IPOH: Perak mempunyai pelbagai bahasa dialek kerana bersempadan dengan banyak negeri lain, namun pertuturan dalam bahasa itu yang semakin kurang digunakan terutama dalam kalangan generasi muda memberi kesan terhadap identiti dan jati diri masyarakat.
Presiden Persatuan Linguistik Malaysia Prof Dr Nor Hashimah Jalaluddin berkata menerusi kajiannya berkenaan penggunaan dialek di seluruh Perak, beliau mendapati golongan remaja negeri itu terutamanya mereka yang berusia 15 tahun ke bawah tidak bertutur dalam dialek Perak.
Beliau berkata antara alasan yang diberikan adalah kerana bimbang sekiranya mereka terbawa-bawa menulis karangan dalam bahasa dialek, sedangkan di sekolah hanya menggunakan bahasa baku, selain berasa malu untuk bertutur dalam dialek berkenaan.
Katanya, faktor lain yang penyumbang kepada kurangnya pertuturan dalam bahasa dialek Perak antaranya adalah asimilasi daripada bahasa Jawa dan Banjar ke bahasa standard.
Nor Hashimah juga menyentuh budaya penggunaan kata ganti nama juga antaranya "yop" dan "nyah" juga sudah jarang kedengaran pada masa kini sedangkan penggunaan itu secara tidak langsung boleh mendedahkan identiti masyarakat negeri ini.
"Orang Perak dulu dia terkenal dengan nama contohnya Nyah Budin, Hitam Shaari, Yop Burhanuddin, namun orang Perak tidak mahu pakai (panggilan) sedangkan itu identiti mereka sebab dia rasa kalau digunakan akan rasa kampung sangat, tetapi sebenarnya kalau pakai Yop Burhanuddin automatik kita faham dia anak sulung.
"Nyah pula panggilan untuk anak kedua dan rasa hormat terhadap panggilan itu sangat terasa. Kita tidak akan menengking yop dan nyah sebab kita rasa hormat terhadap mereka, itu falsafahnya di sebalik penggunaan kata ganti nama itu, tetapi sekarang sudah tiada," katanya.
Nor Hashimah berkata budaya itu perlu diperkenalkan semula kerana mempunyai unsur autoriti serta falsafah di sebalik penggunaannya.
Terdahulu, beliau terlibat sebagai seorang daripada tokoh pembicara pada program Bicara Bahasa Kolokial: Melestarikan Keberdayaan Bahasa Komuniti "Moh Labun Loghat Perak" di sini semalam.
Pada masa sama, Nor Hashimah berkata penggunaan dialek di Perak perlu didedahkan kepada golongan remaja kerana dialek dianggap sebagai khazanah dan bukanlah sesuatu perkara untuk dimalukan.
"Dialek boleh membentuk identiti dan jati diri mereka, sepertimana orang Kelantan, Terengganu dan Kedah yang tetap kukuh dengan dialek masing-masing. Sepatutnya orang Perak berasa bangga dengan dialek mereka," katanya.
Nor Hashimah berkata masyarakat boleh membantu menghidupkan semula dialek berkenaan dengan memperbanyakkan skrip menggunakan dialek Perak, contohnya dalam penghasilan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, Zombi Kampung Pisang dan Man Laksa.
Beliau berkata filem berkenaan masih dapat difahami seluruh masyarakat dalam negara serta mampu menyampaikan mesej kepada rakyat tanpa sebarang masalah meskipun filem berkenaan menggunakan dialek Perak.
"Saya sangat mengagumi filem-filem arwah Mamat Khalid kerana menggunakan dialek Perak seperti Hantu Kak Limah yang mampu meraih tiga juta penonton di pawagam, kemudian ditonton berkali-kali menerusi saluran lain.
"Maknanya apa yang nak disampaikan itu (mesej), sampai dan kelakar dalam keadaan yang sangat santai," katanya.
Justeru, beliau berkata penggiat seni perlu menjadi lebih kreatif dalam menghasilkan skrip dengan menggunakan dialek Perak khususnya kerana pada masa sama mereka dapat meraikan budaya yang merupakan identiti masyarakat setempat.
Nor Hashimah turut membezakan antara bahasa kolokial yang bermaksud bersifat bahasa percakapan atau bahasa basahan (bukan bahasa baku), sementara dialek adalah subvarian daripada bahasa baku.
