Punca sebenar insiden gangguan kesihatan sehingga melibatkan ramai pelajar sesak nafas dan muntah-muntah di Pasir Gudang sejak Khamis lepas masih belum dapat dipastikan.
Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin berkata hasil keputusan ujian makmal mendapati sampel daripada lapan pesakit yang diambil untuk ujian cyanide, blood cyanide dan kompaun organik tidak stabil (VOC) adalah negatif.
"Jabatan kimia secara berterusan mencari unsur bahan kimia dalam urin serta sampel darah pesakit.
"Kita tidak pastikan apakah sumber bahan kimia menerusi sampel urin dan juga darah. Ini sangat berbeza dengan kes Kim Kim. Kita ada bukti fisiologikal kimia, urin dan darah tentang kandungannya (bahan kimia)," katanya kepada pemberita di pada Rabu.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Johor Mohd Khuzzan Abu Bakar serta Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor Tan Chen Choon.
Bee Yin berkata bagi memastikan keselamatan penduduk dan menangani isu gangguan kesihatan seumpama itu, sebuah stesen pemantauan bahan-bahan cemar udara secara tetap akan diwujudkan di Pasir Gudang, namun, reka bentuknya akan diteliti.
Beliau berkata Sistem Ramalan Penyebaran Kimia juga akan diwujudkan bagi menjadi rujukan piawaian bagi setiap bahan cemar yang terdapat di Pasir Gudang dalam keadaan bacaan normal.
"Saya juga sudah berbincang dengan YB Tan (Tan Chen Choon) untuk mewujudkan zon penampan di antara kawasan industri, perumahan, sekolah dan kawasan komuniti harian.
"Kita sudah ada rancangan mengenainya dan akan membentangkannya secepat mungkin," katanya.
Sementara itu, Mohd Khuzzan berkata sehingga 12 tengahari Rabu, tiada pesakit baharu dimasukkan ke dalam wad yang menjadikan keseluruhan mangsa masih berada di wad adalah enam orang.
Beliau berkata keputusan sama ada sekolah boleh dibuka semula Ahad ini bergantung kepada kualiti udara yang sedang dipantau.
Bernama
Wed Jun 26 2019
Punca sebenar insiden gangguan kesihatan di Pasir Gudang sejak Khamis lepas masih belum dapat dipastikan. Foto BERNAMA
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Insiden 'nakal' ke atas Arif Aiman, Theerathon Bunmathan terima hukuman berat AFC
Kapten Buriram United, Theerathon Bunmathan, menerima hukuman berat daripada AFC berikutan kekasaran ke atas pemain sayap JDT, Arif Aiman Hanapi.
TFC akui peluang ke pentas akhir Piala Malaysia tipis
Kekalahan besar di hadapan lebih 11,000 penyokong di laman sendiri memudarkan impian Terengganu FC untuk bergelar finalis seperti musim lepas.
Piala Malaysia: JDT sebelah kaki di final
Johor Darul Ta'zim (JDT) membenam Terengganu FC (TFC) 4-0 pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam tadi.
Piala Malaysia: TFC elak permainan bertahan hadapi JDT
Terengganu FC (TFC) tidak akan sesekali menampilkan corak permainan bertahan pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta'zim (JDT).
400 pegawai, anggota kawal perlawanan TFC lawan JDT - Polis
Polis akan menempatkan 400 pegawai dan anggota untuk mengawal keselamatan sepanjang perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia membabitkan TFC dan JDT.
Permohonon diperkenan, Akhyar Rashid ucap terima kasih kepada TMJ
Akhyar Rashid, meluahkan penghargaan tak terhingga kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, atas peluang dan kesempatan yang diberikan kepadanya.
Akhyar Rashid sah milik TFC
Berita itu dikongsikan pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) menerusi laman sosial Facebook rasmi TFC.
JDT lakar sejarah rekod kemenangan ke-29 berturut-turut
Johor Darul Ta'zim (JDT) sekali lagi melakar sejarah dengan merekodkan kemenangan ke-29 berturut-turut di laman sendiri dalam saingan Liga Super sejak 24 Jun 2022.
'Memang senang nak salahkan FAM' - Tunku Mahkota Ismail
PEMBANGUNAN bola sepak akar umbi seharusnya menjadi tanggungjawab setiap kelab dalam memastikan kelancaran proses melahirkan lebih ramai pemain tempatan pada masa depan.
Liga Super: Kurang yakin punca kekalahan - Sabah FC
Stano tetap positif bahawa Sabah FC mampu untuk mencapai sasaran berada dalam kedudukan tiga teratas Liga Super bagi musim ini.