Pembangunan fasa pertama Perumahan Transit Belia (MyTransit) akan dimulakan Februari ini, di dua tanah lot milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan di Kuala Lumpur, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar.
Beliau berkata pembangunan 2,010 unit MyTransit di Mukim Batu Muda dan Mukim Kepong itu akan melibatkan 1,201 unit studio berkeluasan 400 kaki persegi (kps) dan 809 unit apartment dua bilik berkeluasan 550 kps berkualiti kondominium sederhana mewah.
Bercakap kepada media selepas menghadiri majlis menandatangani perjanjian pembangunan MyTransit dan Majlis Perhimpunan kementeriannya di sini hari ini, Noh berkata MyTransit adalah inisiatif untuk membantu golongan muda M40 di kawasan bandar utama melalui penyediaan rumah transit sehingga mampu membeli rumah sendiri yang selesa.
Beliau berkata inisiatif itu dilaksanakan bersama BMG Global Sdn Bhd yang bertindak sebagai pelabur yang akan membiayai kos perancangan dan pembinaan bangunan MyTransit manakala kerajaan akan menyediakan tanah tanpa perlu menyediakan sebarang kos pembangunan.
Menurut Noh, pembangunan projek MyTransit itu dilaksanakan secara 'cross subsidy' di mana dalam plot tanah tersebut mempunyai 2,010 unit MyTransit yang akan disewakan kepada belia dan 3,824 unit Rumah Mampu Milik (RMM) pula akan dijual kepada yang layak.
"BMG Global akan mendapatkan kembali hasil pelaburan melalui penjualan unit RMM yang dibina dengan keluasan 800 kps dan akan dijual dengan kadar harga RM300,000 seunit," katanya.
Noh berkata antara keistimewaan MyTransit adalah kadar sewaan 30 peratus lebih rendah daripada harga pasaran iaitu pada kadar RM400 sebulan bagi unit studio dan RM550 sebulan bagi unit apartment.
Beliau berkata terdapat elemen 'force saving' dalam sewaan dibayar itu, yang akan dipulangkan kepada penyewa setelah tamat tempoh penyewaan untuk membantu menyediakan deposit bagi pembelian rumah kelak.
Noh berkata sebanyak 6,000 unit lagi dirancang untuk fasa kedua pembangunan MyTransit.
Mengulas usaha pemasangan jaring di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kuala Lumpur yang sedang giat dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam usaha mempertingkatkan keselamatan penghuninya, Noh berkata ia merupakan penyelesaian jangka pendek.
"Untuk penyelesaian jangka panjang adalah perlu untuk mengubah sikap penduduk yang membuang sampah sesuka hati.
"Oleh itu kita merancang untuk melaksana kempen kesedaran kerana cara pemasangan jaring dan penguatkuasaan sahaja tidak memadai jika tiada kesedaran dalam kalangan penduduk," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 22 2018
NOH: MyTransit adalah inisiatif untuk membantu golongan muda M40 di kawasan bandar utama melalui penyediaan rumah transit sehingga mampu membeli rumah sendiri yang selesa.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Projek MyTransit fasa pertama mula dibina Februari - Noh
Pembangunan fasa pertama akan dimulakan Februari ini, di dua tanah lot milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan di Kuala Lumpur.