Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) akan mewujudkan pusat pemborong dan peruncit di seluruh negara di bawah Program Pembekalan Barangan Asas 100 (BA100) yang menjual barang keperluan pada harga lebih murah daripada pasaran.
Menterinya, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, berkata usaha mewujudkan pusat itu mendapat kerjasama kira-kira 3,000 cawangan koperasi di bawah Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) dan ia akan dibina secara berperingkat.
Beliau berkata setakat ini, infrastruktur bagi menyokong pembukaan pusat pemborong dan peruncit sama ada secara nyata atau dalam talian sedang dibangunkan dan ia akan dilancarkan di setiap negeri dalam masa terdekat.
"Saya lihat begitu jelas Program BA100 memberi kesedaran kepada kerajaan bahawa rakyat sangat memerlukan sokongan, dokongan dan bantuan seperti ini khususnya bagi menurunkan harga barangan asas sekali gus mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.
"Justeru, koperasi di bawah Angkasa diamanahkan kerajaan untuk melaksanakan program ini khususnya bagi golongan B40 dengan melakukan beberapa penambahbaikan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Mesra Koperasi Bazar Jualan Harga Patut BA100 di Masjid Tanah, di sini, pada Sabtu.
Program BA100 merupakan program berteraskan platform e-dagang yang mengumpulkan belian barangan asas secara pukal dan ia mendapat sokongan kerajaan serta digerakkan bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Institut Koperasi Malaysia.
Mohd Redzuan berkata inisiatif mewujudkan pusat pemborong dan peruncit itu juga selaras dengan usaha kerajaan mengembangkan operasi atau kedudukan koperasi sedia ada terutama yang berskala kecil selain mengurangkan peranan orang tengah dalam rantaian pemasaran dan pembekalan barangan asas.
Sementara itu, beliau berkata pindaan Akta Koperasi 1993 yang bertujuan memperkasa dan memudah cara gerakan koperasi sedang diperhalusi serta diteliti dengan penglibatan pemegang taruh dan ia diharap dapat diluluskan pada tahun ini.
Katanya, ia termasuk aspek undang-undang bagi memastikan akta itu dapat merasionalkan fungsi agensi berkaitan koperasi dalam mengurangkan kerenah birokrasi yang mengekang koperasi terlibat dalam pelbagai aktiviti khususnya melibatkan ekonomi atau keusahawanan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 22 2020

Mohd Redzuan berkata infrastruktur bagi menyokong pembukaan pusat pemborong dan peruncit sama ada secara nyata atau dalam talian sedang dibangunkan.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

China, Rusia komited dorong pembinaan multipolarisasi sama rata dan teratur
Kedua-dua negara juga perlu menjaga hak dan kepentingan negara Selatan Global dan menyokong globalisasi ekonomi yang inklusif.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Ekonomi negara kukuh, Kerajaan MADANI komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid
Kerajaan MADANI terus menunjukkan komitmen untuk memacu pembangunan ekonomi yang mampan dan berdaya saing bagi memastikan kesejahteraan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar.

ASEAN berada di landasan jadi ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030 - Nik Nazmi
ASEAN berada di landasan untuk muncul sebagai ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030, namun memerlukan pertumbuhan inklusif bagi memastikan seluruh komuniti mendapat manfaat.

Ekonomi keempat terbesar: ASEAN perlu fokus pembangunan mampan – Nik Nazmi
Sasaran ASEAN untuk menjadi ekonomi keempat terbesar dunia tidak diletakkan hanya pada kemajuan ekonomi semata-mata.

Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Pertumbuhan itu dilihat menawarkan peluang besar bagi inovasi, daya tahan dan penyelesaian sektor swasta yang merentas industri.

Indeks pengeluaran industri Vietnam susut pada Januari
Indeks pengeluaran industri nasional Vietnam menyusut 9.2 peratus pada Januari berbanding bulan sebelumnya.

Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.

Tarif elektrik baharu tidak beban pengguna domestik, ambil kira keperluan ekonomi - ST
Suruhanjaya Tenaga memaklumkan jadual tarif baharu yang akan dimuktamadkan itu mencerminkan kos pembekalan elektrik sebenar.

ASEAN Coin: Berikut lima sebab mata wang digital ASEAN sukar dilaksana...
Kepelbagaian ekonomi dan sistem kewangan di setiap negara anggota ASEAN menjadikan perjalanan ke arah penyatuan mata wang digital seragam satu proses yang kompleks namun penuh potensi.