Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akhirnya mengeluarkan kenyataan selepas lebih 24 jam diasak dan diaju pelbagai persoalan pasca pengumuman pada Rabu mengenai pelaksanaan Potongan Gaji Berjadual (PGB).
Pengerusinya Wan Saiful Wan Jan berkata PTPTN sedia mempertimbangkan rayuan daripada mereka yang memerlukan sambil menegaskan langkah yang akan dimulakan pada Januari 2019 itu tidak bertentangan dengan undang-undang.
Jelasnya, apabila peminjam menandatangani perjanjian dengan PTPTN, ia bermakna mereka bersetuju untuk membuat pembayaran balik mengikut sebarang skim yang ditetapkan perbadanan itu.
"Saya mendengar kegusaran mereka dan saya bersedia mempertimbang rayuan daripada mereka yang memerlukan pertimbangan khas.
"Ada yang menyatakan bahawa mekanisme PGB bertentangan dengan Perjanjian Pinjaman yang telah ditandatangani.
"Saya ingin nyatakan bahawa, melalui perjanjian yang mereka tandatangani tersebut, peminjam telah pun bersetuju untuk membuat bayaran balik mengikut apa-apa skim yang ditetapkan oleh PTPTN, termasuk potongan gaji melalui majikan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Wan Saiful bagaimanapun berkata, beliau mengambil maklum pandangan dan cadangan yang diberi semua pihak susulan pengumuman yang dibuat pada Rabu itu.
Beliau menegaskan, terdapat peruntukan dalam Akta PTPTN 1997 yang memberi kuasa kepada perbadanan untuk mengarahkan majikan melaksanakan potongan gaji ke atas peminjam.
"Ada yang memberi komen mengenai kuasa majikan untuk membuat potongan gaji.
"Seksyen 29 Akta PTPTN 1997 memperuntukkan kuasa kepada PTPTN untuk mengarahkan majikan melaksanakan potongan gaji ke atas peminjam.
"Maka, peruntukan undang-undang itu ada," jelas beliau.
BACA: Tidak rujuk MEF, majikan keliru dasar baharu PTPTN
BACA: Tangguh pelaksanaan PGB, AMK ajak PTPTN berbincang
BACA: 'Hatta dengan bapa sendiri pun, hutang mesti dibayar'
Tambahnya, kerajaan mempunyai pilihan sama ada mahu memberi keutamaan kepada peminjam hari ini atau memastikan kelestarian PTPTN supaya jutaan anak kecil hari ini mempunyai dana untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi pada masa akan datang.
“Ini bukan keputusan mudah kerana ia membabitkan dua kelompok yang mempunyai keutamaan yang berbeza.
"Keputusan kerajaan ini saya yakin akan memastikan bahawa PTPTN lestari demi kebaikan anak anak kita,” kata Wan Saiful.
Pada Rabu, PTPTN mengumumkan peminjam yang bekerja dan berpendapatan lebih RM2,000 sebulan tidak akan terlepas daripada membayar balik pinjaman apabila skim PGB dilaksanakan tahun depan.
PTPTN akan berhubung terus dengan majikan yang akan menolak gaji pekerja yang mempunyai pinjaman PTPTN secara mandatori, sekali gus mengeluarkan arahan kepada majikan untuk membuat potongan gaji mengikut peratus yang ditetapkan dalam skim PGB.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Dec 06 2018
![PTPTN: Apabila dah tandatangan, peminjam dah setuju bayar - Wan Saiful PTPTN: Apabila dah tandatangan, peminjam dah setuju bayar - Wan Saiful](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/81544099923_wansaiful.jpg)
Wan Saiful berkata, apabila peminjam menandatangani perjanjian dengan PTPTN, ia bermakna mereka bersetuju untuk membuat pembayaran balik mengikut sebarang skim yang ditetapkan perbadanan itu. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Bidang astronomi negara ketinggalan 100 tahun - Pakar Bidang astronomi negara ketinggalan 100 tahun - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723259171_Astronomi.jpg)
Bidang astronomi negara ketinggalan 100 tahun - Pakar
Kurangnya galakan dan pendedahan bidang ini di peringkat pendidikan awal merupakan punca mengapa ia masih terkebelakang.
