LABUAN: Masih ramai pengundi muda berumur 18 tahun dan ke atas di seluruh negara yang tidak tahu bahawa nama mereka tersenarai dalam daftar pemilih, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata warga Malaysia yang telah mencapai umur 18 tahun harus tahu bahawa mereka telah disenaraikan sebagai pengundi secara automatik dalam daftar pemilih.
"Ramai pengundi muda mungkin tak tahu pun nama mereka telah tersenarai dalam daftar pemilih...sekarang ini, cukup sahaja umur 18 tahun, automatik mereka menjadi pengundi... mungkin sesetengah tidak perasan (tersenarai sebagai pengundi).
"Beberapa kali saya berjumpa pengundi muda terutama pelajar, mereka tak tahu pun nama mereka sudah ada dalam daftar pemilih," katanya selepas Majlis Amanat Jelajah Keluarga Malaysia di Dewan Konvensyen Kompleks Ujana Kewangan di sini semalam.
Ismail Sabri berkata ia merupakan tanggungjawab jentera Barisan Nasional (BN) untuk mendekati dan memberi penjelasan kepada pengundi muda seluruh negara.
"Jentera parti komponen BN harus mendekati dan memaklumkan pengundi muda ini di kawasan masing-masing dan memastikan mereka keluar mengundi bulan depan.
"Kalau tidak, mungkin mereka tidak akan tahu dan tidak keluar mengundi, jadi itulah yang kita akan lakukan, memberi makluman kepada mereka," katanya.
Berhubung jumlah pengundi berdaftar yang didakwa mengalami peningkatan secara mendadak di Sabah, beliau meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan siasatan.
"Peningkatan mendadak bukan daripada pengundi muda... kalau dalam kalangan pengundi muda, kita faham tetapi pengundi yang didaftarkan... dalam hal ini, SPR harus buat siasatan dan kalau didapati ada keraguan, kita serah kepada SPR untuk ambil tindakan sewajarnya," kata beliau.
Pada 20 Okt lepas, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata kerajaan negeri itu akan mendapatkan maklumat lanjut daripada SPR berhubung jumlah pengundi berdaftar yang didakwa mengalami peningkatan secara mendadak.
Beliau berkata pihaknya maklum mengenai kebimbangan beberapa pihak berhubung perkara itu dan kerajaan negeri memerlukan maklumat lanjut mengenainya.
Media sebelum ini melaporkan Presiden Parti Maju Sabah Datuk Yong Yeck Lee menyifatkan peningkatan jumlah pengundi di Sabah yang akan mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 sebagai amat mengejutkan.
Bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata daftar pemilih yang dikeluarkan SPR menunjukkan peningkatan pengundi baharu di Sabah sebanyak 53.9 peratus iaitu daripada 1.1 juta orang pada 2018 kepada kira-kira 1.7 juta tahun ini.
Peningkatan luar biasa itu menyebabkan beliau mengesyaki wujud pengundi yang dihasilkan melalui skandal Projek IC (Kad Pengenalan) yang pernah menjadi isu di Sabah sebelum ini.
Katanya berdasarkan kajian awal daftar pemilih 2022, kebanyakan pengundi baharu itu berumur antara 30-an hingga 60-an.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 23 2022

Ismail Sabri menyampaikan ucapan pada Majlis Amanat Jelajah Keluarga Malaysia di Dewan Konvensyen Kompleks Ujana Kewangan, Labuan, 23 Okt 2022. --fotoBERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

PRK Sungai Bakap: Pengundi muda teruja tunai tanggungjawab kali pertama
Ramai dalam kalangan pengundi muda datang awal kerana enggan melepaskan peluang memangkah calon buat kali pertama.

PRK Sungai Bakap: Calon PH dekati anak muda menerusi e-sukan
Calon PH Dr Joohari Ariffin memanfaatkan platform itu untuk mendekati pengundi muda dan pengundi kali pertama bagi PRK Sungai Bakap.

Perpaduan parti komponen antara tumpuan Konvensyen BN Johor pada 8 Jun - Ahmad Maslan
Perpaduan parti komponen khususnya MIC dan MCA adalah antara perkara utama yang bakal menjadi tumpuan Konvensyen Barisan Nasional (BN) Negeri Johor pada 8 Jun ini.

PRK Kemaman: Pengundi muda atau tua perlu dihormati - Raja Mohamed Affandi
Setiap pengundi tidak kira lapisan umur, muda atau warga emas sekalipun perlu didekati dengan penuh hormat.

PRK Kemaman: Pengundi muda kini lebih matang, mahu suara diwakili calon tepat
Berhadapan pilihan raya ketiga di Kemaman dalam masa setahun, kelompok pengundi muda di Parlimen ini sedar "jari" mereka mempunyai kuasa besar yang ditagih calon bertanding.

PRK Jepak medan kedua uji kecenderungan pengundi muda Sarawak
PRK DUN Jepak menjadi medan kedua bagi Gabungan Parti Sarawak (GPS), menilai kecenderungan pengundi muda terhadap gabungan parti yang memerintah negeri itu.

PRK Pelangai: Sambutan pengundi muda memberangsangkan - SPR
Kehadiran pengundi muda di saluran 4 dan 5 menggalakkan berbanding pilihan raya sebelum ini.

PRK Pulai: Tempuh perjalanan 4 jam pulang mengundi
Walaupun hujan pada sebelah pagi di kebanyakan Pusat Mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, ia tidak menghalang pengundi untuk keluar memilih wakil rakyat mereka, hari ini.

PRN: 'Anak muda harus dididik pilih calon bukan sebab populariti' - Penganalisis politik
Generasi baharu pengundi harus dididik untuk membuat pilihan dengan baik dan bukan hanya berlandaskan populariti atau elemen hype di media sosial semata-mata.

PRN: 'Saya harap kerajaan negeri tumpu peluang pekerjaan golongan muda' - Pengundi
Lebih 2.8 juta pengundi muda menunaikan tanggungjawab mereka di 997 pusat pengundian di seluruh negeri Selangor pada Pilihan Raya Negeri(PRN) kali ini.