KUALA LUMPUR: Dewan Negara semalam meluluskan satu lagi rang undang-undang berkaitan pemansuhan kesalahan percubaan bunuh diri sekali gus menyaksikan proses pindaan undang-undang bagi menyahjenayahkan cubaan bunuh diri di peringkat Parlimen telahpun selesai.
Rang undang-undang itu ialah Rang Undang-Undang Kesihatan Mental (Pindaan) 2023 yang antara lain bertujuan memberi kuasa kepada pegawai intervensi krisis untuk melakukan penyelamatan terhadap individu yang cuba membunuh diri.
Pada Selasa, dua rang undang-undang berkaitan iaitu Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) (No. 2) 2023 dan Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No. 2) 2023 turut diluluskan di Dewan Negara.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh menggulung perbahasan bagi ketiga-tiga rang undang-undang yang berunsurkan pencegahan kes bunuh diri itu setelah dibahas oleh senator.
Ketiga-tiga rang undang-undang dibentang untuk bacaan kali pertama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said pada 4 April lepas dan diluluskan di Dewan Rakyat pada 22 Mei lepas.
Menerusi kenyataan media semalam, Ramkarpal berkata ketiga-tiga rang undang-undang perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong menurut Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan.
"Ia seterusnya akan diwartakan dalam Warta Kerajaan sebelum berkuat kuasa," katanya.
Beliau berkata sehingga proses itu selesai, suatu moratorium masih berkuat kuasa ke atas pelaksanaan Seksyen 309 Kanun Keseksaan yang menjenayahkan cubaan bunuh diri dan tiada pendakwaan boleh dijalankan di bawah seksyen tersebut.
Ramkarpal turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak termasuk Ahli Parlimen yang telah memberi sokongan penuh dalam usaha ini yang akan mengubah pendekatan terhadap cubaan bunuh diri daripada bersifat punitif kepada pendekatan berasaskan rawatan.
Sementara itu, perbahasan bagi Rang Undang-Undang Tenaga Boleh Baharu (Pindaan) 2023 bersambung esok.
Persidangan Dewan Negara bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 21 2023
Ramkarpal berkata ketiga-tiga rang undang-undang perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong menurut Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan. - Gambar fail
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama.
Malaysia sokong Pakistan jadi rakan dialog penuh dengan ASEAN
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia berada dalam kedudukan untuk membuka peluang kepada hasrat Pakistan dalam menjadi rakan dialog.
Deklarasai Doha seru gencatan senjata di Gaza
Deklarasi Doha, yang dikeluarkan pada Sidang Kemuncak Dialog Kerjasama Asia Ketiga dengan tumpuan pada 'Diplomasi Sukan', menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera dan menyeluruh di Gaza.
3 hospital di Lubnan henti operasi, rosak akibat serangan Israel
Tiga hospital di Lubnan, termasuk satu di pinggir kawasan selatan Beirut mengumumkan pemberhentian operasi pada Jumaat susulan pengeboman berterusan oleh Israel.
Bacaan RUU Mufti kali kedua, ketiga diteruskan pertengahan Oktober - Mohd Na'im
Kerajaan merancang meneruskan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 untuk bacaan kali kedua dan ketiga pada 16 atau 17 Okt ini.
Kerajaan belanja RM3 bilion untuk pembersihan awam, pengurusan sisa pepejal - Nga Kor Ming
Jumlah RM3 bilion itu termasuk bagi negeri-negeri yang belum menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).
Singapura cadangkan rang undang-undang larang kandungan deepfake semasa pilihan raya
Rang Undang-Undang itu mencadangkan larangan penerbitan iklan pilihan raya dalam talian (OEA) yang dijana atau dimanipulasi secara digital.
Sabah harap pindaan RUU Ordinan Buruh Sabah disokong semua Ahli Parlimen
Kerajaan Sabah berharap bacaan kali kedua RUU Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024 bulan depan (Oktober) mendapat sokongan daripada semua Ahli Parlimen.
KSU kementerian diminta kemuka RUU baharu, pindaan 14 hari lebih awal
Ketua Setiausaha di semua kementerian diminta untuk mengemukakan Rang Undang-Undang (RUU) baharu atau pindaan RUU kepada Parlimen 14 hari lebih awal.
Singapura bentang pindaan untuk tingkatkan keselamatan tenaga
RUU itu antara lain memperkenal pengawal selia baharu bagi pasaran elektrik dan langkah-langkah mengukuhkan peraturan ke atas sektor tenaga.
Dewan Negara lulus RUU Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024
RUU Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024 yang antara lain bertujuan membantu mengurangkan liabiliti kepada pekongsi dalam perkongsian konvensional diluluskan Dewan Negara hari ini.
RUU Majlis Media: Dalam proses kenal pasti ahli pengasas - Nie Ching
Teo berkata sejurus proses tersebut selesai, draf rang undang-undang itu akan dibawa ke Jemaah Menteri dan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan kelulusan.
Dewan Negara lulus tiga RUU di bawah Jabatan Perdana Menteri
RUU bagi meminda akta yang berkuat kuasa sejak 1957 itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahas 21 Senator.
Dewan Negara lulus RUU Keterangan Saksi Kanak-Kanak
Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2024 bertujuan membuat peruntukan yang lebih baik berhubung dengan keterangan saksi kanak-kanak.