KUALA LUMPUR: Selepas memanggil empat saksi, pihak pembelaan dalam prosiding bela diri kes bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA), membabitkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, di Mahkamah Tinggi di sini, menutup kes pembelaan pada Selasa.
Peguam, Gobind Singh Deo yang mewakili bekas Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata demikian ketika prosiding di hadapan Hakim, Datuk Azhar Abdul Hamid, selepas mahkamah selesai mendengar keterangan saksi pembelaan (SD), bekas setiausaha peribadi, Siti Nurul Hidayah.
Azhar kemudiannya memerintahkan kedua-dua pihak untuk memfailkan hujahan bertulis sebelum 3 April manakala prosiding pendengaran hujahan lisan di akhir kes pembelaan pada 10 dan 11 April depan.
Selain Siti Nurul Hidayah, tiga saksi lain ialah Syed Saddiq sendiri selaku SD pertama; SD2, bekas Pegawai Khas Syed Saddiq, Mohamed Amshar Aziz dan SD3, bekas Ketua Penerangan Armada, Ulya Aqamah Husamudin.
Dalam prosiding ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Mohd 'Afif Ali sementara peguam, Gobind dan Haijan Omar mewakili Syed Saddiq.
Pada 27 September tahun lalu, pendakwaan menutup kes berkenaan selepas 30 saksi selesai memberi keterangan dalam perbicaraan bermula 21 Jun tahun sama.
Saksi yang dipanggil adalah termasuk ibu dan bapa Syed Saddiq, iaitu Shariffah Mahani Syed Abdul Aziz serta Syed Abdul Rahman Abdullah Asagoff dan bekas Penolong Bendahari Armada Bersatu, Rafiq Hakim Razali.
Pada 28 Oktober tahun lepas, Syed Saddiq, 31, diperintahkan membela diri atas empat pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.
Bekas Menteri Belia dan Sukan itu memberi keterangan membela diri selama dua hari bermula 22 Februari lepas.
Mengikut pertuduhan pertama, Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim Razali iaitu Penolong Bendahari Armada Bersatu yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta, melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini, pada 6 Mac 2020 mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun, sebat dan dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq melupuskan wang terbabit.
Syed Saddiq didakwa melakukan perbuatan itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di sini, antara 8 hingga 21 April 2018 mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun, sebat dan denda.
Beliau juga berdepan dua pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.
Syed Saddiq dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018 didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.
Jika sabit kesalahan, Syed Saddiq berdepan hukuman maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah atau hasil aktiviti haram.
Semasa menyambung keterangan, Siti Nurul Hidayah berkata, laporan polis yang dibuat berhubung dakwaan dikasari dan diugut oleh beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika dipanggil memberi keterangan terhadap Syed Saddiq pada tahun 2020 lalu, adalah benar.
“Pegawai kanan SPRM dikenali sebagai Ihsan turut memperkenalkan dirinya pada saya, selaku pegawai penyiasat dalam kes sisatan itu,” katanya.
Dalam pada itu, Syed Saddiq yang dipanggil semula untuk memberi keterangan turut membuat pengecaman terhadap Ihsan atau nama sebenarnya Mohd Ihsan Sapuan.
Dalam prosiding sebelum ini, Syed Saddiq dirujuk dengan transkrip rakaman audio yang didakwa mengandungi perbualan antara Syed Saddiq dengan Ihsan.
Dalam transkrip itu, Syed Saddiq mendakwa Ihsan cuba memujuknya supaya menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerana bekas Perdana Menteri itu dikatakan membawanya memasuki Bersatu.
Syed Saddiq juga berkata, Ihsan memberitahunya bahawa SPRM menjadi ‘alat' apabila berlaku pertukaran kerajaan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Mar 14 2023
Pada 28 Oktober tahun lepas, Syed Saddiq (gambar) diperintah membela diri atas empat pertuduhan selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya di akhir kes pendakwaan. - Gambar fail
Belanjawan 2025: Pembangunan infrastruktur, pelepasan cukai bantu tingkat keselamatan siber
Pembangunan infrastruktur keselamatan siber serta insentif pelepasan cukai berkaitan antara aspek yang diharapkan menjadi tumpuan kerajaan pada Belanjawan 2025.
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
Konvoi motosikal untuk solidariti kepada Gaza
Langsung dari Rosco Cage, Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur di mana Wartawan Faida Rahim bersama tetamu, Muhammad Aiman Mohd Zain, MyCare Malaysia di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diganasi rejim Israel.
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berada pada tahap tertinggi.
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Seramai tiga orang subkontraktor terkandas di kren pengangkat (skylift) yang rosak ketika melakukan kerja pemasangan papan tanda kedai di Wisma Taiko, berhadapan Ipoh Padang, malam tadi.
Lempar bom petrol, polis buru tiga Ah Long
Polis sedang memburu tiga individu disyaki Ah Long yang melempar bom petrol ke sebuah rumah di Taman Bintang, Pantai Remis.
Penguasaan bahasa tidak harus bersifat ''zero-sum game'' - PM Anwar
Perdana Menteri mengingatkan penekanan terhadap sesuatu bahasa tidak seharusnya bersifat 'zero-sum game'', sehingga meminggirkan Bahasa Melayu.
Presiden Perancis seru penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Sabtu menyeru agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan.
AWANI Ringkas: 12 rakyat Malaysia tiba dari Lubnan hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo teruja mulakan cabaran dengan JDT
Penyerang baharu Johor Darul Ta'zim (JDT), Jese Rodriguez, teruja untuk memulakan cabaran bersama kelab itu.
Kes saman fitnah selesai, Syed Saddiq mohon maaf kepada Habibul Rahman
Kes saman fitnah oleh Habibul Rahman Kadir Shah terhadap Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selesai apabila Ahli Parlimen Muar itu membuat permohonan maaf secara terbuka.
Khairy, Syed Saddiq sertai Kota Bharu Half Marathon 2024
Khairy Jamaluddin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara 2,055 peserta yang bakal memeriahkan Kota Bharu Half Marathon (KBHM) 2024 Sabtu ini.
Syed Saddiq 'DNF', mohon maaf tidak tamat triathlon
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini mengakui beliau tidak menghabiskan larian dalam perlumbaan 113 Triathlon Desaru Malaysia 2024 di Bandar Penawar, Johor, Sabtu lepas.
Dewan Rakyat: Syed Saddiq setuju perlu ada rundingan untuk peruntukan adil, saksama
Syed Saddiq bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri bahawa perlu ada proses rundingan untuk peruntukan yang adil dan saksama.
Syed Saddiq tamatkan larian solo dari Muar ke Parlimen
Beliau membuat pecutan terakhir misi solonya dari Stesen MRT KLCC pada pukul 8.45 pagi bagi menamatkan larian itu.
Larian Muar: Syed Saddiq kumpul RM55,000 dalam tempoh 24 jam
Syed Saddiq bermula di Jambatan Muar dan berhenti rehat di Alor Gajah, Melaka dengan larian sejauh 58 kilometer.
Syed Saddiq mulakan 'Langkah Muar', selesaikan larian 20km pagi ini
Beliau memaklumkan sudah berlari sejauh 20km dengan jumlah dana sebanyak RM10,000 berjaya diraih setakat jam 10 pagi tadi.
Beza pendapat tapi rasa hormat tidak akan hilang - Syed Saddiq
Syed Saddiq berkata buku Jalan Tegak merupakan naskhah penceritaan mengenai cabaran sepanjang karier politiknya dari pentas debat ke kerusi Parlimen.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.