Pangkalan Udara (PU) Sendayan disifatkan antara pangkalan paling terbaik, canggih dan serba moden serta memenuhi kehendak seluruh warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), demikian menurut beberapa anggota pasukan keselamatan negara itu.
Tidak pernah termimpi kata mereka untuk menikmati dan tinggal di kawasan yang pengoperasiannya menggunakan fasiliti terbaik selain berpeluang menduduki kediaman yang selesa disediakan kerajaan.
Ini sekali gus membuktikan pengiktirafan serta keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan dan keperluan anggota keselamatan negara.
Ajutan Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara (MPPLU) Kapten Khairul Aizat Khairuddin, 30, berkata beliau amat bersyukur dengan hadiah yang diberikan kerajaan sekali gus menaikkan semangatnya dalam mempertahankan tanah air daripada dibolosi.
"Suasana kerja dalam pangkalan yang baharu ini sangat selesa berbanding di PU Kuala Lumpur dengan kepadatan penduduk dan anggota mempunyai masalah untuk mencari rumah serta berulang-alik pergi bekerja dengan jalan raya yang sesak," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
PU Sendayan yang dibina di kawasan seluas 303.5 hektar dan memiliki 693 unit kediaman pelbagai kategori termasuk banglo, rumah berkembar dua dan pangsapuri untuk pegawai dan anggotanya serta kemudahan lain dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Lt. Farahanima Ismail, 30 daripada Maktab Tentera Udara Perkhidmatan Psikologi berkata walaupun sedih kerana terpaksa berpindah dari PU Kuala Lumpur yang penuh bersejarah, beliau gembira dan teruja dengan fasiliti yang terdapat di PU Sendayan.
"Kemudahan di sini bagi saya sangat memuaskan hati ini dan diharap agar dapat terus dikekalkan supaya pangkalan ini akan terus terpelihara untuk anggota yang lain. Selain itu kedudukannya yang strategik dan kemudahan yang ada jauh lebih baik daripada pangkalan sebelum ini," katanya.
Sementara itu, Koperal Salehah Hussin, 28, berkata kuarters tiga bilik dan dua bilik air yang didudukinya lebih baik berbanding ketika di PU Kuala Lumpur, sekali gus amat sesuai untuk tumbesaran kedua-dua anaknya.
"Sangat bagus sebenarnya duduk di sini, jauh dari kesibukan kota dan kebisingan... lagipun anak saya yang sedang nak membesar perlukan persekitaran seperti di PU Sendayan yang aman dan damai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 16 2018
Pintu masuk utama Pangkalan Udara Sendayan (PU) yang menempatkan markas dan pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang sebelum ini beroperasi di PU Kuala Lumpur. --fotoBERNAMA
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
JBPM rancang bina empat pangkalan udara babit kos RM200 juta
Keutamaan akan diberikan bagi pembinaan pangkalan udara wilayah Selatan di Senai, manakala Pantai Timur sama ada di Akademi Bomba Wakaf Tapai di Terengganu atau Kuantan, Pahang.
3 juruterbang jet pengebom maut terpelanting dari pesawat
Ketika kejadian, empat juruterbang pesawat pengebom jarak jauh Tu-22M3 itu sedang bersiap sedia untuk misi latihan.
Okinawa tuntut perketatkan langkah pencegahan di pangkalan AS
Ia susulan lebih daripada 90 kes COVID-19 telah disahkan di Pangkalan Tentera AS di Pulau Okinawa.
Jet pejuang Korea Selatan terhempas, 1 maut, 1 cedera parah
Jet pejuang F-15K terhempas di kawasan pergunungan dalam daerah Chilgok, kira-kira 290 kilometer di tenggara Seoul, kira-kira sejam kemudian.
Pangkalan udara di pelantar minyak Sarawak langkah tangani ancaman keselamatan
Usaha itu bertujuan menangani ancaman keselamatan di perairan negeri ini secara lebih berkesan.
Semua serpihan bangkai helikopter dikeluarkan dari tapak nahas
Keseluruhan serpihan bangkai helikopter yang terhempas di sini Sabtu lalu telah dikeluarkan sepenuhnya dan dibawa ke Pangkalan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sungai Besi, kata Menteri Pengangkutan