JASIN:Pemergian kanak-kanak berusia tujuh tahun yang didakwa lemas dalam tong dan dipercayai didera oleh ibu kandung dan bapa tirinya dalam kejadian di Taman Krubong Jaya, Melaka sememangnya memberi kesan hebat kepada masyarakat.
Meskipun selepas 24 jam jenazah kanak-kanak itu disemadikan, pusaranya di Tanah Perkuburan Islam Padang Lebar, di sini masih menjadi tumpuan orang ramai.
Seorang peniaga, Anamira Muslim, 34, berkata dia yang kebetulan berada di kawasan sekitar untuk menghantar barangan jualannya mengambil peluang menziarahi pusara ‘anak syurga’ itu selepas mengikuti kisah kanak-kanak itu sejak awal kejadian.
“Memang daripada awal bila baca laporan media tentang kes adik ‘Amir’ ini saya amat terkesan sebab tidak boleh terima kanak-kanak seawal usia itu terpaksa menanggung derita (didera) ini.
“Lagi pula saya juga merupakan seorang ibu dan faham sangat perasan ibu angkatnya yang membela kanak-kanak itu dari bayi sampailah dia besar. Itu yang kebetulan lalu sini saya singgah,” katanya dalam linangan air mata ketika ditemui Astro Awani di tanah perkuburan itu.
Perkara sama turut dikongsi seorang pekerja pembersihan, Mohd Hanzala Ramlan, 34, yang turut mengambil peluang menziarahi pusara kanak-kanak itu.
BACA: "Umi akan selalu ziarah adik" - Ibu angkat
“Saya memang ikuti perkembangan kes ini dari awal, kebetulan apabila saya singgah berhenti di surau untuk solat saya terserempak dengan keluarga angkat kanak-kanak ini dan mereka juga dalam perjalanan untuk ke pusara anak mereka itu sebelum pulang ke Rawang, Selangor.
“Jadi saya pun terus ke kubur dan memang sedihlah bila fikirkan apa yang jadi dekat adik Amir ini, sekarang ni kita (masyarakat) nak tahu sangat apa punca sebenar dia meninggal dunia,” katanya.
Pada Isnin, jenazah kanak-kanak itu selamat disemadikan kira-kira jam 12.40 tengah hari di Tanah Perkuburan Islam Padang Lebar, di sini berhampiran kediaman keluarga ibu kandungnya.
BACA: Ayah tiri 'Adik' asyik minta maaf - Kakak angkat
Jenazah yang dituntut oleh waris keluarga ibu kandung di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka telah di bawa ke Madrasah As Syakirin untuk dimandikan dan disembahyangkan sebelum dikebumikan di tanah perkuburan itu.
Astro Awani sebelum ini turut melaporkan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman mengesahkan terdapat pelbagai kecederaan termasuk luka baru di kesan di bahagian belakang kepala kanak-kanak itu selepas proses bedah siasat dijalankan selama 11 jam pada Ahad lalu.
Shuhada Abdul Kadir
Tue Feb 02 2021

Pekerja pembersihan, Mohd Hanzala Ramlan, 34, mengambil peluang menziarahi pusara kanak-kanak itu. - Foto Astro AWANI

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Lapor maklumat kanak-kanak didera atau berdepan hukuman
Tiga kumpulan individu yang mempunyai maklumat mengenai penderaan kanak-kanak diingatkan melaporkannya kepada pihak berkuasa atau berdepan hukuman penjara dan denda jika gagal berbuat demikian.