GEORGE TOWN: Projek pembinaan projek Gurney Wharf yang merupakan taman dalam bandar di pesisir pantai buatan terbesar di Pulau Pinang bernilai RM200 juta di sini dijangka siap sepenuhnya menjelang awal tahun 2025.
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata projek yang melibatkan keluasan kira-kira 20 hektar yang telah ditambak di Persiaran Gurney itu akan menjadi antara tarikan terbaharu di Pulau Pinang sekali gus meningkatkan nilai tambah yang berkualiti dan memberi kesan limpahan ekonomi.
"Inisiatif pembangunan Gurney Wharf telah dimulakan sejak tahun 2016, bermula dengan sesi libat urus dengan semua pemegang taruh, termasuk penduduk Pulau Pinang bagi mendapatkan pandangan, input dan maklum balas daripada segi keperluan serta komponen kawasan rekreasi yang diperlukan komuniti di negeri ini.
"Projek itu akan menampilkan kawasan persiaran dengan pemandangan laut yang indah, taman rekreasi, pusat penjaja, parkir dan kemudahan-kemudahan lain untuk seisi keluarga meluangkan masa berharga dalam usaha meningkatkan kualiti hidup rakyat secara menyeluruh," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Gurney Wharf, di sini hari ini.
Majlis pecah tanah itu disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri I Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman serta Timbalan Ketua Menteri II P.Ramasamy.
Chow berkata, pembangunan projek melibatkan dua fasa itu tertangguh akibat pandemik COVID-19 dengan fasa satu akan siap dalam tempoh 24 bulan selepas projek bermula dengan kerja pembinaan kedua-dua fasa akan dijalankan serentak selepas majlis pecah tanah.
Katanya kedua-dua fasa projek itu akan menawarkan kawasan permainan kanak-kanak, gelanggang papan selaju, dek pemerhatian, tandas awam, persiaran untuk pejalan kaki, kiosk penjaja, kawasan runcit, surau, kawasan landskap, taman rekreasi dan tempat letak kereta bertingkat.
"Kerajaan negeri juga mengambil maklum akan perkara-perkara berbangkit, namun saya pasti pihak-pihak berkepentingan dalam projek itu peka dengan situasi yang berlaku termasuk memastikan perlindungan terhadap alam sekitar dan kawasan laut(marin) menjadi aspek itana yang diberi penekanan semasa peringkat perancangan awal projek lagi," katanya.
Beliau berkata kerajaan negeri juga telah memutuskan supaya pelaksanaan projek Gurney Wharf dijalankan secara tender terbuka dan pihaknya telah bersetuju untuk melantik TETO Engineering Sdn Bhd sebagai kontraktor utama bagi itu manakala bagi pelantikan sub kontraktor lain ianya akan diumumkan dari semasa ke semasa.
"Dengan lantikan perunding dan kontraktor yang berkelayakan, kerajaan negeri berharap projek itu dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik dan mematuhi spesifikasi yang ditetapkan, malah kami juga mengarahkan untuk aliran trafik di kawasan berkenaan dirancang dengan teliti bagi memastikan keselamatan semua orang termasuk pejalan kaki," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 14 2022
![Projek Gurney Wharf bernilai RM200 juta siap 2025 Projek Gurney Wharf bernilai RM200 juta siap 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81652508588_TBGURNEY.jpg)
Projek seluas kira-kira 20 hektar yang telah ditambak di Persiaran Gurney itu akan menjadi antara tarikan terbaharu di Pulau Pinang. - YouTube @SCM Southern Corridor Malaysia
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati ke atas bapa
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bapa yang membunuh anak tiri lelakinya yang berusia enam tahun, 13 tahun lepas.
Keluarga mohon henti keluar kenyataan guris hati
Keluarga Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor petang Isnin memohon pihak media dan orang ramai berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati keluarga.
Enam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Disyaki terima rasuah melebihi RM300,000, ketua pegawai operasi ditahan
Seorang Ketua Pegawai Operasi syarikat konsesi lebuh raya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kerana disyaki menerima rasuah melebihi RM300,000.
Mahkamah tolak rayuan Jason Lo
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat telekomunikasi tempatan, Jason Jonathan Lo hari ini gagal mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi menolak samannya terhadap Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berhubung dua artikel yang diterbitkan pada 2019 dan 2020.
![Projek Gurney Wharf bernilai RM200 juta siap 2025 Projek Gurney Wharf bernilai RM200 juta siap 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81652508588_TBGURNEY.jpg)
Projek Gurney Wharf bernilai RM200 juta siap 2025
Projek seluas kira-kira 20 hektar yang telah ditambak di Persiaran Gurney itu akan menjadi antara tarikan terbaharu di Pulau Pinang.