Semua projek pembangunan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang diumum pada pembentangan Bajet 2017 baru-baru ini akan dimulakan seawal tahun depan.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia membuktikan bahawa perhatian tinggi telah diberikan kepada 7.8 juta atau 26.9 peratus penduduk di luar bandar.
"Penambahan peruntukan sebanyak RM5.8 bilion pada tahun ini berbanding RM4.5 bilion tahun lepas merangkumi semua faktor termasuk infrastruktur, prasarana, ekonomi, perumahan dan pendidikan.
"Banyak projek penting luar bandar seperti rumah PPRT dan kita buat keputusan menambah nisbah lebih untuk baik pulih. Dahulu, 70 peratus pembaikan dan 30 peratus untuk rumah baharu, tetapi pada tahun depan kita tingkatkan kepada 85 peratus bajet untuk pembaikan dan 15 peratus pembinaan rumah baharu.
"Untuk bina baharu kita tidak menumpukan kepada perumahan berkelompok tetapi kita utamakan yang dibina di atas tanah sendiri," katanya semasa sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Antara Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dengan Exco-Exco Luar Bandar (MEXCLUB), di sini hari ini.
Sebelum ini, KKLW menetapkan sasaran untuk membina sekurang-kurangnya 5,000 Rumah Bina Negara (Rumah BN) menerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) menjelang 2020.
Ia melebihi jangkaan awal yang ditetapkan menerusi peruntukan RM100 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dalam pada itu kata Ismail, projek pelebaran jalan raya juga menjadi keutamaan namun semuanya tertakluk kepada tuan punya tanah.
"Dahulu lapan kaki tetapi hari ini anak-anak sudah ada kereta dan sebagainya. Jadi kita lebarkan menjadi 10 kaki tertakluk kepada persetujuan tuan tanah," jelasnya.
Sebelum ini, Ismail menjelaskan, peruntukan Bajet 2017 mengurangkan jurang pembangunan dan migrasi penduduk desa ke bandar untuk mencari pekerjaan.
Wan Syamsul Amly
Mon Nov 07 2016

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (dua, kanan) mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Antara Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dengan Exco-Exco Luar Bandar (MEXCLUB), hari ini. - Foto Astro AWANI / Wan Syamsul Amly

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Hartal Doktor Kontrak: Kronologi lantikan pegawai perubatan kontrak
Hartal Doktor Kontrak menuntut jaminan pelantikan tetap bagi doktor kontrak dan baharu, hak gaji, serta kebajikan sama rata dengan doktor tetap.

PM Najib umum kenaikan elaun, peruntukan tambahan RM20 juta kepada Rela
Peruntukan tambahan RM20 juta kepada Jabatan Sukarelawan Malaysia adalah bagi pembelian uniform kepada kesemua anggota dan pegawainya.

PTPTN anjur Hari Mesra Pelanggan serentak di seluruh negara
Sambutan Hari Mesra Pelanggan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diadakan serentak di seluruh negara merupakan usaha meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan mereka.

PM Najib lancar MYREN-X
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan infrastruktur siber jalur lebar berkelajuan tinggi 100 gigabit sesaat Malaysian Research and Education Network di Universiti Malaya hari ini.

Insentif khas PTPTN untuk ibu bapa pelajar tahun satu
Keistimewaan itu selaras pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa pembentangan Bajet 2017 tahun lalu.

MOF jelaskan mengenai pengecualian cukai untuk badan agama
Kementerian Kewangan menjelaskan bahawa pindaan terhadap Akta Cukai Pendapatan 1967 bertujuan untuk memastikan pendapatan mereka digunakan secara khusus bagi tujuan keagamaan dan amal.

TN50 digerakkan dari akar umbi, manfaatkan semua golongan - PM Najib
Hala tuju negara bagi tempoh tersebut akan lebih jelas lagi apabila TN50 telah ditetapkan dan bakal digerakkan mulai tahun depan.

DUN Perak lulus Bajet 2017, PAS pilih berkecuali
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini meluluskan Enakmen Perbekalan atau Bajet Negeri Perak 2017 setelah dibahaskan empat hari oleh hampir kesemua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) d

Muhyiddin hadir di Bukit Aman untuk diambil keterangan
Tan Sri Muhyiddin Yassin, tampil di ke Bukit Aman pagi tadi, bagi merakamkan percakapan berhubung ucapannya yang menyentuh tentang isu 1MDB di Parlimen baru-baru ini.

Bajet 2017: DBKL peruntuk RM2.87 bilion
Daripada peruntukan itu, sejumlah RM1.728 bilion disediakan bagi perbelanjaan mengurus dan RM1.143 bilion bagi pembangunan.