SHAH ALAM: Dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya melibatkan pemandu lori, kerajaan disaran mewajibkan kursus keselamatan secara terus kepada golongan itu, kata Presiden Persatuan Usahawan Logistik Semenanjung Malaysia (Pulse), Puvaneaish Subramaniam.
Menurutnya, pada ketika ini, kursus itu ditawarkan kerajaan menerusi Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), namun ia hanya melibatkan pengurus keselamatan syarikat-syarikat logistik.
Pengurus keselamatan syarikat yang menghadiri kursus itu katanya, akan kembali dan memberikan taklimat kepada pemandu-pemandu lori di syarikat masing-masing.
“Kami (syarikat logistik) mahu pemandu sendiri menghadiri kursus secara berkala sebelum mereka memperoleh kelulusan permit. Langkah ini dianggap lebih berkesan berbanding maklumat diberikan pengurus keselamatan syarikat mereka.
"Ini akan menjadikan pemandu lebih berhemah dan mendapat bimbingan terus dan bukannya menerusi orang ketiga," katanya selepas sesi dialog Pulse bersama agensi-agensi kerajaan di sini, pada Sabtu.
Antara isu yang dibangkitkan dalam sesi dialog itu adalah termasuk kemasukan perkhidmatan menggunakan aplikasi luar negara yang menawarkan harga pengangkutan yang jauh lebih murah sehingga menekan pemain industri.
Rata-rata ahli Pulse berpendapat, mereka menggunakan kereta persendirian dan tidak terikat dengan mana-mana peraturan atau kos tertentu, yang akhirnya menyebabkan ramai pemilik syarikat logistik sah terbeban dan hilang perniagaan.
Mengulas lanjut Puvaneaish menjelaskan, Pulse juga sedia menanggung kos pelaksanaan kursus itu.
"Salah laku pemandu lori lazimnya akan memberi kesan kepada syarikat logistik, justeru, kami mahu berbincang dengan agensi kerajaan berkaitan untuk turut memberi latihan dan pensijilan kepada golongan tersebut," tambahnya.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan Pulse baru-baru ini disenarai dalam Unit Tindakan Kementerian Pengangkutan, sekali gus menjadi suara sah dalam kementerian untuk membawa isu-isu dan masalah berkaitan syarikat logistik khususnya kecil dan sederhana.
"Dengan ini, Pulse secara langsung dapat mengakses dan menyampaikan isu ahli kepada pihak kementerian serta agensi yang relevan," jelasnya.
Astro Awani
Sun Feb 19 2023
Puvaneaish menjelaskan, Pulse sedia menanggung kos pelaksanaan kursus sedemikian.
Pengurusan taman tema dipanggil setelah laporan penuh dibentang - Amirudin
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan itu juga mungkin melibatkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setelah maklumat penuh diperoleh.
EU laksana had sekatan penggunaan AI
Keperluan baharu untuk mengawal selia penggunaan kecerdasan buatan (AI) mula dikuatkuasakan di Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad dengan pelaksanaan Akta AI EU.
Penggiliran kerja petugas kaunter dilaksana secara berfasa
Pelaksanaan sistem penggiliran kerja bagi penjawat awam yang telah berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan telah dilaksanakan bermula Januari 2025 secara berfasa.
ASEAN: Anwar adakan pertemuan dengan Thaksin dan George Yeo
Dalam pertemuan tersebut, pelbagai isu penting serantau dibincangkan termasuk situasi di Myanmar serta pembangunan mata wang kripto.
Tiga ditahan susulan dua kes rogol berasingan
Polis menahan tiga lelaki termasuk warga emas bagi membantu siasatan bersabit dua kes rogol berasingan di Jeram, Kuala Selangor semalam.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Februari 2025.
Ahmad Fadzli dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baharu
Pegawai Kewangan Negeri Selangor Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu berkuat kuasa esok.
Ratusan teruja saksi tayangan mempersona di Casa Batllo
Tayangan pemetaan video digital di bangunan Casa Batllo di Barcelona, Sepanyol menarik kehadiran ramai pengunjung pada Ahad. Artis Itali, Quayola mempersembahkan karya dikenali Arborescent itu, sebagai dedikasi kepada keindahan alam semula jadi.
Penerbangan Learjet 55 hanya kurang seminit sebelum menjunam
Penerbangan pesawat perubatan Learjet 55 yang terhempas di kawasan kejiranan di Philadelphia disahkan hanya kurang dari seminit. Perkara itu seperti disahkan penyiasat dari Badan Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, Rick Hicks dalam sidang media pada Ahad. Katanya, pesawat itu hanya mencapai ketinggian 1,500 kaki sebelum ia menjunam dan terhempas.
R Stromlinienwagen dibida pada harga 51.55 juta euro
Kereta lumba jenis Mercedes (W196 R Stromlinienwagen) berjaya dijual pada harga 51.55 juta euro dalam satu majlis bidaan di Jerman pada Sabtu. Kereta lumba berwarna silver itu, salah satu daripada empat yang ada di dunia.
JKDM rampas 105kg dadah bernilai RM3.3 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 105 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine dianggarkan bernilai RM3.3 juta yang diisytiharkan sebagai teh herba Cina pada 15 Okt lepas.
Johor akan bantu mudah cara selesai isu pemandu lori - Exco
Kerajaan Johor akan membantu memudah cara bagi menyelesaikan beberapa isu dibangkitkan pengusaha dan pemandu lori di negeri ini.
Pulse saran kerajaan wajibkan kursus keselamatan pemandu lori
Dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya melibatkan pemandu lori, kerajaan disaran mewajibkan kursus keselamatan secara terus kepada golongan itu.