PUBLIC Bank mengumumkan akan menamatkan aplikasi PB Engage MY berkuat kuasa Jun 2025.


Ringkasan AI
  • Public Bank akan menamatkan aplikasi PB Engage MY berkuat kuasa Jun 2025.
  • Semua aktiviti perbankan akan disokong melalui aplikasi MyPB sahaja, yang memerlukan Android 11 atau terkini.
  • Pengguna dinasihatkan merancang peralihan ke aplikasi MyPB lebih awal kerana proses pengesahan aplikasi baru boleh mengambil masa sehingga 12 jam.


Selari dengan ini, semua aktiviti perbankan akan hanya disokong melalui aplikasi MyPB sahaja.

Perubahan ini dijangka memberi impak kepada pengguna peranti Android 10 dan sebelumnya memandangkan aplikasi MyPB memerlukan pengguna menggunakan sistem operasi Android 11 dan terkini.

Pengguna dinasihatkan merancang terlebih dahulu proses peralihan, memandangkan keperluan menantikan pengaktifan aplikasi perbankan untuk pengesahan yang mengambil masa sehingga 12 jam pada pemasangan baharu.

Bagi anda yang menggunakan perkhidmatan perbankan Public Bank, boleh beralih ke aplikasi MyPB hari ini, dalam meneruskan pelbagai transaksi kewangan anda melaluinya. -Amanz