Sementara itu, pelakon, pengarah filem dan karyawan Mior Hashim Manap yang merupakan seorang lagi tokoh pembicara dalam program itu berkata peranan bahasa adalah penting dan jangan sesekali memandang rendah kepada dialek.
"Dialek itulah yang sebenarnya membina jati diri seseorang dan diturunkan daripada atuk dan bapa kamu dahulu. Sebab itulah dulu kita buat kempen 'Bahasa Jiwa Bangsa', RTM ada lagu 'Muhibbah', macam-macam telah dilakukan tetapi sekarang sudah tiada," katanya.
Beliau berkata masalah dihadapi masyarakat kini adalah tidak mengenali diri mereka sendiri, secara tidak langsung lupa akan dialek yang sering digunakan oleh keturunan mereka terdahulu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 28 2023
Penggunaan dialek di Perak perlu didedahkan kepada golongan remaja kerana dialek dianggap sebagai khazanah dan bukanlah sesuatu perkara untuk dimalukan. - Gambar hiasan/BERNAMA
PBB lapor peningkatan ketara dalam operasi di Gaza di tengah-tengah gencatan senjata
Bantuan, kargo dan petugas kemanusiaan kini dapat memasuki kawasan yang sebelum ini sukar diakses.
AWANI Pagi: Debat ukir nama uiam sebaris universiti ternama dunia
Ikuti diskusi pagi Jumaat bersama Prof Datuk Dr. Mohamad Fauzan Noordin, Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Libatsama Komuniti), UIAM dan Anas Ahmad Zaharim, pendebat UIAM berkongsi kejayaan luar biasa di Kejohanan Debat Universiti Dunia 2025 di Panama, Amerika Tengah, sekali gus mengharumkan nama negara di peringkat global.
Imigresen tahan 38 warga asing di Kampung Baru
Op Sapu KL Strike Force itu dijalankan oleh 35 pegawai selepas risikan selama dua minggu di lokasi terbabit berikutan aduan penduduk setempat mengenai kebanjiran warga asing.
Dilema tersorok ekonomi, apa yang kritikal?
Perbincangan eksklusif bersama Pakar Ekonomi, MIDF Research, Abdul Mui’zz Morhalim, menyelami isu-isu tersirat dalam ekonomi Malaysia. Bagaimana dari tekanan inflasi yang semakin perlahan hingga kebimbangan terhadap pertumbuhan global, apakah cabaran kritikal yang perlu ditangani segera? Ikuti diskusi lanjut.
ELSA Speak: AI Revolusi Pembelajaran Bahasa Inggeris di WEF 2025
Syarikat ELSA Speak mencuri perhatian di World Economic Forum 2025 di Davos dengan inovasi AI mereka yang mempermudah pembelajaran bahasa Inggeris. Editor kanan, Najib Aroff, menemubual pengasasnya, Vu Van, untuk mendalami perjalanan syarikat ini sejak sebelum kecerdasan buatan menjadi arus perdana.
Insentif berasaskan dasar, pacu perubahan ekonomi tingkah laku - Rafizi
Kerajaan akan memperkenalkan lebih banyak insentif baharu menerusi Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13) selain daripada pengagihan dana dan projek untuk merangsang ekonomi, kata Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli. Beliau berkata insentif itu akan dirangka mengikut dasar yang diperlukan bagi memacu perubahan ekonomi tingkah laku dan masyarakat bagi menyokong transformasi negara.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4320/4480 berbanding dolar AS daripada 4.4420/4465 semalam.
Trump tandatangan perintah eksekutif jadikan Amerika pusat AI dunia
Pendekatan baharu Trump untuk menjadikan Amerika sebagai peneraju global dalam inovasi teknologi sambil menghapuskan dasar era Biden.
Lima hari hanyut di lautan, tiga nelayan kelaparan, air hujan penghilang dahaga
Asrulhisham bersama anak dan seorang lagi awak-awak diselamatkan oleh dua nelayan Aceh selepas lima hari bersabung nyawa di lautan.
Trump berhasrat bertemu Putin dengan "segera"
"Dari apa yang saya dengar, Putin ingin bertemu dengan saya. Kami akan bertemu secepat mungkin. Saya akan bertemu segera."
Pudarnya dialek di Perak beri kesan terhadap identiti, jati diri - Pakar Bahasa
Beliau mendapati golongan remaja Perak terutamanya mereka yang berusia 15 tahun ke bawah tidak bertutur dalam dialek negeri itu.