JELEBU: Program Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia (JPKM) anjuran Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) berjaya membantu lebih 20,000 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata inisiatif kerajaan dalam membantu pelajar daripada golongan B40 melibatkan penduduk luar bandar di beberapa Parlimen bagi melanjutkan pengajian itu, mendapat sambutan mengalakkan.
Beliau yang juga menteri mentor JPKM berkata matlamat program ini adalah untuk para pelajar yang ada kelulusan (dalam peperiksaan) ditawarkan tempat di IPTA atau swasta.
"Siri ketiga program kali ini bermula di daerah Jelebu ini dan difahamkan lebih 70 pelajar di sini juga telah diberikan surat tawaran bagi menyambung pengajian," katanya kepada pemberita di Kompleks UMNO Bahagian Jelebu, Simpang Pertang di sini.
Terdahulu Mahdzir berucap pada program JPKM Peringkat Parlimen Jelebu yang turut dihadiri Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias merangkap ahli Parlimen Jelebu serta Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN Datuk Mohd Aizuddin Ghazali.
Mahdzir berkata JPKM menyasarkan 50,000 pelajar lepasan SPM tahun 2016-2021 di 50 kawasan Parlimen untuk mendapat surat tawaran kemasukan ke IPT bagi melanjutkan pelajaran.
Sementara itu, Jalaluddin berkata JPKM memberi manfaat dengan memberikan peluang kedua bagi anak-anak Keluarga Malaysia melanjutkan pelajaran supaya dapat mengubah masa depan keluarga kepada lebih baik dan cemerlang.
Dalam pada itu, menerusi program itu pihak PRIHATIN turut menjalankan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi sumbangan cermin mata serta komputer riba kepada pelajar.
Program itu turut melibatkan 38 IPT antaranya Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kolej Univerisiti Poly-Tech Mara (KUPTM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 14 2022

Datuk Seri Mahdzir Khalid (tiga, kiri) dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias (dua, kiri) yang juga Ahli Parlimen Jelebu ketika merasmikan program Jelajah Pendidikan Prihatin Parlimen Jelebu hari ini. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

JPKM bantu lebih 20,000 pelajar lanjut pelajaran di IPT
Matlamat program ini adalah untuk para pelajar yang ada kelulusan (dalam peperiksaan) ditawarkan tempat di IPTA atau swasta.