Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata ketiga-tiga suspek lelaki berusia 61, 52 dan 50 tahun itu ditahan pada 3 Feb lepas.
"Ketiga-tiga suspek itu ditahan di sekitar Lembah Klang dan sebuah van sekolah dipercayai digunakan semasa kejadian turut dirampas," katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata mereka dipercayai mengangkat dan memasukkan motosikal itu ke dalam van milik seorang daripada suspek untuk dilarikan.
"Motosikal itu diserahkan kepada suspek berusia 52 tahun bagi kegunaan bekerja," katanya.
Menurut Mohd Azam, berdasarkan laporan, pemilik motosikal itu telah meninggalkan kenderaannya di lokasi kejadian pada 8 pagi, 28 Jan dalam keadaan berkunci sebelum menyedari kehilangan pada 3.30 petang, 2 Feb.
Beliau berkata ujian air kencing mendapati dua daripada mereka positif dadah dan ketiga-tiganya direman hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA