Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini menyatakan bahawa program membasmi kemiskinan 1Azam yang pernah diperkenalkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia (KPWKM) dikesan mempunyai masalah berikutan kelemahan pelaksanaannya.
Antara kelemahan projek yang sepatutnya menawarkan peluang pekerjaan kepada golongan miskin itu adalah 1Azam tidak menggunakan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan melanggar peraturan perolehan, kata Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Kenyataan beliau yang telah dilapor di kebanyakan portal media tempatan itu antara lain mendedahkan tentang beberapa masalah lain seperti ketiadaan semakan dibuat terhadap kelayakan peserta.
“Pemilihan peserta 1Azam yang tidak melalui E-Kasih, dan bukan kumpulan sasar.
“Tiada semakan dibuat untuk memastikan mereka benar-benar layak untuk menyertai program berkenaan,” ujar beliau yang ditemui media selepas mempengerusikan mesyuarat PAC di bangunan Parlimen hari ini.
Nur Jazlan turut menyentuh tentang ketiadaan justifikasi pembelian barangan selain peserta program sendiri yang tidak mempunyai komitmen dengan peralatan yang dibekalkan.
Jelas beliau, tempoh jaminan jangka pendek bagi peralatan seperti mesin jahit, ketuhar dan peti sejuk yang diberikan kepada peserta program juga menyebabkan masalah kerana barangan yang rosak tidak dapat dituntut semula di bawah jaminan tersebut.
Projek 1Azam yang merupakan usahasama KPWKM dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Amanah Ikhtiar Malaysia bertujuan untuk membantu meningkatkan taraf ekonomi golongan berpendapatan rendah.
PAC bercadang untuk memanggil Ketua Setiausaha KPWKM pada tahun 2012, Datuk Seri Norul Ainul Mohd Nor selain Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara, Datuk Syed Abd Rahman Syed Mohamad bagi member penjelasan berhubung program itu.
Astro Awani
Tue Mar 24 2015

NUR JAZLAN: 1Azam tidak menggunakan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

PM Najib kongsi kisah kejayaan seorang wanita
Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi mengenai mengenai kisah seorang wanita yang berjaya dalam perniagaannya selepas mendapat bantuan kerajaan.