PEKAN: Kuala Pahang berada di bawah Parlimen Pekan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Peramu Jaya.
Terletak berhampiran muara Sungai Pahang, rata-rata penduduk di kawasan ini merupakan nelayan pesisir pantai dan laut dalam.
Astro AWANI sempat menjelajah di kawasan ini bagi mendapatkan reaksi penduduk tentang apa kata mereka mengenai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang bakal berlangsung pada November depan.
Setibanya penulis dan jurukamera, Khairulazman Mohamad di kawasan ini, keadaan pekannya di tepi sungai Pahang ini agak sunyi.
Hanya beberapa aktiviti perniagaan seperti satar, air kelapa, gerai masakan panas dan snek beroperasi.
Kami terus menuju ke kawasan tepi pantai berdepan dengan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah yang menjadi tumpuan penduduk untuk beriadah dan berehat ketika petang.
Terlihat seorang warga Kuala Pahang sedang berehat, penulis mendekatinya bagi mendapatkan pandangan apa yang perlu dilakukan atau perubahan dibawa kepimpinan baharu yang akan diberi mandat di kawasan itu pada 19 November depan.
MAHU KUALA PAHANG DIJADIKAN KAMPUNG PELANCONGAN
Bagi Amran Mat Kechik, 55, yang juga Pengerusi Pasar Lambak daerah Pekan, dia menginginkan kawasan itu dibangunkan sebagai kampung pelancongan.
Cadanganya, mewujudkan bot tambang, teksi air, kawasan memancing di muara sungai Kuala Pahang itu bagi menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara.
"Aset yang ada pada hari ini, belakang saya memang ada sungai tapi ada pulau-pulau kecil yang ada banyak sejarahnya di sini.
"Pada pandangan penduduk pada hari ini, di sungai perlu ada bot seperti teksi air untuk pelancong beriadah di sekitar kawasan muara sungai ini, begitu juga aktiviti kayak dan memancing untuk pemancing tegar.
"Saya rasa itu satu tarikan penambahan ekonomi di Kuala Pahang ini," katanya.
Tambahnya, limpahan ekonomi akan dapat dirasai penduduk sekitar terutama peniaga dan pengusaha inap desa sekiranya hasrat penduduk itu ditunaikan pemimpin yang akan mewakili kawasan berkenaan.
"Penduduk di sini ramai yang ada bot fiber, hasil nelayan pula makin kurang dan tidak menjamin masa depan.
"Bot fiber yang ada di Kuala Pahang ini boleh dijadikan teksi air, saya rasa tak ramai orang di Pekan dan di luar itu nak rasa makan buah nipah dan sebagainya di sini.
"Jadi saya harap calon di DUN (Peramu Jaya) ini menjadikan sungai ini untuk pelancongan, menarik orang dari luar masuk ke Kuala Pahang," jelasnya lagi.
Suara sama diluahkan peniaga di Kuala Pahang ini, Marzuki Mamat, 54, yang mahukan kawasan itu dihidupkan semula dengan tarikan pelancongan.
Jelasnya, pendapatan peniaga ketika ini merosot selepas pandemik COVID-19, malah pelancong dari luar semakin kurang datang ke kawasan itu.
"Kita dah lama yang tu, kena ada perubahan. Pertama kena ada tempat pelancongan yang ada nak buat pulau itu tapi kena makan modal besar, kalau buat pun mungkin maju, kita peniaga pun okay bila ada orang luar datang.
"Tarik pengunjung suruh datang Kuala Pahang, sekarang sunyi meniaga kurang. Hujung minggu pun takda orang juga, orang berniaga di Kuala Pahang banyak tutup kedai," katanya.
Fareez Azman
Tue Oct 25 2022
Kuala Pahang antara perkampungan nelayan yang memerlukan pembangunan sosio ekonomi serta pelancongan. - Astro AWANI
Imigresen tumpaskan sindiket penyeludupan orang di Kelantan
Enam warga Thailand, termasuk dalang utama rangkaian sindiket penyeludupan manusia di Kelantan ditahan dalam operasi khas yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia di sekitar Rantau Panjang pada Rabu lepas.
Jenayah: Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Tindakan dua lelaki mencuri kabel pencawang elektrik milik syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) membawa padah apabila terkena renjatan elektrik dalam kejadian di Seksyen 6 di Shah Alam, pada Jumaat.
Bencana Banjir: Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
Mangsa banjir di seluruh negara meningkat kepada 809 orang daripada 205 keluarga di enam negeri setakat jam 6 pagi, pada Sabtu.
ASEAN: Mesyuarat Menteri Pengangkutan terima inisiatif kukuh kerjasama
Mesyuarat Menteri-Menteri Pengangkutan ASEAN (ATM) ke-30 yang menutup tirai pada Jumaat, menerima pakai inisiatif penting untuk meningkatkan keterhubungan, kemampanan dan inovasi dalam sektor pengangkutan ASEAN, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
Jenayah perang di Gaza: OIC sambut baik waran tangkap ICC terhadap pegawai Israel
OIC sifatkan waran itu "langkah penting ke arah menamatkan 'kekebalan daripada hukuman' yang dinikmati pegawai Israel selama beberapa dekad."
Malaysia sedia perkukuh komuniti ASEAN - Mohamad
Malaysia akan memainkan peranan penting dalam memperkukuh komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks sepanjang kepengerusiannya pada 2025, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau menekankan bahawa kepimpinan Malaysia di ASEAN akan memastikan keutuhan organisasi itu, khususnya dalam menangani isu seperti pemulihan demokrasi di Myanmar dan ketegangan di Laut China Selatan.
Beliau menekankan bahawa kepimpinan Malaysia di ASEAN akan memastikan keutuhan organisasi itu, khususnya dalam menangani isu seperti pemulihan demokrasi di Myanmar dan ketegangan di Laut China Selatan.
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Operasi carilamat tekong bot karam ditamatkan
Carilamat ditamatkan jam 7 petang pada Selasa selepas empat hari operasi pencarian mangsa, Mat Rifin Awang Kecik, 66, dijalankan.
PRU15: Kuala Pahang perlukan pembangunan sosioekonomi - Penduduk
Mereka menginginkan kawasan itu dibangunkan sebagai kampung pelancongan.
Banjir: Kedai roboh dibadai ombak besar, dugaan besar Mak Cik Eshah
Ombak setinggi 3.8 meter yang direkodkan Jabatan Meteorologi Malaysia memberi kesan kepada penduduk setempat.