Pergerakan Puteri Umno sedia mendekati golongan pengundi atas pagar bagi mengenal pasti kemahuan serta kehendak mereka supaya mereka dapat membuat pilihan yang tepat dengan menyokong kerajaan apabila tiba pilihan raya umum ke-13.
Ketuanya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, pergerakan itu akan menubuhkan sebuah skuad penggerak bagi mengenal pasti keperluan mendesak golongan sasar terbabit.
Katanya Puteri Umno juga akan menubuhkan sebuah skuad pemantau bagi mengenal pasti sebarang keciciran atau isu terlepas pandang.
"Skuad ini akan mengadakan survei mengenai kemahuan mendesak mereka. Kehendak mereka mudah berubah dan skuad ini perlu mendekati mereka setiap masa hatta sehingga hampir tiba saat pilihan raya.
"Kemahuan mereka akan disampaikan terus kepada kerajaan," katanya dalam ucapan dasar bertajuk 'Juang' pada persidangan perwakilan pergerakan itu yang turut dihadiri tiga anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Shaziman Abu Mansor, Dr Mohd Puad Zarkashi dan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra Rabu.
Bernama
Wed Nov 28 2012
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Pemerhati Umno meninggal dunia
Ahmad Hariri Alang, 62, dari Kampung Pinang, Kamunting, Perak yang juga seorang veteran Umno ditemui meninggal dunia dalam keadaan terbaring sebelum disahkan identitnya.
Umno Tidak Pinggirkan Kaum Lain - Parti Komponen
Menurut mereka Umno yang menjadi parti tunjang BN sentiasa memastikan segala program bantuan dan pertolongan yang dilaksana kerajaan turut dinikmati semua kaum di negara ini.
Penulis buku Syed Hussein Al-Attas dibebaskan
Polis turut merampas 13 buah buku hasil tulisan Pak Habib, yang juga bapa kepada blogger dan pengamal paranormal Syed Abdullah atau Uncle Seekers.
Pemerhati Umno meninggal dunia
Wan Othman Yaakob, 60, Anggota Jawatankuasa Umno bahagian Padang Besar mengadu sesak nafas di lobi hotel penginapannya di Jalan Raja Laut pada pukul 6.30 pagi.
Buku mengenai transformasi politik
Najib memperkenalkan buku itu kepada para hadirin sejurus keluar dari Dewan Merdeka selepas menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra.
PAU 2012 tampak lebih bersemangat - Tun M
Umno secara keseluruhannya telah siap sedia untuk 'berperang' menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Pertahankan Putrajaya - Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak mengerahkan seluruh anggota Umno bersatu mempertahan Putrajaya sambil menegaskan rakyat Malaysia berhak mendapat kerajaan yang terbaik.
Pemuda cadang sepuluh perkara
Selain itu, Khairy juga mengumumkan penubuhan akademi latihan kepimpinan untuk Pemuda Umno.
PRU-13: Puteri Umno dekati pengundi atas pagar
Pergerakan Puteri Umno sedia mendekati golongan pengundi atas pagar bagi mengenal pasti kemahuan serta kehendak mereka supaya mereka dapat membuat pilihan yang tepat pada PRU-13.
Transformasi syumul, bukan reformasi jalanan
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata masa depan yang dicorak kerajaan BN untuk rakyat adalah berasaskan fakta dan penyelidikan dengan penyediaan peruntukan kewangan sewajarnya.