GENTING HIGHLANDS: Sejumlah RM1.16 juta diperuntuk Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bagi melaksanakan agenda ”Kampung Kita Keluarga RISDA”.
Timbalan Menteri I Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, agenda 'Kampung Kita Keluarga RISDA' adalah usaha untuk memperkasa program Kampung Pengembangan yang diperkenalkan pada tahun 2010 untuk meningkatkan amalan pertanian yang baik (GAP) melalui teknologi bersesuaian.
Menurutnya, usaha ini juga bagi meningkatkan inovasi serta penyelidikan dan pembangunan dalam kalangan pengusaha getah dan usahawan di bawah agensi tersebut.
“Program Kampung Pengembangan ini bertujuan menghasilkan model pembangunan setempat yang mempraktikkan amalan agronomi meliputi penggunaan teknologi terkini tanaman getah, mempertingkatkan inovasi dan program-program lain yang bersesuaian.
"Hasrat kita untuk mewujudkan sebuah pusat tumpuan (nukleus) kepada pihak kerajaan dan RISDA dalam menyampaikan segala bentuk maklumat dan penyebaran ilmu kepada masyarakat pekebun kecil di samping membudayakan inovasi. Setiap pusat tumpuan tersebut akan diperuntukkan sejumlah RM20,000," katanya.
Beliau berkata demikian sempena Majlis Hari Kualiti dan Inovasi RISDA Negeri Pahang di Geo Resort and Hotel di sini, pada Khamis.
Hadir sama Ketua Pengarah RISDA, Datuk Abdullah Zainal.
Abdul Rahman berkata, sejumlah RM160,000 telah diagihkan bagi Negeri Pahang dan memberi manfaat kepada 9,600 pekebun kecil di negeri ini.
"Saya turut menyarankan supaya inovasi yang dihasilkan oleh RISDA ini turut dikongsi kepada agensi kerajaan berkaitan serta pekebun kecil agar ia memberi impak terutama dalam penjimatan kos dan meningkatkan pengeluaran hasil pertanian," jelasnya.
Pada majlis tersebut, Abdul Rahman turut menyampaikan Anugerah Kualiti dan Inovasi kepada warga RISDA Negeri Pahang yang menunjukkan kualiti penghasilan kerja cemerlang dan penciptaan inovasi baharu.
Sebanyak 13 Anugerah Kualiti dipertandingkan manakala sembilan kumpulan menyertai Pertandingan Inovasi.
Norfarhiza Mohd Atar
Fri Aug 26 2022

Timbalan Menteri I Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad hadir sempena Majlis Hari Kualiti dan Inovasi RISDA Negeri Pahang di Geo Resort and Hotel pada Khamis. - Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

KPLB peruntuk RM1.16 juta perkasa 'Kampung Kita Keluarga RISDA'
Usaha ini juga bagi meningkatkan inovasi serta penyelidikan dan pembangunan dalam kalangan pengusaha getah dan usahawan.