai RM50,000, wang tunai RM25,000 dan piala iringan manakala naib johan dan tempat ketiga masing-masing membawa pulang wang tunai RM20,000 dan RM15,000.
Majlis tilawah yang berlangsung selama enam hari bermula Isnin lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra itu disertai 61 peserta dari 47 negara menyertai majlis tilawah kali ini dengan 21 negara menyertai kategori Tilawah Al-Quran dan 26 negara menyertai kategori Hafazan Al-Quran.
Turut berangkat dan berkenan menyampaikan hadiah pada majlis itu Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.
Sementara itu Abdullah Fahmi, 34, ketika ditemui pemberita berkata kejayaan beliau itu didorong oleh pengalamannya yang telah banyak menyertai bertanding tilawah dan sering bertalaqqi, iaitu bertemu dan belajar terus mengenai sebutan yang betul dengan banyak guru al-Quran.
"Alhamdulillah, saya bersyukur atas kejayaan ini, dan berharap dapat mengajar lebih ramai golongan muda mengenai kaedah bacaan talaqqi al-Quran yang betul," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 12 2018

Abdullah Fahmi dan Suhailah menunjukkan piala yang dimenangi setelah dinobatkan sebagai johan bagi kategori Qari dan Qariah pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-60 tadi. --fotoBERNAMA
Tubuh RCI sediakan kertas putih
Kerajaan dicadang menyediakan kertas putih untuk industri padi dan beras sehingga mencetuskan kontroversi berkaitan dakwaan wujudnya beras campur.
KPDN periksa 308 premis, ambil 99 sampel
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.
Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
Peruntukan tidak jelas di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 antara sebab menyukarkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengambil tindakan bagi kes beras campur.

PM lawat bazar Ramadan Rahmah Kamunting, santuni peniaga
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa berkunjung ke Bazar Ramadan Rahmah Kamunting, di sini.

Paras laut global naik lebih tinggi daripada jangkaan - NASA
NASA melaporkan bahawa paras laut global meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024.

Aidilfitri: APAD pantau, pastikan pengendali bas patuhi jadual tambang ditetapkan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bakal mengeluarkan 300 Lesen Perubahan Sementara kepada pengusaha bas ekonomi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Memperingati 12 tahun pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu
Satu majlis bacaan Yassim dan tahlil diadakan bagi memperingati 10 perwira negara yang terkorban ketika mempertahankan kedaulatan negara daripada pengganas Sulu 12 tahun lalu.
Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat menyifatkan skim ini mengiktiraf risiko peranan suri rumah itu demi keselamatan dan jaminan masa depan golongan berkenaan.
Kes bunuh pelajar vokasional: Tertuduh kelapan dakwa tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan kes bunuh pelajar vokasional Lahad Datu dakwa tidak nampak mangsa memaklumkan dibelasah dia dan rakan-rakan tidak menggunakan cara keganasan dalam menyelesaikan kes kecurian wang di asrama itu.
Pengemis cilik: Taktik licik sindiket meraih simpati
Wakil AWANI Borneo Sabah mendekati golongan pengemis kanak-kanak dan Palauh di Kunak yang dibimbangi menjadi mangsa sindiket yang cuba mengambil kesempatan di atas keprihatinan rakyat Malaysia khususnya Sabah.

Qari, qariah Malaysia johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-60
Dengan kemenangan itu, mereka masing-masing membawa pulang hadiah kepingan emas bernilai RM70,000, wang tunai RM40,000 dan piala iringan.