Pembangunan Sumber Manusia Bhd (PSMB) sedang mencari rakan kongsi penyedia latihan berkelayakan bagi menjayakan Inisiatif Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRFD), kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan.
Katanya, melalui inisiatif itu, latihan akan diberikan kepada golongan yang berkenaan bagi penempatan pekerjaan, keusahawanan, golongan bekerja sendiri dan revolusi industri yang didorong oleh pasaran Revolusi Industri 4.0.
"Program (latihan) ini sebahagian daripada rancangan pemulihan ekonomi COVlD-19 secara jangka pendek dan sederhana.
"Saya juga telah berbincang dengan Ketua Eksekutif PSMB untuk membawa program ini terus ke kawasan luar bandar seperti daerah Kinabatangan," katanya ketika merasmikan Mini Karnival Kerjaya Kinabatangan di sini pada Sabtu.
Saravanan berharap masyarakat merebut peluang program latihan yang disediakan untuk meningkatkan kemahiran.
Beliau juga gembira dengan usaha yang dijalankan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah untuk mengadakan program 'outreach' ke kawasan perkampungan bagi memudahkan penyampaian perkhidmatan jabatan itu kepada penduduk kampung.
"JTK Sabah bersama semua jabatan dan agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia akan membawa perkhidmatan mereka ke kawasan-kawasan yang terpencil untuk menyampaikan perkhidmatan.
"Selain membawa perkhidmatan di bawah Kementerian Sumber Manusia, program ini juga membawa bersama para majikan yang ingin menggaji pekerja, untuk ditawarkan kepada belia-belia dan mereka yang memerlukan pekerjaan," katanya.
Saravanan turut menegaskan program karnival kerjaya itu merupakan program berterusan kementeriannya dan bukan bermotifkan politik.
"Saya perlu menegaskan ini kerana apabila kita (kementerian) adakan program seperti ini di Perak, ada individu-individu cuba mempolitikkannya.
"Maka, saya ingin menjelaskan bahawa ini adalah program berterusan Kementerian Sumber Manusia yang bermula sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan ini (program di Kinabatangan) adalah karnival kerjaya yang keempat," katanya
Esok, beliau akan merasmikan program sama di Sekolah Menengah Kebangsaan Gum-Gum, Sandakan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 05 2020

SARAVANAN: Program (latihan) ini sebahagian daripada rancangan pemulihan ekonomi COVlD-19 secara jangka pendek dan sederhana. - Gambar fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.