GEORGE TOWN: Tanah Pulau Silikon seluas 930.78 hektar adalah milik penuh kerajaan Pulau Pinang.
Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri, Zairil Khir Johari berkata, selaku pemilik projek, kerajaan negeri berhak menentukan kegunaan tanah di pulau yang sedang ditambak.
Bagaimanapun kata Zairil, sebahagian besar hasil jualan tanah perlu menampung kos penambakan dan kos infrastruktur.
"Projek Pulau Silikon adalah projek penambakan milik kerajaan Pulau Pinang. Ini kali pertama kerajaan negeri membangunkan sebuah projek tambakan secara langsung untuk tujuan menjamin pertumbuhan ekonomi jangka masa panjang Pulau Pinang.
"Oleh demikian, kerajaan negeri berhak terhadap kegunaan tanah di pulau tersebut. Sebahagian besar hasil jualan tanah perlu menampung kos penambakan dan infrastruktur.
"Selebihnya dikategorikan untuk tanah lapang bagi kegunaan awam termasuk kemudahan awam serta lain-lain perancangan yang perlu diambil kira dalam sebuah perancangan bandar termasuk hab pengangkutan, rumah mampu milik dan sebagainya," katanya.
Zairil (DAP-Tanjung Bungah) berkata demikian ketika menjawab soalan lisan A Kumaresan (PKR-Batu Uban) berhubung hasil yang diperolehi kerajaan negeri daripada projek tambakan laut tersebut.
Kata Zairil, kerajaan negeri merancang beberapa projek di Pulau Silikon berkenaan antaranya pembangunan infrastruktur, rangkaian biru-hijau, kemudahan awam, kawasan perindustrian, perumahan termasuk jenis mampu milik, pembangunan bercampur dan komersial.
Menjawab soalan kedua Kumaresan mengenai rasional Pulau A, B dan C diteruskan walaupun kerajaan Persekutuan meluluskan pembiayaan sepenuhnya untuk projek Transit Aliran Ringan (LRT), Zairil berkata, kerajaan negeri meneruskan pembangunan Pulau Silikon adalah keperluan negeri untuk menangani kekurangan tanah bagi kegunaan industri.
"Kerajaan negeri mengumumkan bahawa penambakan Pulau B dan Pulau C daripada pembangunan Projek Pulau Selatan Pulau Pinang (PSI) tidak akan diteruskan pada masa ini.
"Rasional meneruskan pembangunan Pulau Silikon adalah untuk menangani kekurangan tanah bagi kegunaan industri, khususnya dengan hubungan langsung kepada ekosistem sedia ada di Bayan Lepas,
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang serta rangkaian Lebuhraya Utara-Selatan," katanya.
Beliau menambah, PSI diwujudkan untuk pembangunan industri, komersial, perumahan dan tarikan pelancong pulau bagi memenuhi keperluan 40 tahun yang akan datang.
"Umum mengetahui bahawa Zon Perindustrian Bebas (FIZ) Bayan Lepas adalah destinasi pelaburan antarabangsa yang popular, khususnya dalam sektor pembuatan elektrikal dan elektronik (E&E).
"Pembangunan taman perindustrian berteknologi tinggi Green Tech Park di Pulau Silikon akan memperluaskan FIZ Bayan Lepas untuk memenuhi keperluan pelabur sedia ada yang ingin mengembangkan operasi mereka selain menarik pelabur baharu, khususnya yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti industri bernilai tinggi," katanya lagi.
Sementara itu, dalam soalan tambahan, Goh Choon Aik (PKR-Bukit Tambun) mempersoalkan tentang kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) bagi Pulau B dan C.
Menjawab kepada soalan berkenaan, Zairil berkata, setiap pulau mempunyai kelulusan yang berasingan walaupun permohonan dibuat secara serentak.
"Kerajaan negeri membuat permohonan secara serentak bagi kesemua pulau namun dari segi kelulusan, ia akan dibuat secara berasingan.
"Buat sementara ini, kerajaan negeri belum ada apa-apa perancangan untuk Pulau B dan C yang mana, kedua-dua pulau itu tidak akan dibangunkan seperti mana yang dinasihatkan kerajaan Pusat," katanya.
