KUANTAN: Tiga terowong projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dengan jumlah panjang 1,309 meter di daerah Bentong berjaya ditembusi dalam satu hari menjadikan 30 terowong di sepanjang jajaran ECRL selesai dengan kerja-kerja pengorekan setakat ini.
Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dalam kenyataan hari ini memaklumkan tiga terowong tersebut adalah terowong Bentong 1 sepanjang 561 meter, terowong Kampung Lentang 1 (270 meter) dan terowong Kampung Lentang 2 (478 meter).
Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata projek ECRL telah mencapai kejayaan baharu dengan 30 penembusan terowong yang mana pencapaian tersebut dicapai melalui teknologi pengorekan terowong yang canggih dan kerjasama erat pasukan ECRL di jajaran sepanjang 665 kilometer (km).
"Kami optimis pembinaan jajaran ECRL dari Kota Bharu ke ITT (Terminal Pengangkutan Bersepadu) Gombak akan siap pada Disember 2026 memandangkan kerja-kerja pengorekan terowong yang agak mencabar dan kebergantungan keadaan geologi telah berjalan dengan lancar mengikut jadual," katanya dalam kenyataan itu.
Mengenai kemajuan projek tersebut, beliau berkata ECRL secara keseluruhan telah mencapai kemajuan sebanyak 62.40 peratus setakat Februari lepas yang disokong oleh 23,000 pekerja di kira-kira 1,900 tapak pembinaan di sepanjang jajarannya di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.
Menurut kenyataan itu pembinaan terowong ECRL di daerah Bentong akan membolehkan landasan kereta api mematuhi kecerunan maksimumnya sebanyak 0.9 peratus dan mengurangkan penebangan hutan terbuka serta meminimumkan kesan terhadap hidupan liar di kawasan tersebut.
Projek ECRL melibatkan pembinaan sebanyak 41 terowong dengan jarak keseluruhan kira-kira 69km di sepanjang jajarannya dengan 21 terowong terletak di Seksyen A (Kota Bharu-Dungun) dan SeksyenB (Dungun-Mentakab), manakala 20 terowong di Seksyen C (Mentakab-Port Klang).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 12 2024

Tiga terowong tersebut adalah terowong Bentong 1 sepanjang 561 meter, terowong Kampung Lentang 1 (270 meter) dan terowong Kampung Lentang 2 (478 meter). -Gambar fail/Bernama

Dua lelaki didapati bersalah curi tandas emas di Istana Blenheim
Dua lelaki didapati bersalah mencuri tandas emas bernilai 4.75 juta pound (AS$6.17 juta) dari Istana Blenheim di selatan England.

Anwar arah Kabinet teliti cadangan had tempoh jawatan PM - Fahmi
Cadangan untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun akan diteliti oleh Kabinet,

Lima didenda RM3,000 kemuka maklumat palsu untuk dapatkan sijil kelahiran bayi
Lima individu masing-masing didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini, selepas mengaku bersalah mengemukakan maklumat palsu semasa mendaftar kelahiran lima bayi.

ASEAN perku kekal aman, berkecuali untuk tarik lebih banyak pelabur - Johari
Perkara itu penting kerana tidak ada pihak yang mahu melabur di kawasan bergolak dan susah untuk melakukan perniagaan.

Tun Ameerul Luqman juarai Jelajah PBA dengan perbelanjaan sendiri
Pengorbanan jaguh tenpin boling negara Tun Ameerul Luqman Al-Hakim Tun Hasnul Azam yang sanggup mengeluarkan perbelanjaan sendiri demi bersaing wajar diberi pujian penuh.

Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas lebih 6 jam rakam percakapan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari ibu pejabat SPRM, di Putrajaya, pada pukul 4.35 petang selepas memberi keterangan lebih 6 jam pada Rabu.

Sri Pahang, Kedah masih belum terkubur
Sri Pahang, Kedah masih belum terkubur

Santan, dua jenis bawang India dalam Skim Kawalan Harga sempena Aidilfitri 2025
Sebanyak 26 jenis barangan telah dimasukkan ke dalam senarai skim tersebut, termasuk bawang kecil India, barang kecil ros India, dan santan.

Hujan berterusan di empat negeri - MetMalaysia
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di empat negeri hingga Jumaat ini.

Pesara mengaku tidak bersalah cederakan lelaki bukan Islam tidak berpuasa
Seorang pesara kerajaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan mencederakan seorang pemuda bukan Islam yang tidak berpuasa Ahad lalu.

Terminal Bersepadu Gombak mula terima penumpang
Suasana di terminal masih lengang, hanya beberapa bas kelihatan menurunkan penumpang sebelum meneruskan perjalanan ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

MOT perkenal dasar galak industri kargo, pengangkutan guna ECRL
Kementerian Pengangkutan akan memperkenalkan dasar baharu bagi menggalakkan syarikat kargo dan pengangkutan menggunakan perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

ECRL: Kabinet lulus cadangan ubah pembinaan ke landasan berkembar libat jajaran di Pelabuhan Klang
Loke berkata kos pembinaan landasan berkembar itu tidak memerlukan peruntukan tambahan oleh kerajaan serta tidak akan meningkatkan kos pembangunan keseluruhan Projek ECRL.

Pemberhentian kerja helikopter kedua tapak projek TNB tak jejas projek ECRL - Loke
Tindakan pemberhentian kerja bagi penggunaan helikopter kedua yang terlibat dalam kerja penyelenggaraan di tapak projek TNB di Bentong, Pahang, tidak menjejaskan Projek Laluan ECRL.

Fasa ujian, pentauliahan ECRL bermula Jun 2026
Ia bertujuan memastikan kesediaan sistem ECRL dapat berfungsi dengan baik dan lancar sebelum ia beroperasi sepenuhnya.

Pembinaan ECRL Terengganu terpantas, capai kemajuan 90 peratus - Ahmad Samsuri
Terengganu menjadi negeri paling pantas ketika ini dalam pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berbanding tiga negeri lain apabila telah mencapai tahap kemajuan 90 peratus.

Landasan ECRL Maran-Kota Bharu siap lebih awal daripada jadual
Kerja-kerja pemasangan landasan ECRL sepanjang 400 kilometer (km) dari Maran, Pahang ke Kota Bharu, Kelantan dapat disiapkan dua bulan setengah daripada jadual asal.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.

90 plot kubur di Selat Klang selesai dialihkan - JAIS
Sebanyak 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, Daerah Klang yang terlibat dengan ECRL telah selesai dialihkan menerusi Pelan Tindakan Pengalihan Tapak Perkuburan Islam.

Malaysia-China kongsi risiko kerugian kos operasi ECRL sama rata, kalau untung kita ambil 80 peratus - Loke
Syarikat pengendali Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Constructions ECRL Sdn Bhd (CCCECRL) akan menanggung kerugian secara bersama iaitu 50-50.