Program sarana ibu bapa dan sekolah menunjukkan perkembangan positif dalam perkongsian ilmu antara dua pihak berkepentingan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sehingga kini lebih 50 peratus Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) di bawah program dua sarana ditubuhkan di seluruh negara.
``Sebanyak 62.3 peratus KSIB ditubuhkan di sekolah menengah manakala 60.3 peratus lagi di sekolah rendah seluruh negara. Melalui KSIB ini lebih banyak interaksi, perkongsian dan percambahan ilmu dapat dijalankan bagi membantu pihak sekolah melaksanakan aktiviti sokongan pengajaran dan pembelajaran,''
Muhyiddin berucap pada Majlis Konvokesyen dan Anugerah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Taman Pameran Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini.
Katanya, kejayaan itu merupakan hasil keberkesanan sarana ibu bapa dan sekolah yang diperkenalkan sebelum ini.
Program latihan berkaitan ibu bapa melibatkan lebih 332,000 guru di 8,753 buah sekolah serta membabitkan lebih 2.2 juta ibu bapa di 9,023 sekolah di seluruh negara.
Jelas Muhyiddin, perkembangan sarana dapat dilihat apabila terdapat ibu bapa yang prihatin datang melawat bilik darjah, meninjau secara dekat perkembangan anak-anak dan melihat keperluan yang masih kurang di sekolah.
``Ibu bapa yang berada dalam bidang perubatan, kejuruteraan, statistik, reka bentuk, pertanian moden dan lain-lain bidang kerjaya boleh juga menyalurkan kepakaran mereka kepada kumpulan yang akan menjadi pemimpin masa depan.
``Mereka turut terlibat dan mengambil berat masalah disiplin di sekolah selain membantu meringankan beban tugas guru dalam mengatasi masalah ini. Jika ibu bapa sama-sama menangani masalah disiplin murid, guru pasti dapat memberi tumpuan di bilik darjah,'' ujarnya.
Katanya, PIBG cemerlang disifatkan yang dipimpin Yang DiPertua PIBG terbaik yang berjaya bertindak sebagai jambatan penghubung di antara sekolah dan ibu bapa.
``Mereka juga individu yang berjaya meraih sokongan, penglibatan dan sumbangan sama ada dalam bentuk idea, tenaga, masa, moral dan material daripada semua pihak dalam menjana keberhasilan murid serta kejayaan sekolah,'' jelasnya.
Pada majlis sama, Sekolah Kebangsaan Setiawangsa, Kuala Lumpur diumum penerima anugerah PIBG cemerlang terbaik keseluruhan.
Sekolah berkenaan memenangi hadiah wang tunai RM50,000.
Wan Syamsul Amly
Sat Apr 19 2014
Tan Sri Muhyiddin Yassin - Gambar Fail
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini
Bakal berlangsung selama 3 jam setengah ini, konsert ini akan dipenuhi dengan lagu-lagu hit daripada dua buah kumpulan ini.
Pakar saham Bumiputera, Nazarry Rosli meninggal dunia akibat COVID-19
Allahyarham kerap muncul di Astro AWANI sebagai tetamu mengulas tentang keadaan pasaran saham serta nilai ringgit.
Perginya seorang ayah angkara COVID-19...
Kehilangan orang tersayang bukanlah suatu perkara yang mudah untuk diterima oleh mana-mana individu, namun ia harus jua ditelan dengan reda.
MAHA 2020 akan diadakan secara hibrid - Ismail Sabri
Malaysia Agriculture Horticulture and Agrotourism (MAHA) 2020 akan diadakan pada 26-29 November 2020.
Sultan Johor cadang gelaran mat rempit ditukar kepada 'brother motor'
Sultan Ibrahim yang juga peminat motosikal berkuasa tinggi bertitah gelaran 'mat rempit' berbunyi seperti sampah masyarakat dan menggambarkan golongan itu sebagai samseng jalanan.