KOTA TINGGI: Program Temu Anwar, iaitu perjumpaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pelajar di beberapa universiti kebelakangan ini, adalah untuk berkongsi hala tuju negara, sekali gus menggalakkan pelajar menerapkan nilai-nilai yang boleh membantu menyumbang kepada kejayaan negara.
Membidas dakwaan pembangkang kononnya program itu boleh dilihat sebagai kempen politik secara terbuka di universiti, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata lawatan berkenaan langsung tidak ada kena-mengena dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan pada 12 Ogos ini.
Sebaliknya, Ahli Parlimen Kota Tinggi itu berkata Anwar merupakan satu-satunya Perdana Menteri yang sangat mengambil berat tentang pelajar dan orang muda.
"Kalau kita dengar ucapan dia (Anwar), antaranya mahu supaya pelajar selain daripada kritis dia mahu pelajar kreatif, dia juga mahu pelajar jangan taksub tetapi perlulah menggunakan pemikiran, mestilah memiliki pemikiran rasional.
"Semua itu, kalau saya pun, memang itulah yang saya nak cakap kepada pelajar kerana masa depan negara bergantung kepada (bagaimana) kita dapat lahirkan (pemimpin).
"Satu, bukan sahaja kekuatan fizikal tetapi juga kekuatan pemikiran dan kekuatan kerohanian ... (itu) tiga perkara yang penting yang saya ingat selari dengan konsep Malaysia MADANI yang kita nak capai melalui perkara ini," kata beliau kepada pemberita di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tan Sri Jaafar Albar di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan segelintir pihak yang mahu Ahli Parlimen Tambun itu menghentikan program berkenaan di universiti, sebaliknya menumpukan sepenuh perhatian ke arah menangani kesusahan rakyat dan ekonomi negara.
Terdahulu, Mohamed Khaled yang merasmikan UPSI Smarthome Schooling@Johor di SMK berkenaan berkata ia merupakan program tuisyen berfokuskan lima mata pelajaran teras, yang akan membantu meningkatkan kualiti pendidikan murid B40 melibatkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.
Program tuisyen itu yang akan bermula 1 Ogos hingga 22 Okt ini melibatkan enam sekolah di kawasan Parlimen Kota Tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 22 2023

Mohamed Khaled merasmikan Bas Pendidikan UPSI pada Majlis Pelancaran Program Smart Home Schooling Tuition Sekolah-sekolah Menengah Parlimen Kota Tinggi di SMK Tan Sri Jaafar Albar, Kota Tinggi, hari ini. --fotoBERNAMA
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.

Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled
Sewaan 28 buah helikopter untuk kegunaan pelbagai agensi keselamatan negara telah dilakukan secara teratur dan bersandarkan keperluan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Kos pelaksanaan PLKN 3.0 lebih rendah - Mohamed Khaled
Kos pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara 3.0 lebih rendah berbanding dua siri program berkenaan sebelum ini.

Malaysia, Thailand komited perkukuh hubungan, teroka kerjasama baharu dalam pertahanan
Malaysia dan Thailand komited untuk memperkukuhkan hubungan sedia ada, selain meneroka peluang kerjasama baharu termasuk dalam konteks pertahanan.

UMNO cadang had umur anggota sayap Puteri 40 tahun - Khaled Nordin
Cadangan berkenaan sudah dibawa ke peringkat negeri dan bahagian UMNO di seluruh negara untuk dibincang serta diperhalusi secara mendalam.

Kementerian Pertahanan gariskan tiga fokus sepanjang Kepengerusian ASEAN
Mohamed Khaled berkata fokus kedua adalah bagi memastikan ASEAN diangkat sebagai platform diplomasi terbaik dalam menguruskan sebarang cabaran serantau.

Mindef beri perhatian perumahan, pendidikan warga ATM tahun ini
Kementerian Pertahanan (Mindef) akan memperkasakan aspek kesejahteraan warganya dengan memberi tumpuan kepada aspek keselesaan tempat tinggal dan pendidikan pada tahun ini.

RM12 bilion perolehan aset ATM tahun ini - Mindef
Sebanyak RM12 bilion diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia untuk perolehan aset bagi meningkatkan keupayaan pertahanan negara pada tahun ini.

Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.

Siasatan RCI berkaitan Batu Puteh bagi fahami fakta di sebalik keputusan tidak teruskan semakan
Mohamed Khaled berkata siasatan itu penting kerana ia melibatkan kedaulatan negara sehingga menyebabkan negara kehilangan hak terhadap kawasan berkenaan.

Isu buli: 'Roll call' lebih kerap, tambah CCTV di ALK UPNM - Khaled Nordin
Langkah keselamatan bagi kadet di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) akan ditingkatkan.