Kerajaan masih menjalankan proses rundingan semula dengan pihak berkaitan berhubung projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang sejak Julai 2018 digantung semua kerja dan perkhidmatannya.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, projek itu perlu dinilai semula dan hanya boleh diteruskan jika dilaksanakan pada skala yang sesuai.
“Kerajaan terpaksa menilai semula projek ini secara lebih teliti bagi memastikan negara mendapatkan pulangan yang terbaik dan menjejaskan pembangunan negara.
“Pada masa ini kerajaan telah melantik Tun Daim Zainuddin sebagai utusan khas PM bagi mengetuai proses perundingan semula dengan kerajaan China supaya penyelesaian menang-menang diperolehi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) di Dewan Rakyat hari ini.
Tambahnya, hasil rundingan berkenaan akan dimaklumkan apabila ia dimuktamadkan sedikit masa lagi.
“Jika usaha rundingan semula ini berhasil, kerajaan yakin projek ECRL akan diteruskan dengan skala yang sesuai dengan manfaat yang bakal dijana oleh rakyat dan menyelamatkan Malaysia dari beban hutang yang tinggi,” ujar beliau.
Pada 4 Julai tahun lalu, China Communication Construction Company Ltd (CCCC) selaku kontraktor utama ECRL menyatakan, semua kerja membabitkan ECRL dengan jajaran sepanjang 688.3 kilometer digantung berkuat kuasa serta-merta.
BACA: "ECRL disambung jika harga munasabah" - PM
Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata, kerajaan berpendapat projek berkenaan telah diuruskan tanpa melalui prosedur biasa oleh kerajaan terdahulu.
“Pentadbiran terdahulu, tidak memanggil tender terbuka sebaliknya dianugerahkan satu syarikat sahaja kononnya atas alasan kerjasama G2G.
"Pentadbiran kerjaaan sepatutnya tidak tergesa-gesa menandatangani perjanjian kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) dan perjanjian besar.
"Kontrak EPCC itu didraf mengikut harga lump sum (sekali gus) yang tinggi,” tambahnya.
BACA: Kerajaan bayar RM200 juta faedah hutang ECRL - Dr Mahathir
Malah katanya, satu sistem keretapi baharu di Pantai Timur boleh diwujudkan dengan lebih sempurna jika pentadbiran dahulu mengambil kira semua aspek ekonomi kerajaan, nilai komersil, kesan alam sekitar dan hubungan dua hala dengan China.
Sementara itu, Perdana Menteri menegaskan, Malaysia mungkin berdepan bankrap jika Pakatan Harapan (PH) tidak menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.
“Memang pun kalau PH tak menang, maka negara kita akan dijual kepada orang lain sebab kalau kita hutang dan tak dapat bayar maka kita dikenakan tindakan bankrap. Seperti Greece.
"Mujur rakyat sedar dan beri kemenangan pada PH untuk elak negara dijual kepada orang lain,” tambahnya.
Rahimah Abdullah
Wed Mar 20 2019
Dr Mahathir berkata, jika usaha rundingan semula ini berhasil, kerajaan yakin projek ECRL akan diteruskan dengan skala yang sesuai dengan manfaat yang bakal dijana oleh rakyat. - Gambar hiasan
Kremlin nafi dakwaan isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Jurucakap Kremlin Dmitry Peskov menafikan dakwaan bahawa isteri pemimpin rejim Syria yang digulingkan, Bashar al-Assad memohon cerai.
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Dalam kenyataan kepada media, jurucakap tentera Nadav Shoshani menyatakan bahawa banyak senjata tersebut berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Bangladesh minta Hasina diekstradisi
Penasihat luar kerajaan sementara berkata telah menghantar nota rasmi kepada Kerajaan India bahawa Kerajaan Bangladesh mahu Hasina kembali ke negara itu untuk menjalani proses kehakiman.
Bangladesh tidak benarkan lagi kemasukan Rohingya
Bangladesh tegaskan, ia tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya, lebih-lebih lagi apabila kira-kira 60,000 pelarian itu memasuki negara Asia Selatan itu dalam tempoh dua tahun lalu
9 negara jadi rakan kongsi BRICS secara rasmi mulai Januari
Belarus, Bolivia, Indonesia, Kazakhstan, Thailand, Cuba, Uganda, Malaysia dan Uzbekistan secara rasmi akan menjadi rakan kongsi BRICS mulai 1 Januari 2025.