![CAP minta kerajaan perkenal cukai makanan tidak sihat CAP minta kerajaan perkenal cukai makanan tidak sihat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718185949_MohideenAbdulKader.jpg)
CAP minta kerajaan perkenal cukai makanan tidak sihat
CAP meminta pihak berkuasa supaya dapat melaksanakan cukai ke atas makanan tidak sihat sebagai langkah membendung obesiti dan isu kesihatan yang berkaitan di negara ini.
![Institusi pendidikan di Sarawak perlu seiring dengan agenda teknologi negeri Institusi pendidikan di Sarawak perlu seiring dengan agenda teknologi negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722924219_RolandSagahWeeInn.jpg)
Institusi pendidikan di Sarawak perlu seiring dengan agenda teknologi negeri
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn mahu Institusi pendidikan Sarawak seiring bidang teknologi yang sedang diterokai oleh wilayah itu.
![Lebih banyak RKI dibina dalam Parlimen Alor Gajah - Adly Lebih banyak RKI dibina dalam Parlimen Alor Gajah - Adly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696308602_TBAdlyZahari.jpg)
Lebih banyak RKI dibina dalam Parlimen Alor Gajah - Adly
Lebih banyak rumah baharu dan pembaikan rumah rosak atau uzur di bawah inisiatif RKI akan dilaksanakan dalam Parlimen Alor Gajah demi keselesaan dan kesejahteraan rakyat di kawasan berkenaan.
![Program tingkat nilai diri, kesantunan berbahasa perlu diperbanyak - Fadhlina Program tingkat nilai diri, kesantunan berbahasa perlu diperbanyak - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722336547_TBFadhlinaSidek.jpg)
Program tingkat nilai diri, kesantunan berbahasa perlu diperbanyak - Fadhlina
Program meningkatkan nilai diri serta tahap kesantunan berbahasa dalam kalangan masyarakat perlu diperbanyak bagi mengurangkan perbuatan memburukkan diri sendiri dan orang sekeliling.
![Penggunaan AI dalam pendidikan: Pembelajaran lebih lancar, menarik - Ahli akademik Penggunaan AI dalam pendidikan: Pembelajaran lebih lancar, menarik - Ahli akademik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716786489_TBAIjpg.jpg)
Penggunaan AI dalam pendidikan: Pembelajaran lebih lancar, menarik - Ahli akademik
Penggunaan AI memudahkan pensyarah menyediakan bahan pengajaran yang lebih interaktif dan cadangan aktiviti sokongan yang boleh digunakan.
![Hajiji gesa warga pendidik Sabah budayakan pengajaran berasaskan ICT Hajiji gesa warga pendidik Sabah budayakan pengajaran berasaskan ICT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719157425_TBhajijiNoor.jpg)
Hajiji gesa warga pendidik Sabah budayakan pengajaran berasaskan ICT
Hajiji berkata kerajaan Sabah akan sentiasa menyokong usaha JPN untuk menjayakan hasrat sembilan fokus landskap pendidikan negeri.
![Sabah siasat dakwaan tanah hutan simpan diiklankan untuk dijual Sabah siasat dakwaan tanah hutan simpan diiklankan untuk dijual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719157425_TBhajijiNoor.jpg)
Sabah siasat dakwaan tanah hutan simpan diiklankan untuk dijual
Kerajaan Sabah akan menyiasat dakwaan terdapat kawasan hutan hujan di negeri itu diiklankan untuk dijual di laman sosial.
!['Pakar pengajian Islam jangan jumud, mesti dinamik dan profesional' 'Pakar pengajian Islam jangan jumud, mesti dinamik dan profesional'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721791028_AWANIpagi.jpg)
'Pakar pengajian Islam jangan jumud, mesti dinamik dan profesional'
Pakar dalam bidang pengajian Islam mesti dinamik, berfikiran luas dan profesional, tidak 'jumud' dan bersandarkan kepada sejarah sahaja.
![Mendepani cabaran hepatitis di Malaysia Mendepani cabaran hepatitis di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71637046979_hepatitisC.jpg)
Mendepani cabaran hepatitis di Malaysia
Stigma yang dikaitkan dengan penyakit hepatitis atau radang hati menjadi salah satu halangan kepada pengurusan penyakit itu dengan berkesan malah membuatkan orang ramai enggan melakukan saringan.