BATU KAWAN: Kerajaan Pulau Pinang menggesa PLUS Malaysia Berhad (PLUS) untuk segera melaksanakan projek lebuh raya bertingkat Juru-Sungai Dua bagi mengatasi isu kesesakan lalu lintas yang semakin meruncing.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata pihaknya juga telah menyuarakan perkara itu kepada Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) Jabatan Perdana Menteri dalam pertemuan di sini semalam.
"Projek itu memang dibincangkan banyak tahun oleh pelbagai pihak malah setiap tahun kerajaan negeri juga mengemukakan permohonan dan dalam kunjungan Ketua Pengarah UKAS (Datuk Shamsul Azri Abu Bakar) semalam, beliau maklumkan mereka terima isu tersebut dalam banyak mesyuarat serta keperluan melaksanakan projek tersebut.
"Memandangkan kesesakan lalu lintas itu berpunca daripada konflik laluan di Lebuhraya Utara Selatan (Juru-Sungai Dua) dan Jambatan Pulau Pinang serta Perai yang membawa kepada kenderaan bergerak perlahan sehingga berlaku kesesakan teruk," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah projek kondominium di sini hari ini.
Beliau berkata terdapat keperluan mendesak untuk pembinaan lebuh raya bertingkat itu dilaksanakan segera bagi menyuraikan aliran trafik pengguna lebuh raya tersebut dengan pengguna tempatan.
Menurut Chow kesesakan teruk yang berlaku bukan sahaja menjejaskan kawasan Perai dan Seberang Jaya malah masalah trafik merebak ke Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, laluan dari Bayan Lepas, Bayan Baru serta pusat bandar George Town.
Situasi itu katanya memberi kesan negatif kepada kehidupan rakyat serta sektor industri dan pelaburan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 19 2024

Kon Yeow bercakap kepada pemberita selepas majlis pecah tanah projek kondominium di Batu Kawan hari ini. - Foto Bernama
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Pulau Pinang akan tetapkan sendiri had harga rumah buat pembeli asing
Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan Perancangan Bandar dan Desa Jagdeep Singh Deo akan membangkitkan perkara itu untuk dibincang semasa mesyuarat.

Kementerian, kerajaan negeri dakwa tidak tahu cadangan lapangan terbang baharu
Laporan akhbar milik MCA itu hanya menyebabkan kekeliruan di kalangan industri komunikasi dan pengangkutan.

Tragedi Bukit Kukus: MBPP antara 4 pihak bertanggungjawab
Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah dikenal pasti sebagai antara empat pihak yang bertanggungjawab ke atas insiden tanah runtuh di Bukit Kukus Oktober lalu.

Kerajaan P.Pinang cadang beli semua rumah kos rendah daripada pemilik
Kerajaan Pulau Pinang sedang meneliti perancangan untuk membeli semula rumah kos rendah yang pemiliknya telah berjaya menaik taraf status sosioekonomi mereka.

Kerajaan P. Pinang digesa henti jual tanah negeri kepada pemaju
Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, sejak mengambil alih pentadbiran negeri pada 2008, kerajaan negeri telah menjual sejumlah besar tanah miliknya.