GEORGE TOWN: Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Pulau Pinang berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, semua pihak termasuk penyokong setiap parti yang hadir mematuhi arahan pihak polis yang bertugas.
"Saya berpuas hati dengan perjalanan proses penamaan calon PRU15 di 13 kerusi Parlimen di Pulau Pinang yanga berjalan dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari tadi.
"Malah, saya sendiri meninjau proses penamaan calon di kerusi Parlimen Permatang Pauh dan mendapati penyokong-penyokong parti politik menyokong penuh kepada proses hari ini," katanya pada sidamg media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Mohd Shuhaily berkata, seramai 1,997 pegawai dan anggota digerakkan sepanjang proses penamaan calon merangkumi penugasan pusat kawalan PRU15, kawalan keselamatan dan aliran trafik di pusat-pusat penamaan calon.
Beliau turut mengesahkan pihaknya hanya menerima satu laporan kesalahan berkaitan pemasangan bendera dan polis sudah membuka kertas siasatan.
Bagaimanapun beliau menjelaskan, kes itu akan dirujuk kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) memandangkan kesalahan itu terletak di bawah bidang kuasa pihak berkenaan.
Sebelum ini, Polis Pulau Pinang mengenal pasti Batu Kawan dan Permatang Pauh di Seberang Perai serta Balik Pulau di daerah Barat Daya, sebagai lokasi panasnegeri itu PRU15.
Lokasi itu dikenal pasti berdasarkan beberapa insiden pada PRU14 seperti kenderaan polis dan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ditahan.
Umavathi Ramayah
Sat Nov 05 2022
Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, semua pihak termasuk penyokong setiap parti yang hadir mematuhi arahan pihak polis yang bertugas. - Astro AWANI
AWANI Ringkas: Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Komen Salah tentang kontrak memang 'pentingkan diri' - Bekas pertahanan Liverpool
Mohamed Salah mementingkan diri sendiri kerana menyatakan kekecewaannya secara terbuka terhadap kegagalan Liverpool menawarkan kontrak baharu kepadanya.
Pendidikan, nilai kemanusiaan penting diterapkan dalam kalangan generasi muda
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kita boleh berjaya dalam pelbagai aspek seperti sains, teknologi dan lain-lain namun tidak boleh sama sekali hilang nilai kemanusiaan.
Malaysia harap banyak kolaborasi, perbincangan dengan Korea Selatan
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkataa, kolaborasi itu bukan hanya melibatkan MoU tetapi perbincangan secara khusus dalam aspek pembelajaran seperti teknologi digital dan AI.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah.
Mahkamah Tinggi jadualkan empat hari dengar keterangan dua saksi dalam rayuan kes rogol Paul Yong
Mahkamah Tinggi menetapkan empat hari untuk mendengar keterangan dua saksi yang melibatkan bukti tambahan dalam rayuan kes rogol bekas ADUN Tronoh, Paul Yong.
Lapan sekolah di Terengganu berisiko banjir ketika SPM
Beliau berkata empat daripadanya di Kemaman membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, SMK Ayer Puteh, SMK Mak Lagam, dan SMK Bukit Mentok.
Semua lif Monorel akan diselenggara dan sedia digunakan menjelang April 2025
Mengambil maklum aduan orang awam, Kementerian Pengangkutan turut menyatakan bahawa pihaknya akan menyelenggara semua lif dan sedia untuk digunakan menjelang April 2025. #AWANInews
Kerajaan rancang tambah jumlah gerabak Monorel bagi tambah kekerapan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sedang dalam perancangan untuk menambah jumlah gerabak Monorel bagi menambah kekerapan.
#AWANInews
#AWANInews
Kerja-kerja naik taraf fasiliti pintu automatik akan siap akhir tahun
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sudah melantik kontraktor untuk kerja-kerja naik taraf pintu di platform Monorel yang memisahkan platform dengan koc monorel.
PRU15: Pesara guru berusia 80 tahun antara 58 calon Parlimen di Pulau Pinang
pesara guru berusia 80 tahun mendaftar sebagai calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Pulau Pinang.
Proses penamaan calon di Pulau Pinang berjalan lancar
Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Pulau Pinang berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRU15: Tiga Parlimen di P. Pinang dikenal pasti kawasan 'hotspot' - Ketua Polis Negeri
Tiga Parlimen itu ialah Permatang Pauh, Batu Kawan dan Balik Pulau.