KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyalurkan sumbangan zakat kepada 17,800 pelajar asnaf di 178 kawasan terpilih sepanjang tahun ini menerusi kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).
Pengerusi PTPTN Dr Apli Yusoff berkata sumbangan zakat berkenaan disalur menerusi program Kembara Keluarga Simpan SSPN 2022 yang bertujuan membantu pelajar asnaf dari aspek pendidikan serta galakan awal memulakan penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi mereka.
"Program ini merupakan salah satu daripada program CSR (Tanggungjawab Sosial Korporat) PTPTN dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM1.78 juta," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Apli berkata PTPTN sebagai agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa menyokong usaha memartabatkan sektor pendidikan tinggi negara dengan melaksanakan pelbagai insentif dan inisiatif program berimpak tinggi yang bersepadu bagi membantu para pelajar dan masyarakat.
Selain program ini, katanya PTPTN turut menyediakan program Bantuan Pengajian KPT-PTPTN Prihatin dan setakat ini sebanyak RM142,000 bantuan sara hidup telah disalurkan kepada 284 pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) kurang berkemampuan di seluruh negara.
Secara keseluruhan, menurutnya sehingga 30 Nov lepas, PTPTN telah membantu seramai 3.77 juta pelajar melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi dengan jumlah pinjaman sebanyak RM68.22 bilion.
"PTPTN turut membantu pelajar membuat persediaan awal untuk mendaftar masuk ke IPTA dan Politeknik melalui pemberian Wang Pendahuluan Pinjaman. Sejak 1999 hingga November lepas, seramai 960,882 pelajar telah menerima manfaat ini dengan peruntukan berjumlah RM1.42 bilion," katanya.
Melangkah ke hadapan, Apli berkata PTPTN telah menyusun beberapa inisiatif yang lebih berimpak tinggi sebagai lanjutan kepada usaha PTPTN membantu masyarakat terutama berkaitan pendidikan, antaranya dengan meneroka kaedah alternatif sebagai sumber pembiayaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 31 2022
![PTPTN salur sumbangan zakat kepada 17,800 pelajar asnaf sepanjang 2022 PTPTN salur sumbangan zakat kepada 17,800 pelajar asnaf sepanjang 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61661556586_PTPTNPINJAMAN.jpg)
Pengerusi PTPTN Dr Apli Yusoff berkata sumbangan zakat berkenaan disalur menerusi program Kembara Keluarga Simpan SSPN 2022. - Gambar fail
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![Bebas pinjaman dengan Simpan SSPN Bebas pinjaman dengan Simpan SSPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51738042779_SSPNPTPTN.jpg)
Bebas pinjaman dengan Simpan SSPN
Mula menabung dengan Simpan SSPN untuk membiayai pendidikan anak di institusi pengajian tinggi tanpa perlu meminjam wang lagi.
![Simpan SSPN realisasi impian pengajian tanpa hutang Simpan SSPN realisasi impian pengajian tanpa hutang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81738030538_PTPTNlogo.jpg)
Simpan SSPN realisasi impian pengajian tanpa hutang
Inisiatif berkenaan dilaksanakan melalui Simpan SSPN, merangkumi Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus, masing-masing dengan pelbagai keistimewaan.
![PTPTN lancar kempen LESTARIPendidikan, komitmen kelestarian dana pendidikan negara PTPTN lancar kempen LESTARIPendidikan, komitmen kelestarian dana pendidikan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734945315_PTPNKEMPENLESTARI.jpg)
PTPTN lancar kempen LESTARIPendidikan, komitmen kelestarian dana pendidikan negara
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan kempen LESTARIPendidikan bagi memastikan pendidikan tinggi di Malaysia kekal inklusif, mampan dan relevan untuk generasi akan datang.
![Yayasan Waqaf Malaysia diseru urus harta wakaf dengan tatakelola baik - Mohd Na'im Yayasan Waqaf Malaysia diseru urus harta wakaf dengan tatakelola baik - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733738068_TBMohdNaimMokhtar.jpg)
Yayasan Waqaf Malaysia diseru urus harta wakaf dengan tatakelola baik - Mohd Na'im
Menteri Hal Ehwal Agama minta Yayasan Waqaf Malaysia urus harta waqaf dengan tatakelola yang baik agar dapat memberikan manfaat kepada pembangunan ummah.
![PTPTN peruntuk RM4.28 juta bagi WPP mahasiswa sesi Okt PTPTN peruntuk RM4.28 juta bagi WPP mahasiswa sesi Okt](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41727181870_TBHAMDAN.jpg)
PTPTN peruntuk RM4.28 juta bagi WPP mahasiswa sesi Okt
Setiap pelajar yang layak akan mendapat RM1,500 untuk menampung sebahagian perbelanjaan bagi persiapan awal pelajar memasuki institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) dan politeknik.
![Pendaftaran universiti bagi pengambilan Oktober ini dipermudah bagi pelajar B40 Pendaftaran universiti bagi pengambilan Oktober ini dipermudah bagi pelajar B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71726746200_MustaphaSakmud.jpg)
Pendaftaran universiti bagi pengambilan Oktober ini dipermudah bagi pelajar B40
Kementerian Pendidikan Tinggi memberi jaminan bahawa tiada pelajar daripada golongan B40 akan tercicir daripada akses pendidikan di negara ini hanya kerana masalah yuran pendaftaran.
![PTPTN lanjut kempen 'Strukturkan Pinjaman Anda Serendah RM300' PTPTN lanjut kempen 'Strukturkan Pinjaman Anda Serendah RM300'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722416948_TBPTPTN.jpg)
PTPTN lanjut kempen 'Strukturkan Pinjaman Anda Serendah RM300'
Susulan sambutan menggalakkan, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melanjutkan Kempen Strukturkan Pinjaman Anda Serendah RM300 khas untuk peminjamnya hingga 30 Sept ini.
![KEMAS, PTPTN meterai MoU tingkat budaya penabungan awal KEMAS, PTPTN meterai MoU tingkat budaya penabungan awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61677811715_PTPTNLogo.jpg)
KEMAS, PTPTN meterai MoU tingkat budaya penabungan awal
Kerjasama strategik itu bakal memberi manfaat dan meningkatkan kesejahteraan warga KEMAS serta masyarakat luar bandar.
![180,000 pelajar baharu terima pembiayaan PTPTN setiap tahun 180,000 pelajar baharu terima pembiayaan PTPTN setiap tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721526247_TBptptn.jpg)
180,000 pelajar baharu terima pembiayaan PTPTN setiap tahun
Ahmad Dasuki berkata, PTPTN merupakan penyelamat dan penyumbang kewangan yang besar kepada anak bangsa dalam mencapai cita-cita.
![PTPTN lancar kempen penstrukturan pinjaman tertunggak bermula serendah RM300 PTPTN lancar kempen penstrukturan pinjaman tertunggak bermula serendah RM300](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697193376_PTPTN.jpg)
PTPTN lancar kempen penstrukturan pinjaman tertunggak bermula serendah RM300
Kempen dua bulan bermula 1 Jun hingga 31 Julai ini terbuka kepada semua peminjam dengan tunggakan sama ada pinjaman konvensional atau ujrah.