Perhatian anak-anak utara!
Program Temuduga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) kali ini akan menemui golongan muda di kawasan utara Semenanjung pada 14 dan 15 April ini di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar.
Penganjuran ketiga ini yang bakal dirasmikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, bakal disertai lebih 60 buah syarikat dengan tawaran lebih 6,000 peluang pekerjaan.
Kata Ketua Sekretariat SL1M, Norashikin Ismail, penganjuran kali ini menyasarkan penyertaan dari Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan kawasan Perak Utara yang tidak berkesempatan mengikuti program sebelum ini.
Semestinya, ini satu peluang yang tidak patut dilepaskan, lebih-lebih lagi apabila elaun telah dinaikkan kepada RM2,000 sebulan seperti yang diumumkan Perdana Menteri, datuk Seri Najib Razak pada Februari tempoh hari.
“Kita bangga apabila kenaikan elaun ini menyaksikan ramai graduan tampil ke hadapan untuk sertai SL1M dan tidak lagi menganggap ini satu program cheap labour kerana jumlah elaun itu sebenarnya lebih daripada yang diberi kepada pekerja tetap oleh sesetengah syarikat,” jelasnya dalam sidang media hari ini.
Seperti penganjuran sebelum ini, temu duga terbuka kepada semua yang mencari pekerjaan baik di posisi pekerja tetap, separuh masa atau kontrak dengan keperluan kelulusan serendah darjah enam.
Pada masa sama, Norashikin turut mengingatkan para pelatih di bawah SL1M yang tidak mendapat elaun penuh RM2,000 boleh melaporkan kepada Sekretariat SL1M untuk tindakan lanjut.
Namun menurutnya, setakat ini semua syarikat terlibat memberi kerjasama baik biarpun perlu meningkatkan bayaran kepada pelatih mereka, malah lebih banyak syarikat yang menanti giliran untuk menyertai program itu.
“Ini merupakan penganjuran terakhir bagi suku pertama 2018 sebelum berehat seketika untuk memberi laluan kepada bulan Ramadan, Hari Raya, Pilihan Raya dan akan bersambung semula Julai nanti,” katanya.
Pelbagai aktiviti dan jualan akan menghiasi program tersebut yang berlangsung dari jam 7.30 pagi hingga 6 petang.
Turut dimaklumkan, 12 kumpulan artis tanah air antaranya kumpulan Wings, Kugiran Masdo, Pesawat, dan ramai lagi termasuk Faizal Tahir selaku Duta Utama SL1M, sedia berkongsi perjalanan karier masing-masing selain menghiburkan kira-kira 10,000 pengunjung yang dijangka memenuhi pekarangan stadium dalam acara dua hari itu.
Rugi kalau hangpa tak mai, lagi-lagi yang dok saja kat rumah nuh!
Israr Khalid
Mon Mar 26 2018
Penganjuran kali ini menyasarkan penyertaan dari Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan kawasan Perak Utara yang tidak berkesempatan mengikuti program sebelum ini. - Gambar fail
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Kanak-kanak perempuan dua tahun ditemukan lemas dalam longkang
Luluh hati seorang datuk apabila melihat cucu perempuan kesayangannya ditemukan lemas di dalam longkang di Alor Setar malam tadi.
Banjir Kedah: 'Tidak lena tidur, risau air naik...' - Penduduk
Tinjauan di sekitar Kampung Simpang Chegar Kota Setar mendapati kebanyakan kawasan sudah dilimpahi air kira-kira dua hingga tiga kaki.
Suspek kelar isteri dan anak minta izin tidur di masjid - Imam
Suspek direman bagi membantu siasatan kes pembunuhan isteri dan anaknya telah memohon untuk menumpang tidur di Masjid Al Hidayah, Bukit Pinang.
Dua mayat wanita ditemukan dalam longkang di Alor Setar
Dua mayat wanita ditemukan di dalam longkang di belakang sebuah bangunan terbiar di Lebuhraya Sultan Abdul Halim, hari ini.
Treler terbabas, 40,000 liter susu getah tumpah di lebuh raya
Jabatan Alam Sekitar Kedah sedang memantau rapi kerja-kerja pembersihan 40,000 liter susu getah yang tumpah selepas sebuah treler terbabas.
Mayat lelaki ditemui dalam longkang di Alor Setar
Orang awam yang ketika itu sedang berjalan bersama anjingnya menemui mayat dalam keadaan tertiarap di longkang pada jam 6.30 petang.
Lelaki mengaku tidak bersalah sebabkan kematian suspek samun
Tertuduh, Han Boon Hau, 33, yang bekerja di kedai aluminium bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
Laskar Kanan Maritim mengaku tidak bersalah 12 tuduhan rasuah
Mengikut pertuduhan, semua kesalahan didakwa dilakukan Mohd Fazli di Maybank Islamic Centre, Jalan Sultan Badlishah, Alor Setar.
Suami sempat lindung isteri dan anak sebelum maut dihempap pokok
Tindakan suami menghulurkan tangan berjaya menyelamatkan isteri dan anak sebelum maut selepas kenderaan yang dipandu dihempap sebatang pokok.
Lelaki pukul anggota JPJ dipenjara sehari, denda RM4,000
Seorang lelaki memukul anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang tular di media sosial telah dipenjara satu hari dan didenda RM4,000.