KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad akan mengadakan perjumpaan dalam masa terdekat dengan masyarakat Orang Asli di kawasan yang terlibat berhubung isu pembinaan Loji Kuasa Hidroelektrik di Mukim Ulu Nenggiri, Jajahan Gua Musang, Kelantan.
Beliau berkata pertemuan itu bagi membincangkan mengenai ketidakpuasan hati penduduk di tiga kawasan iaitu Kampung Pos Tohoi, Pos Wias dan Pos Pulat.
"Saya telah berbincang dengan Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Kelantan dan saya sendiri akan turun untuk membincangkan perkara ini dari hati ke hati dengan mereka," katanya pada sidang media selepas majlis prapelancaran Karnival Usahawan Orang Asli 2022 di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai protes yang telah diadakan oleh masyarakat Orang Asli di hadapan bangunan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pada Selasa lepas bagi menyerahkan memorandum bantahan pembinaan loji kuasa hidroelektrik itu.
Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam satu kenyataan pada hari sama memaklumkan telah menerima satu memorandum daripada Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK) yang membangkitkan beberapa kebimbangan berhubung pembinaan Loji Kuasa Hidroelektrik dengan kapasiti 300 megawatt (MW) itu.
Abdul Rahman berkata projek pembinaan loji kuasa hidroelektrik tersebut telah menerima persetujuan daripada penduduk Orang Asli di kawasan itu yang melibatkan tawaran imbuhan penempatan semula kepada 238 Ketua Isi Rumah.
Beliau berkata imbuhan penempatan semula itu meliputi tapak rumah seluas 0.2 hektar dan rumah seluas 750 kaki persegi, tapak dusun (0.2 hektar), ladang getah (2.2 hektar) dan juga fasiliti awam seperti sekolah, tadika, balai rawatan, surau dan lot kedai.
Menurutnya kawasan penempatan semula seluas 1,337 hektar itu juga terletak di lokasi yang berdekatan dengan kawasan asal.
"Kemudahan ini yang akan dibina segera untuk memberikan kemudahan kepada mereka bukan satu perkara kecil dan melibatkan jutaan ringgit.
"Perpindahan dan saraan sementara pula melibatkan elaun perpindahan sebanyak RM500 per ketua isi rumah, bantuan keperluan dapur asas (RM200) dan elaun sara hidup (RM683) selama lima tahun selagi hasil ladang getah itu belum boleh dikeluarkan hasil," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 09 2022
![Projek loji kuasa hidroelektrik: KPLB akan bertemu masyarakat Orang Asli Nenggiri Projek loji kuasa hidroelektrik: KPLB akan bertemu masyarakat Orang Asli Nenggiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41654785034_AbdulRahmanMohamad.jpg)
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad bercakap pada sidang media selepas Majlis Pra Pelancaran Karnival Usahawan Orang Asli 2022 (KUOA 2022) di Cornerstone IPC, Wisma Golden Eagle Realty, hari ini. - Foto BERNAMA
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![KPLB pertimbang lupus hutang peneroka FELCRA berjumlah RM230 juta KPLB pertimbang lupus hutang peneroka FELCRA berjumlah RM230 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61664661816_TBMAHDZIRHALID.jpg)
KPLB pertimbang lupus hutang peneroka FELCRA berjumlah RM230 juta
Proses itu ketika ini berada pada peringkat akhir dan akan diumumkan secara rasmi dalam masa terdekat.
![Bajet 2023: KPLB mahu mulakan kelas pintar di Tabika Kemas Bajet 2023: KPLB mahu mulakan kelas pintar di Tabika Kemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71664212390_MahdzirKhalid.jpg)
Bajet 2023: KPLB mahu mulakan kelas pintar di Tabika Kemas
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mahu menjadikan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) sebagai kelas pintar selari dengan eleman pendigitalan ketika ini.
![KPLB bincang dengan JPA untuk naikkan gred pengurus PKD KPLB bincang dengan JPA untuk naikkan gred pengurus PKD](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81662371567_MahdzirKhalid.jpg)
KPLB bincang dengan JPA untuk naikkan gred pengurus PKD
KPLB juga mencadangkan agar pengurus PKD diberikan tempoh kontrak perkhidmatan yang lebih panjang berbanding setahun yang dinikmati ketika ini.
![Pemimpin, ketua kampung perlu ada data asas kampung Pemimpin, ketua kampung perlu ada data asas kampung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61661779493_MahdzirKhalidKJ.jpg)
Pemimpin, ketua kampung perlu ada data asas kampung
Pemimpin atau ketua kampung perlu mempunyai data asas kampung mereka yang lengkap, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid.
![MARA pasang panel sistem solar photovoltaik di institusi pendidikannya dengan kerjasama TNB MARA pasang panel sistem solar photovoltaik di institusi pendidikannya dengan kerjasama TNB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81661516331_TBMAHDZIRKHALIDPULLM.jpg)
MARA pasang panel sistem solar photovoltaik di institusi pendidikannya dengan kerjasama TNB
MARA mengambil langkah pro-aktif dalam melestarikan alam sekitar dengan memasang panel sistem solar photovoltaik bagi menjana tenaga elektrik bersih di institusi pendidikannya.
![KPLB peruntuk RM1.16 juta perkasa 'Kampung Kita Keluarga RISDA' KPLB peruntuk RM1.16 juta perkasa 'Kampung Kita Keluarga RISDA'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71661482550_KeluargaRISDA.jpg)
KPLB peruntuk RM1.16 juta perkasa 'Kampung Kita Keluarga RISDA'
Usaha ini juga bagi meningkatkan inovasi serta penyelidikan dan pembangunan dalam kalangan pengusaha getah dan usahawan.
![KPLB teruskan rancangan bina lima lagi MRSM KPLB teruskan rancangan bina lima lagi MRSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81639484640_TBMRSM.jpg)
KPLB teruskan rancangan bina lima lagi MRSM
Angka terbaharu itu bakal menyaksikan sebanyak 62 buah MRSM bakal beroperasi di Malaysia kelak.
![JPKM bantu lebih 20,000 pelajar lanjut pelajaran di IPT JPKM bantu lebih 20,000 pelajar lanjut pelajaran di IPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51660467726_MahdzirKhalid.jpg)
JPKM bantu lebih 20,000 pelajar lanjut pelajaran di IPT
Matlamat program ini adalah untuk para pelajar yang ada kelulusan (dalam peperiksaan) ditawarkan tempat di IPTA atau swasta.
![KPLB komited laksana program tenaga lestari KPLB komited laksana program tenaga lestari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71658937202_MahdzirKhalidprog.jpg)
KPLB komited laksana program tenaga lestari
MARA akan berbincang dengan TNB mengenai pemasangan panel tenaga solar di bumbung kesemua 55 MRSM seluruh negara.
![KPLB beri lebih RM10 juta laksana aktiviti perkasa usahawan luar bandar KPLB beri lebih RM10 juta laksana aktiviti perkasa usahawan luar bandar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81658790942_MahdzirKhalid.jpg)
KPLB beri lebih RM10 juta laksana aktiviti perkasa usahawan luar bandar
Penyaluran itu merupakan inisiatif membantu usahawan luar bandar untuk membudayakan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.