GEORGE TOWN: Pulau Pinang akan menerima 62,000 dos vaksin dalam masa terdekat selepas menerima 16,000 dos vaksin Pfizer-BioNTech pada Ahad lepas.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, lima kotak penghantaran yang akan diterima kelak adalah tambahan dos kedua kepada 31,000 penerima fasa pertama yang perlu disuntik dalam tempoh 21 hari.
Beliau berharap program suntikan vaksin fasa pertama melibatkan petugas barisan hadapan di Pulau Pinang itu berjalan lancar dalam tempoh tiga bulan ini.
"Fasa pertama untuk 62,000 dos kesemuanya... sebab kita ada 31,000 frontliners (petugas barisan hadapan) tapi yang terima dos kedua pada 21 hari kemudiannya, akan kembali untuk ambil dos kedua," ujar beliau.
Kon Yeow berkata demikian selepas menerima suntikan pertama vaksin serta simbolik pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan peringkat negeri Pulau Pinang d HPP pada Ahad.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Asmayani berkata, seramai 318 petugas barisan hadapan di negeri itu sudah menerima suntikan vaksin itu minggu lalu termasuk 54 pemvaksin.
Jelasnya, fasa pertama pemberian vaksin itu memberi tumpuan kepada petugas barisan hadapan terdiri daripada kumpulan perubatan dan bukan perubatan dalam memastikan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan berjalan lancar.
Pada Ahad minggu lepas, sebanyak 16,000 dos vaksin COVID-19 jenis Pfizer BioNTech selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).
Vaksin tersebut disimpan di dua pusat simpanan vaksin (PSV) di negeri itu terlebih dahulu sebelum proses vaksin dibuat di 19 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang ditetapkan di negeri itu.
Dewi Nur Harasha Alias
Sun Feb 28 2021
![Pulau Pinang akan terima 62,000 dos vaksin dalam tempoh terdekat Pulau Pinang akan terima 62,000 dos vaksin dalam tempoh terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/41613912131_TBPulauPinang.jpg)
Pada Ahad minggu lepas, sebanyak 16,000 dos vaksin COVID-19 jenis Pfizer BioNTech selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP). - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Laos bertindak lindungi kanak-kanak daripada campak, rubela menerusi pemvaksinan Laos bertindak lindungi kanak-kanak daripada campak, rubela menerusi pemvaksinan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715850101_genericvaksin.jpg)
Laos bertindak lindungi kanak-kanak daripada campak, rubela menerusi pemvaksinan
Pihak berkuasa melancarkan kempen kesedaran di peringkat nasional dan wilayah menerusi televisyen, radio dan liputan akhbar.
![‘Kes darah beku, serangan jantung tiada kaitan dengan vaksin AstraZeneca’ ‘Kes darah beku, serangan jantung tiada kaitan dengan vaksin AstraZeneca’](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71647054545_DatukDrNoorHisham.jpg)
‘Kes darah beku, serangan jantung tiada kaitan dengan vaksin AstraZeneca’
Golongan berisiko tinggi adalah individu yang mempunyai sejarah pembekuan darah dan mereka tidak dibenarkan menerima vaksin jenis AZ.
![WHO luluskan vaksin denggi baharu TAK-003 WHO luluskan vaksin denggi baharu TAK-003](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715850101_genericvaksin.jpg)
WHO luluskan vaksin denggi baharu TAK-003
TAK-003 merupakan vaksin lemah hidup yang mengandungi versi lemah dari keempat-empat serotip virus yang menyebabkan denggi.
![KKM pertimbang vaksin influenza untuk warga emas KKM pertimbang vaksin influenza untuk warga emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715595794_tbDzulkeflyAhmadS.jpg)
KKM pertimbang vaksin influenza untuk warga emas
Kementerian Kesihatan (KKM) mempertimbangkan untuk melaksanakan pemberian vaksin influenza kepada warga emas.
![KKM keluar kenyataan berkaitan vaksin AstraZeneca dalam masa terdekat KKM keluar kenyataan berkaitan vaksin AstraZeneca dalam masa terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51714998751_Dzulkefly.jpg)
KKM keluar kenyataan berkaitan vaksin AstraZeneca dalam masa terdekat
KKM akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu penarikan balik vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca dalam masa terdekat.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Tiada kesan sampingan daripada vaksin COVID-19 AstraZeneca di Indonesia - Suruhanjaya Tiada kesan sampingan daripada vaksin COVID-19 AstraZeneca di Indonesia - Suruhanjaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51632498837_TBCOVIDVACCINE.jpg)
Tiada kesan sampingan daripada vaksin COVID-19 AstraZeneca di Indonesia - Suruhanjaya
Suruhanjaya Nasional untuk Kajian dan Pencegahan Peristiwa Mudarat Berikutan Imunisasi dan BPOM melakukan pemantauan bagi membuat rumusan.
![Kes denggi meningkat di Brazil, cabar rancangan vaksinasi Kes denggi meningkat di Brazil, cabar rancangan vaksinasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709764886_Denguecases.jpg)
Kes denggi meningkat di Brazil, cabar rancangan vaksinasi
Brazil disahkan mencapai satu juta kes demam denggi pada tahun 2024, dengan 214 kematian.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702135893_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Gaza: Berpuluh ribu orang diancam penyakit Gaza: Berpuluh ribu orang diancam penyakit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81674497484_TedrosAdhanom.jpg)
Gaza: Berpuluh ribu orang diancam penyakit
Ancaman penyakit semakin meningkat di pusat perlindungan sementara di Semenanjung Gaza dengan puluhan ribu orang tinggal dalam keadaan bersesak.