KUALA LUMPUR: Pengendali Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1), ANIH Berhad, telah menempatkan kakitangan operasi sepanjang 24 jam untuk memantau dan menangani isu kegagalan tambakan projek tebatan banjir LPT1.
ANIH dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan, setakat ini, tiada pergerakan baharu yang direkodkan di kawasan kejadian.
"Bagaimanapun, pihak syarikat dengan kerjasama kontraktor telah menempatkan penanda enapan bagi meneruskan pemantauan keadaan semasa.
"ANIH serta pihak perunding sedang menjalankan kajian terperinci untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.
"Berdasarkan siasatan awal yang dijalankan pihak syarikat, terdapat resapan air bawah tanah di tapak projek yang menyebabkan runtuhan cerun tambak di kawasan kerja-kerja tebatan banjir," jelas kenyataan itu.
Kenyataan itu menjelaskan, resapan air tersebut mengakibatkan rekahan di permukaan jalan di antara KM118.2 ke KM117.8 melibatkan lorong kecemasan dan sebahagian lorong perlahan.
"Sebagai langkah segera, ANIH Berhad telah menutup sepenuhnya laluan ke Kuala Lumpur dan mengaktifkan sistem laluan kontra dari KM 116.5 sehingga KM 119.4 di laluan timur pada jam 4.15 petang, semalam.
"Pengguna jalan raya dinasihat untuk merancang perjalanan mereka dan memandu secara berhemah serta mematuhi arahan petugas di lokasi," jelas kenyataan itu.
Faida Rahim
Mon Sep 11 2023

ANIH dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan, setakat ini, tiada pergerakan baharu yang direkodkan di kawasan kejadian. - Gambar fail/Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Wanita lintas jalan hingga akibatkan kemalangan direman
Seorang wanita berusia 35 tahun yan melintas jalan sehingga mengakibatkan berlakunya kemalangan maut di KM98.6 LPT 1 direman dua hari.

Punca LPT1 mendap disiasat - ANIH
ANIH Berhad telah menempatkan kakitangan operasi sepanjang 24 jam untuk memantau dan menangani isu kegagalan tambakan projek tebatan banjir LPT1.

Identiti empat mangsa maut kemalangan di LPT1 dikenal pasti
Identiti empat mangsa maut dalam kemalangan di Kilometer 135.7 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) hala Kuantan awal pagi tadi melibatkan empat buah kenderaan, telah dikenal pasti.

LPT 1, Jalan Kuantan-Segamat, dijangka sesak esok dan lusa
Aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT 1) dan Jalan Kuantan-Segamat dijangka akan mengalami kesesakan berikutan warga kota mula pulang selepas cuti Aidilfitri di kampung masing-masing.

PKP: Bilangan pengguna jalan raya berkurangan 50 peratus
Menjelang sambutan Aidilfitri, aliran trafik di dua lebuh raya utama dilaporkan lancar petang ini.

Trafik sesak di beberapa lebuh raya utama tengah hari ini
Pertambahan kenderaan ke arah Pantai Timur menyebabkan aliran trafik sesak di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) terutama dari Genting Sempah ke Bukit Tinggi.