Sebuah projek perintis bagi menerapkan budaya penjagaan tandas di sekolah akan bermula pada Mac ini, kata Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan) Datuk Ahmad Tajudin Jab.
Beliau berkata beberapa buah sekolah telah dipilih bagi melaksanakan projek itu sebelum ia diperluaskan ke seluruh negara seperti yang diamalkan di beberapa negara maju seperti Jepun.
Bagaimanapun, katanya Kementerian Pendidikan memerlukan sokongan daripada ibu bapa agar projek itu dapat dilaksanakan, sekali gus budaya yang baik itu akan turut diamalkan di rummah.
"Selama ini kita cuma mengadakan pertandingan tandas terbaik tetapi ianya berbentuk one-off.
"Apa yang lebih penting adalah menerapkan amalan penjagaan tandas dengan baik dan memberi pengetahuan mengenai aspek penyelenggaraan tandas," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Surau Imarah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Peringkat Kebangsaan 2016, di sini pada Selasa.
Pada Ogos tahun lepas, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata budaya menjaga kebersihan tandas sekolah secara bersama akan cuba diterapkan mulai tahun 2017 sebagai satu agenda nasional.
Mengulas mengenai cadangan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar supaya subjek pengajian alam sekitar diperkenalkan di sekolah, Ahmad Tajudin berkata aspek alam sekitar telah diterapkan dalam beberapa mata pelajaran yang juga dikenali sebagai elemen merentas kurikulum.
Menurutnya dalam Pendidikan Abad Ke-21, aspek pengurusan kewangan, pendidikan kesihatan dan pendidikan alam sekitar adalah tiga tema yang diterapkan dalam beberapa mata pelajaran dan aktiviti ko-kurikulum.
"Bagaimanapun, kementerian akan melihat cadangan itu supaya dapat diterapkan secara lebih terancang," katanya.
Kementerian Pendidikan juga telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 8 Feb lepas untuk melihat sukatan mata pelajaran berkaitan alam sekitar yang seterusnya akan diperhalusi oleh jawatankuasa teknikal bersama kementerian itu, kata Ahmad Tajudin.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 21 2017
Sebuah projek perintis bagi menerapkan budaya penjagaan tandas di sekolah akan bermula pada Mac ini. - Gambar hiasan
[TERKINI] Suspek bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku didakwa
Seorang lelaki dipercayai menumbuk dada ibu kandungnya hingga maut dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, Kuala Lumpur Didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lawatan Rasmi PM: Lembaran baharu penerokaan peluang pelaburan
Anwar mengalu-alukan kehadiran lebih 200 peserta yang mewakili 147 syarikat Korea Selatan dari pelbagai sektor, termasuk semikonduktor, kenderaan elektrik, teknologi hijau dan kecerdasan buatan (AI).
AWANI Pagi: Inovasi Selangor Pemacu Modal Insan Berkemahiran
Saksikan wawancara eksklusif #AWANIPagi bersama Mohd Hidayat Mohd Sauffi, Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor merangkap Ketua Sekretariat Selangor Education Summit 2024, yang akan membincangkan peranan inovasi dan teknologi dalam memacu pembangunan modal insan di Selangor.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Wealth-Tech: The evolution of wealth management in Malaysia
Over the past decade, the landscape of wealth management and investing has undergone significant transformation, driven by technological advancements and innovative solutions. From robo-advisers to low-cost investment platforms, Malaysians now have more tools than ever to manage their finances and build wealth.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Projek perintis terap budaya penjagaan tandas di sekolah bermula Mac
Sebuah projek perintis bagi menerapkan budaya penjagaan tandas di sekolah akan bermula pada Mac ini, kata Datuk Ahmad Tajudin Jab.