Rusia pertimbang penerbangan terus ke Malaysia
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Menterinya Roman Starovoyt dalam satu temu bual dengan Agensi Berita Rusia (TASS) berkata pihaknya menganalisis situasi di sana dan terlibat dalam dialog berterusan.
Menterinya Roman Starovoyt dalam satu temu bual dengan Agensi Berita Rusia (TASS) berkata pihaknya menganalisis situasi di sana dan terlibat dalam dialog berterusan.
Kremlin nafi laporan media, isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Pada Ahad, beberapa laporan media mengatakan bahawa Asma al-Assad, yang dilahirkan di United Kingdom, mahu memfailkan permohonan cerai di Rusia.
Tentera Israel letak kotak sarat bahan letupan berhampiran hospital utara Gaza
Rakaman menunjukkan kenderaan tentera Israel meletakkan kotak kayu yang mengandungi simbol berbahaya di luar satu daripada pintu pagar hospital.
MCMC ambil tindakan segera terhadap penipuan MyPR - Teo Nie Ching
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang mengambil tindakan segera dalam menangani penipuan melibatkan halaman permohonan MyPR (kad pengenalan merah) di Facebook.
Konsul Kehormat Malaysia terima exequatur
Menteri Luar Maldives Abdulla Khaleel memberi kebenaran kepada Ragheb Ahmed Khalaf sebagai Konsul Kehormat Malaysia di negara itu.
Malaysia Rail Link bentuk syarikat operasi dengan CCCC China uruskan ECRL
Syarikat pengendali itu adalah hasil kontrak yang dirundingkan semula bertujuan berkongsi risiko operasi antara MRL dan CCCC.
Semua pihak perlu berganding bahu pastikan projek ECRL siap ikut jadual - PM
Perdana Menteri mengingatkan semua pihak termasuk kerajaan negeri yang terlibat dalam pembinaan ECRL perlu berganding bahu bagi memastikan projek berkenaan disiapkan mengikut jadual.
Anwar dijadual mula lawatan rasmi ke China dengan menghadiri BFA 2023 di Hainan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan tiba di sini esok bagi menghadiri Forum Boao bagi Persidangan Tahunan Asia 2023 (BFA 2023) dan memulakan lawatan rasmi empat hari ke China.
ECRL: Kontraktor Bumiputera percaya PH akan berlaku adil
Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia percaya Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan berlaku adil kepada mereka untuk terlibat dalam kerja-kerja awam projek mega Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
MRL jangka pelaksanaan Pra-Q tarik minat tinggi
Langkah penawaran Pra-Q itu bertujuan memberi peluang kepada kontraktor warga Malaysia yang layak menyertai kerja-kerja sivil projek itu.
Kos ECRL boleh dikurangkan lagi mengikut skop kerja - Tun M
Menurut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kos projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) boleh dikurangkan lagi sekiranya skop kerja turut dikurangkan.
Najib abai nasihat agensi kerajaan berhubung ECRL - Daim
Daim bertanya sama ada wakil peribadi berunding secara terus dengan China dan CCCC, menyebabkan perjanjian ECRL yang lama ditandatangani pada kos amat tinggi dan tanpa ketelusan dan akauntabiliti.
Perjanjian ECRL 50:50 MRL dan CCCC - Tun Mahathir
MRL dan CCCC bersetuju untuk membentuk syarikat usaha sama 50:50 untuk mengurus, mengendalikan dan menyelenggara rangkaian rel ECRL.
China setuju pulangkan sebahagian daripada bayaran pendahuluan ECRL - Tun Mahathir
Dr Mahathir berkata CCCC bersetuju memulangkan sebahagian bayaran pendahuluan Fasa 2 ECRL, Landasan Berkembar dan Jajaran Utara di bawah kontrak asal.
Kerajaan umum projek ECRL diteruskan
Kerajaan mengumumkan Projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) diteruskan dengan pengurangan sebanyak RM21.5 bilion dari kos pembinaan untuk fasa 1 dan 2.