KLANG: Suasana di Gereja The Church of Our Lady of Lourdes, Klang, pada Sabtu terkawal dengan hanya aktiviti dalaman yang dijadualkan di rumah ibadah berkenaan selepas Projek Artikel 11 Jom Ziarah Gereja dibatalkan pihak penganjur pada saat akhir.
Wakil Impact Malaysia ketika ditemui Sinar Harian di gereja berkenaan berkata, badan bukan kerajaan (NGO) itu tetap berada di lokasi bagi memastikan tiada sebarang perkara tidak diingini berlaku.
Menurut wakil NGO yang enggan dikenali itu, program berkenaan tidak berlangsung pada Sabtu susulan keputusan dikeluarkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh di Parlimen, baru-baru ini.
"Kita sudah berada di sini sejak pagi bagi memastikan tiada perkara tidak diingini berlaku dan akan bekerjasama dengan pihak polis bagi memastikan keadaan terkawal.
"Program ini dibatalkan selepas keputusan dikeluarkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh di Parlimen sebelum ini," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Gereja The Church of Our Lady of Lourdes, di sini pada Sabtu.
Program berkenaan adalah inisiatif bawah Projek Artikel 11 diterajui Impact Malaysia yang bernaung di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Inisiatif program dikatakan bertujuan membuka minda belia Malaysia mengenai budaya dan kepercayaan pelbagai bangsa melalui lawatan serta aktiviti sukarelawan di Lembah Klang.
Selasa lalu, Hannah ketika ucapan penggulungan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat menjelaskan bahawa program berkenaan tidak membabitkan individu beragama Islam dalam aktiviti ziarah gereja.
Beliau dilaporkan berkata, program berkenaan bukan bertujuan untuk memberi gambaran semua agama yang dianuti rakyat Malaysia adalah sama rata. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Mar 18 2023
Keadaan di Gereja The Church of Our Lady of Lourdes, Klang terkawal dengan hanya aktiviti dalaman yang dijadualkan pihak gereja. -Foto Sinar Harian
Piala ASEAN 2024: Vietnam mara ke final, tewaskan Singapura agregat 5-1
Rafaelson Fernandes muncul wira Vietnam apabila meledak jaringan berganda untuk membantu pasukan mara ke pentas akhir kejohanan berprestij itu.
Presiden Azerbaijan dakwa Rusia bertanggungjawab
Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev secara terbuka mendakwa Rusia telah menembak pesawat penumpang Azerbaijan Airlines J2-8243 pada 25 Disember lepas, menyebabkan ia terhempas.
Media tempatan Azerbaijan melaporkan, Aliyev membuat dakwaan tersebut sewaktu ditemuramah di Lapangan Terbang Baku
Media tempatan Azerbaijan melaporkan, Aliyev membuat dakwaan tersebut sewaktu ditemuramah di Lapangan Terbang Baku
Kelantan,Terengganu dan Sabah dilanda banjir
Situasi banjir di Kelantan dan Terengganu semakin buruk dengan peningkatan jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kedua-dua negeri itu kembali dilanda bencana tersebut pada Ahad.
Berdasarkan portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 18 pps dibuka di tiga daerah di Kelantan manakala Terengganu terpaksa membuka semula 16 PPS di dua daerah.
Berdasarkan portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 18 pps dibuka di tiga daerah di Kelantan manakala Terengganu terpaksa membuka semula 16 PPS di dua daerah.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 29 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 29 Disember 2024.
Festival Citrawarna Kampong Bharu tarik pelancong dekati nilai sejarah
Festival anjuran OMNI Holdings Sdn Bhd yang berlangsung selama tiga hari sejak Jumaat lepas itu menampilkan pelbagai aktiviti menarik.
China perkenal prototaip kereta api terpantas di dunia
Prototaip kereta api laju CR450, yang mampu beroperasi pada kelajuan 400 kilometer sejam (km/j), diperkenalkan di Beijing pada Ahad, menurut pengendali kereta api negara itu.
Kapal persiaran mega buatan China terima 600,000 pelancong
Kapal persiaran mega pertama China, Adora Magic City telah menyelesaikan 84 pelayaran dan menerima 600,000 pelancong pada tahun pertama operasi komersialnya, menurut Kastam Shanghai
Mayat 24 warga Azerbaijan dibawa pulang
Mayat 24 warga Azerbaijan yang terbunuh dalam nahas pesawat Azerbaijan Airlines (AZAL) berhampiran Aktau, Kazakhstan telah dibawa pulang ke ibu negara Baku, lapor media tempatan.
Taiwan tutup 14 sekolah pada 2024
MOE mendedahkan bahawa 14 institusi itu terdiri daripada sembilan sekolah rendah, sebuah sekolah menengah rendah dan empat institusi pengajian tinggi.
Program ziarah gereja batal: Penganjur pastikan keadaan terkawal
Program berkenaan adalah inisiatif bawah Projek Artikel 11 diterajui Impact Malaysia yang bernaung di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).