Prosiding rayuan 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah untuk menggantung keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bersambung hari ini di Istana Kehakiman, di sini.
Difahamkan prosiding tersebut yang dihakimi tiga hakim, diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil akan bermula pada jam 12.00 tengah hari.
Prosiding pada hari ini akan menyambung hujahan daripada peguam Datuk Dr Cyrus Das yang mewakili Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal.
Mahkamah kemudiannya akan mendengar hujahan daripada peguam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Suzana Atan dan hujahan balas peguam, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili Tan Sri Musa Aman dan 32 ADUN Sabah.
Mahkamah Rayuan pada Isnin menangguhkan prosiding rayuan 33 ADUN Sabah untuk menggantung keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan pembubaran DUN oleh Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin pada 30 Julai lepas.
Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil menetapkan prosiding berkenaan disambung Selasa (8 September) pada pukul 12 tengah hari.
Panel yang turut disertai Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Supang Lian menetapkan tarikh berkenaan susulan mendengar hujahan daripada peguam Firoz Hussein dan Peguam Besar Negeri Sabah, Brenndon Keith Soh yang mewakili Juhar.
Pada 21 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menolak kes semakan kehakiman berhubung 33 wakil rakyat yang mencabar pembubaran DUN Sabah.
Pesuruhjaya Kehakiman, Leonard David Shim menolak permohonan 33 ADUN berkenaan menetapkan bahawa responden kedua dalam kes itu, Mohd Shafie telah bertindak menurut Perlembagaan Sabah dalam memohon responden pertama, Juhar membubarkan DUN.
Menurutnya, pengisytiharan pembubaran DUN itu juga adalah mengikut Perlembagaan dan sah.
Susulan pembubaran DUN, SPR menetapkan 12 September sebagai tarikh penamaan calon dan 26 September sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Fauzi Suhaimi, Ridauddin Daud
Tue Sep 08 2020
Difahamkan prosiding tersebut yang dihakimi tiga hakim diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil akan bermula pada jam 12.00 tengah hari. -Gambar fail
Pergaduhan di stesen LRT: enam lagi individu ditahan
Suspek berumur lingkungan 20 hingga 24 tahun ditahan pada petang Selasa di sekitar ibu negara, dan direman selama sehari bermula semalam.
Kotak hitam kedua ditemukan di lokasi nahas pesawat Azerbaijan Airlines
Dua perakam penerbangan telah ditemukan dan akan diserahkan kepada Bahagian Penyiasatan Kemalangan dan Insiden Penerbangan untuk dianalisis.
Vietnam tundukkan Singapura dengan dua gol di lewat masa permainan
Dua gol pasukan pelawat hadir di masa kecederaan separuh masa kedua menerusi penalti Nguyen Tien Linh dan penyudah bijak Nguyen Xuan Son.
TNB komited pastikan bekalan elektrik terjamin dan berterusan menerusi pelaksanaan RP4
TNB memberitahu, sebarang perbezaan dari Januari hingga Jun 2025 akan dibiayai melalui Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE).
Kurang garis panduan jelas berkaitan etika cetus kebimbangan privasi - Pakar
Kebimbangan semakin meningkat terhadap privasi, akauntabiliti dan potensi penyalahgunaan AI.
WHO salur 50 tan bantuan perubatan untuk Syria
Sebuah pesawat kargo yang membawa kit pembedahan trauma dan ubat-ubatan penting tiba di Lapangan Terbang Istanbul pada 4.30 pagi (0130 GMT).
GMS penting untuk pemusatan ASEAN, kata ahli akademik
GMS yang dimulakan oleh Bank Pembangunan Asia pada 1992, terdiri daripada Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand, Vietnam serta wilayah Yunnan dan Guangxi di China.
MYMBN gantung sementara eksport sarang burung ke China atas arahan DVS
Penggantungan itu susulan Virus Penyakit Newcastle di Malaysia yang dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia.
65 peratus syarikat di Jepun gaji pekerja asing, atasi kekurangan buruh
Pekerja asing diambil bekerja dengan jangkaan mereka akan menunjukkan prestasi yang baik atau lebih baik berbanding kakitangan Jepun.
Kanak-kanak sembilan tahun antara enam tercedera dirempuh teksi
Menurut jurucakap Jabatan Polis New York (NYPD), dua orang termasuk kanak-kanak lelaki itu dibawa ke Weill Cornell Medical Center, seorang lagi dibawa ke Bellevue Hospital manakala 3 mangsa yang lain menolak rawatan perubatan.
Prosiding rayuan bubar DUN Sabah bersambung hari ini
Prosiding pada hari ini akan menyambung hujahan daripada peguam Datuk Dr Cyrus Das yang mewakili Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal.