GEORGE TOWN: Projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSI) mendapat sokongan majoriti daripada penduduk Pulau Pinang sejak ia dimulakan pada 2013.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata projek yang sebelum ini dikenali sebagai Penang South Reclamation (PSR), telah melalui proses yang panjang iaitu selama lapan atau sembilan tahun sebelum ia mendapat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).
"Malah semasa pilihan raya, kita letakkan di atas meja, serta dalam manifesto untuk rakyat tentukan, dan mereka telah putuskan. Majoriti telah memutuskan untuk menyokong PSI," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Semalam, Chow mengumumkan laporan EIA bagi projek PSI telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) di bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.
Sementara itu ketika ditanya mengenai bantahan projek PSI daripada kumpulan alam sekitar dan nelayan, Chow berkata negeri ini selama ini bersikap terbuka dengan projek berkenaan dan negeri ini tidak mempunyai sebarang perkara untuk disembunyikan.
Jelasnya, negeri ini tidak boleh menghalang mana-mana pihak sama ada parti politik atau badan bukan kerajaan (NGO) daripada mempolitikkan perkara itu.
Semalam dilaporkan, Sahabat Alam Malaysia (SAM) merayu pihak berkuasa mendedahkan 71 syarat yang dikenakan JAS berhubung kelulusan EIA bagi projek PSR.
Chow berkata 71 komponen itu terdiri daripada bahagian A hingga Q dan maklumat lanjut mengenai projek itu boleh diperoleh daripada laman web Perbadanan Infrastruktur Pulau Pinang (PIC).
"Sebenarnya syarat yang dikenakan oleh JAS terkandung dalam lampiran kelulusan yang diberikan," katanya.
PSI merupakan projek pembangunan tiga pulau buatan berkeluasan kira-kira 1,700 hektar di perairan Permatang Damar Laut berdekatan Bayan Lepas.
Namun, projek itu mendapat bantahan komuniti nelayan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar kerana didakwa akan merosakkan ekosistem laut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 27 2023

Semalam, Chow mengumumkan laporan EIA bagi projek PSI telah mendapat kelulusan daripada JAS di bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. -Gambar fail/Bernama

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Pulau Pinang peruntuk lebih RM49 juta untuk program i-Sejahtera Fasa 1 - Chow
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM49.45 juta kepada 274,151 penerima Program i-Sejahtera Fasa 1 2025.

Projek LRT Laluan Mutiara: 100 lot tanah akan diambil
Kerja fizikal projek LRT dijangka bermula pada suku ketiga tahun ini, dengan tender untuk Pakej Tiga Projek LRT telah dibuka sejak Disember 2024.

Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Industri acara perniagaan di Pulau Pinang mencatatkan anggaran impak ekonomi (EEI) sebanyak RM1.29 bilion pada tahun lepas, peningkatan signifikan sebanyak 24.8 peratus berbanding 2023.

Pulau Pinang lulus jajaran baharu NCPR libat kos RM2.43 bilion - Chow
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan jajaran baharu Laluan Berkembar Pesisir Pantai Utara (NCPR) dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang dengan kos pelaksanaan dianggar berjumlah RM2.43 bilion bagi mengurangk

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

China sedia kolaborasi dengan Malaysia promosi kerjasama Asia Timur dan integrasi ekonomi serantau
China juga sedia bekerjasama dengan Malaysia bagi mengekalkan trend pembangunan kerjasama serantau.

Pulau Pinang tidak naikkan fi hotel - Chow
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow hari ini menafikan laporan media tempatan yang mendakwa fi hotel di negeri berkenaan akan dinaikkan sehingga 50 peratus pada tahun ini.

Anwar nafi beri tumpuan kepada Pulau Pinang kerana anak jati
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan kononnya beliau memberikan tumpuan yang lebih kepada Pulau Pinang kerana merupakan anak jati Pulau Mutiara itu.

LRT: Kerajaan beri perhatian serius kebimbangan penduduk Pulau Pinang - Anwar
Kerajaan Persekutuan memberi perhatian serius mengenai kebimbangan penduduk Pulau Pinang tentang sebahagian kawasan Tapak Pesta Sungai Nibong.

Pulau Pinang berjaya tarik pelaburan berjumlah RM31.38 bilion pada 2024 - Chow
Pulau Pinang berjaya menarik pelaburan berjumlah RM31.38 bilion pada 2024 yang dijangka mewujudkan lebih 6,600 peluang pekerjaan khususnya dalam sektor pembuatan bernilai tinggi, perkhidmatan termaju