Selaku bergerak ke masa depan yang kurang bergantung kepada tenaga bahan bakar, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) melancarkan pembidaan terbuka untuk projek menjana kuasa solar secara besar-besaran.
Projek Loji Jana Kuasa Solar Berskala Besar Pusingan Ketiga atau Large Scale Solar 3 (LSS3) menawar jumlah kapasiti pengeluaran tenaga sebanyak 500MW di pelbagai lokasi di Semenanjung Malaysia.
"Kami mahu tawaran harga yang paling rendah," tegas Menterinya, Yeo Bee Yin, pada Jumaat mengenai projek itu yang turut mementingkan ketelusan dan keadilan dalam proses pembidaan yang akan dijalankan secara kompetitif dan terbuka.
Selaras dengan matlamat kerajaan untuk mencapai kapasiti penjanaan 'renewable energy' atau tenaga boleh baharu (TBB) sebanyak 20 peratus menjelang tahun 2025, kementerian itu berazam untuk menurunkan kadar tarif TBB melalui projek tersebut bagi menaikkan insentif.
Langkah mengurangkan kos TBB
Bagi menangani masalah penjanaan TBB yang sering dikatakan terlalu mahal, kementerian memperkenalkan beberapa pembaharuan untuk proses pembidaan projek LSS3.
Antaranya adalah dengan memansuhkan penawaran kuota mengikut julat kapasiti, dan sebaliknya menawarkan mekanisme ‘free for all' yang mana pemaju boleh membida pada kapasiti lebih tinggi iaitu daripada jumlah 1MW (megawatt) hingga 100MW.
Selain itu, kuota maksimum bagi pembida juga ditingkatkan daripada 30MW kepada 100MW, kerana kuota 30MW yang digunakan sebelum ini dikatakan tidak memberi keuntungan dan insentif kepada pemaju projek.
Melalui skala pengeluaran yang lebih besar, pemaju boleh mendapat kadar pembiayaan yang lebih baik daripada institusi kewangan sekaligus memberi insetif untuk menurunkan harga tarif elektrik yang ditawarkan.
Manfaat kepada alam sekitar serta ekonomi
"Projek menjana tenaga solar juga bukan sahaja memberi manfaat kepada alam sekitar, tetapi juga kepada ekonomi negara," ujar Yeo mengenai TBB yang sering diandai sebagai 'beban' kepada ekonomi.
Dari segi alam sekitar, setiap 1MW loji solar boleh menjana tenaga sebanyak 1,490MWj (megawatt per jam) yang mampu membekalkan elektrik bagi kira-kira 160 rumah.
Tambahan itu, Kementerian juga memberi kepentingan kepada pembida yang mengusahakan tanah yang tidak boleh digunakan lagi ataupun bumbung bangunan sedia ada sebagai tapak menjana kuasa solar bagi mengelak penebangan hutan.
Dari segi ekonomi pula, projek LSS3 dijangka akan mewujudkan 10,000 peluang pekerjaan dan menjana pelaburan sebanyak RM2 bilion serta memberi kepentingan kepada keupayaan tempatan dengan melantik kontraktor tempatan.
Tempoh penjualan dokumen untuk Request for Proposal (RFP) dibuka pada 14 Feb sehingga 27 Feb 2019, manakala pemaju projek tersebut dijangka akan ditentukan sekitar bulan Ogos depan.
Nailah Huda
Fri Feb 15 2019
LSS3 menawar jumlah kapasiti pengeluaran tenaga sebanyak 500MW di pelbagai lokasi di Semenanjung Malaysia. - Gambar hiasan
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Indonesia hadapi trend peningkatan bencana - BNPB
Bencana itu terutamanya letusan gunung berapi dipengaruhi faktor seperti pertumbuhan penduduk, pengurusan alam sekitar dan perubahan iklim.
Serba hijau di RWMF 2024, buat kaki mesra alam di kaki Gunung Santubong
Penganjuran RWMF 2024 oleh Sarawak Tourism Board (STB) pada hujung minggu ini membawa gabungan dua elemen dalam penganjurannya iaitu kelestarian dalam seni persembahan.
Semua pihak berkepentingan digesa pacu perubahan bermakna menerusi ESG - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua pihak berkepentingan agar terbabit aktif dalam mencapai masa depan mampan.
Malaysia pertimbang undang-undang khas tangani pembuangan dan pencemaran plastik
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam sedang menilai keperluan untuk perundangan khusus berikutan jurang dalam rangka kerja semasa.
Universiti perlu jadi wadah pupuk kesedaran berkaitan alam sekitar
Kesedaran awal mampu membantu melahirkan masyarakat yang lebih cakna berkenaan alam sekitar sebaik sahaja mereka memasuki alam pekerjaan.
Tanah kita, masa depan kita
Kita tidak mampu mengubah masa lalu, tetapi kita boleh menanam semula hutan, memulihkan sumber air dan menyuburkan semula tanah - untuk masa depan.
Menerapkan prinsip ketahanan ESG dalam industri kejuruteraan - TPM Fadillah
Fadillah berkata penerapan ESG semakin mendapat perhatian daripada kedua-dua perniagaan dan pelabur.
Anwar-Wong boleh jadi pelopor bangun standard ESG serantau di Asia Tenggara - Penganalisis
Singapura dan Malaysia berkedudukan baik untuk menggerakkkan agenda kemampanan mereka dan menetapkan duluan bagi kerjasama inisiatif hijau.
Dasar di peringkat PBT paling berkesan tangani isu pencemaran - Pakar Hospital Pantai
Dasar yang diperkenalkan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah paling berkesan untuk menangani isu pencemaran.
Misi global kembara solo Katiravan liputi 40 negara
Katiravan Subarayan, 63, warga Malaysia yang dalam misi kembara global bermotosikal untuk mempromosikan kesedaran alam sekitar, terus mencapai kemajuan yang memberangsangkan.