Sebelum ini, Kerajaan Pulau Pinang mengumumkan pembatalan bagi Pulau B dalam Projek PSI seperti mana yang diarahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 6 Mei lalu.
Selain Pulau B, keluasan Pulau A yang dinamakan sebagai Pulau Silikon turut dikecilkan iaitu daripada 1,821 hektar kepada 930.8 hektar selain Pulau C yang berkeluasan 323.7 hektar turut dibatalkan.
Pengurangan keluasan itu melibatkan 49 peratus daripada keseluruhan tiga pulau kepada satu buah pulau sahaja.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue May 28 2024
Zairil berkata, selaku pemilik projek, kerajaan negeri berhak menentukan kegunaan tanah di pulau yang sedang ditambak. - Foto Sinar Harian
Angka kematian akibat Taufan Chido meningkat kepada 39 orang
Pihak berkuasa Perancis menjangkakan ribuan lagi mungkin telah terkorban akibat taufan itu yang melanda Mayotte.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [25 Disember 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Nursyazwani Saiful Sham
1. PM mahu usaha tanam bibit pertentangan kaum dielakkan
2. Op Pedo: 13 lelaki miliki pornografi, bahan deraseksual kanak-kanak ditahan
3. Nahas Ayer Keroh, ambil kira aspek keselamatan di jalan raya
1. PM mahu usaha tanam bibit pertentangan kaum dielakkan
2. Op Pedo: 13 lelaki miliki pornografi, bahan deraseksual kanak-kanak ditahan
3. Nahas Ayer Keroh, ambil kira aspek keselamatan di jalan raya
Harmony Kitchen Gaza salur makanan kepada 4,000 penduduk sehari
Rakyat Malaysia tidak lupa untuk terus memberi sumbangan bagi meringankan beban yang ditanggung mangsa.
Aktiviti tentera Israel pengaruhi pembunuhan enam tebusan
Perbincangan antara Israel dan Hamas untuk mendapatkan pembebasan 100 tebusan yang ditahan di Gaza masih berlangsung.
163 pekerja China seperti hamba di tapak kilang BYD Brazil
Para pekerja tersebut telah diupah oleh sebuah syarikat lain di China sebelum dibawa ke Brazil secara tidak sah.
Taufan Chido: Angka kematian meningkat kepada 39 orang
Pihak berkuasa Perancis meningkatkan angka kematian di Mayotte kepada 39 daripada 35 orang, kira-kira 10 hari selepas pulau itu dilanda Taufan Chido yang dahsyat.
Kes selesema burung menular di seluruh England
Ladang burung di sepanjang pantai timur England terpaksa melaksanakan langkah pencegahan selesema burung berikutan beberapa kes dikesan dalam wabak baharu virus tersebut.
Buruh paksa: 163 pekerja China seperti hamba di tapak kilang BYD Brazil
Pihak berkuasa Brazil menemui seramai 163 warga China yang bekerja dalam keadaan seperti hamba di sebuah tapak pembinaan kilang milik pengeluar kenderaan elektrik China, BYD, di negeri Bahia.
Teknologi: Iran angkat sekatan ke atas WhatsApp dan Google
Pihak berkuasa Iran mengangkat sekatan ke atas platform pemesejan segera WhatsApp milik Meta dan Google Play, menurut laporan media negara, pada Selasa.
Konflik Gaza: Aktiviti tentera Israel pengaruhi enam tebusan dibunuh
Tindakan ketenteraan Israel memberi "pengaruh bersebab" terhadap keputusan militan Hamas untuk membunuh enam tebusan di Gaza pada bulan Ogos, menurut hasil siasatan tentera yang diterbitkan pada Selasa.
Projek Pulau Silikon di Pulau Pinang berada di landasan betul dalam tahun pertama
PIC sentiasa mengutamakan keterangkuman dalam agenda pembangunan, memastikan tiada komuniti atau entiti yang ketinggalan.
Pulau Silikon hak mutlak kerajaan Pulau Pinang
Tanah Pulau Silikon seluas 930.78 hektar adalah milik penuh kerajaan Pulau Pinang.