Proton X70 yang dilancarkan pada 12 Disember 2018 telah dinamakan sebagai Kereta Terbaik Keseluruhan 2019, ini merupakan kali pertama model Proton memenangi pengiktirafan berprestij itu di Anugerah Kereta Tahunan Malaysia ke-18.
Proton X70, kenderaan utiliti sukan (SUV), segmen C yang serba mewah dan yang paling popular di Malaysia itu, turut menggondol pengiktirafan dalam kategori SUV 5 tempat duduk/sederhana, manakala Ketua Pegawai Eksekutif Proton (CEO), Dr Li Chunrong telah diberi penghormatan sebagai Individu Automotif tahun ini.
"Melalui pengiktirafan itu, Dr Li Chunrong menjadi CEO Proton ketiga yang menerima penghargaan tersebut," kata syarikat pengeluar kereta nasional itu hari ini.
BACA: Jualan Proton meningkat 100 peratus, terjual 9,643 unit pada November
BACA: Proton X70 sebagai kenderaan rasmi APEC 2020
Proton Saga yang baru-baru ini menerima peningkatan turut menjadi pemenang, ia menerima anugerah sebagai Sedan Peringkat Permulaan dan Hatchback.
Ia menarik banyak perhatian sejak dilancarkan pada 6 Ogos 2019.
"Sehingga kini, lebih 42,000 tempahan telah diterima dan sejak dua bulan terakhir 2019, ia menjadi sedan segmen A yang paling laris di Malaysia," katanya.
Kesimpulannya, pencapaian terbaru yang diraih Proton turut merangkumi peningkatan jualan sebanyak 55.7 peratus pada 2019 iaitu kepada 100,821 unit, termasuk penubuhan 120 cawangan 3S/4S, yang paling banyak bagi mana-mana jenama kereta di Malaysia.
Syarikat juga telah menyediakan kemudahan pengeluaran baharu di Tanjung Malim pada 2019 dan telah kembali mencatatkan keuntungan. - BERNAMA
Bernama
Fri Jan 10 2020

Proton X70, kenderaan utiliti sukan (SUV), segmen C yang serba mewah dan yang paling popular di Malaysia itu, turut menggondol pengiktirafan dalam kategori SUV 5 tempat duduk/sederhana.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Proton X70 dinamakan sebagai Kereta Terbaik Keseluruhan 2019
Proton X70 yang dilancarkan pada 12 Disember 2018 dinamakan sebagai Kereta Terbaik Keseluruhan 2019.