Semakan di portal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati, Ravinder Singh daripada Parti Rakyat Malaysia (PRM) akan berdepan persaingan enam penjuru dengan calon Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Parti Warisan Sabah dan Bebas.
Selain Parlimen Bayan Baru, Jelutong dan Balik Pulau juga menyaksikan persaingan enam penjuru iaitu pertembungan paling banyak di negeri itu.
Ia dikuti rapat tiga lagi Parlimen iaitu Tasek Gelugor, Batu Kawan dan Bukit Bendera yang menyaksikan pertembungan lima penjuru.
Sementara itu, Parlimen Kepala Batas, Bagan, Permatang Pauh dan Nibong Tebal pula berdepan dengan empat penjuru, manakala Parlimen Bukit Mertajam, Tanjong dan Bukit Gelugor hanya dilihat ditandingi tiga calon.
Pada PRU ini, sebanyak 1.22 juta pengundi mendaftar dengan 11,065 pengundi daripadanya adalah pengundi awal dan 137 adalah pengundi tidak hadir luar negara.
Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang kekal bertanding di kerusi Parlimen Bagan bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru dengan calon BN daripada MCA, Tan Chuan Hong, Oh Teik Choon (PN) dan Mohammed Hafiz Mohamed Abu Bakar (GTA-Pejuang).
Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow 'beraksi' di kerusi Parlimen Batu Kawan yang berdepan dengan persaingan lima penjuru.
Berikut senarai penuh calon yang bertanding di kerusi Parlimen Pulau Pinang
P041 KEPALA BATAS
1. Dr Siti Mastura Mohamad (PN)
2. Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (BN)
3. Danial Abdul Majed (PH+MUDA)
P.042 TASEK GELUGOR
1. Datuk Wan Saiful Wan Jan (PN)
2. Muhammad Yusoff Mohd Noor (BN)
3. Abdul Halim Sher Jung (GTA)
4. Razak Ridzuan (PH)5. Mohd Akmal Azhar (WARISAN)
P.043: BAGAN
1. Dr Tan Chuan Hong(BN-MCA)
2. Lim Guan Eng(PH-DAP)
3. Oh Teik Choon(PN-Bersatu)
4. Mohammed Hafiz Mohamed Abu Bakar(Pejuang-IMAN)
P.044: PERMATANG PAUH
1. Datuk Mohd Zaidi Mohd Said (BN-UMNO)
2. Muhammad Fawwaz Mohamad Jan(PN-PAS)
3. Mohd Nasir Othman(Pejuang-Putra)
4. Nurul Izzah Anwar(PH-PKR)
P.045: BUKIT MERTAJAM
1. Sim Chee Keong(PH-DAP)
2. Tan Yang Pang (BN-MCA)
3. Koh Tien Yew(PN-PAS)
P.046: BATU KAWAN
1. Lee Ah Leong(PRM)
2. Chow Kon Yeow(PH-DAP)
3. Datuk Tan Lee Huat (BN-MCA)
4. Wong Chia Zhen(PN-Gerakan)
5. Ong Chin Wen(Warisan)
P.047: NIBONG TEBAL
1. Fadhlina Sidek(PH-PKR)
2. Datuk Dr Mansor Othman(PN-Bersatu)
3. Datuk Seri Thanenthiran Ramankutty(BN-MMSP)
4. Goh Kheng Huat(Bebas/IND)
P.048: BUKIT BENDERA
1. Syerleena Abdul Rashid(PH-DAP)
2. Teh Yee Cheu(PRM)
3. Hng Chee Wey(PN-Gerakan)
4. Huan Xin Yun(BN-PCM)
5. Razalif Mohamad Zain(Bebas/IND)
P.049: TANJONG
1. Lim Hui Ying(PH-DAP)
2. Tan Kim Nee(BN-MCA)
3. H'ng Khoon Leng(PN-Gerakan)
P.050: JELUTONG
1. Sanisvara Nethaji Rayer Rajaji(PH-DAP)
2. Datuk Baljit Singh Jigiri Singh(PN-Gerakan)
3. Koh Swee Yong(PRM)
4. Mohamed Yacoob Mohamed Noor(Bebas/IND)
5. Datuk Loganathan Thoraisamy(BN-IPF)
6. Lim Huat Poh(Warisan)
P.051: BUKIT GELUGOR
1. Thinagaranabhan Padmanabhan(PN-Bersatu)
2. Ramkarpal Singh Karpal Singh(PH-DAP)
3. Wong Chin Chong(BN-MCA)
P.052: BAYAN BARU
1. Saw Yee Fung(BN-MCA)
2. Ooi Chuan Aun(Warisan)
3. Ravinder Singh Mall Singh (PRM)
4. Kan Chee Yuen(Bebas/IND)
5. Sim Tze Tzin(PH-PKR)
6. Oh Tong Keong(PN-Gerakan)
P.053: BALIK PULAU
1. Datuk Shah Headan Ayoob Shah(BN-UMNO)
2. Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik(PH-PKR)
3. Datuk Seri Johnny Ch'ng Ewe Gee (Bebas/IND)
4. Muhammad Harris Idaham Abdul Rashid(PN-Bersatu)
5. Datuk Seri Sabaruddin Ahmad(Bebas/IND)
6. Fazli Mohammad(Pejuang)