SERI KEMBANGAN: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dengan kerjasama Persatuan Anak Borneo Semenanjung (ABS) buat julung kalinya menganjurkan Program Ramah Tamah UNITI Kaamatan dan Gawai yang berlangsung di sini, bermula 23 hingga 25 Jun ini.
Menterinya, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, program itu bertepatan dengan agenda Semarak UNITI Keluarga Malaysia di samping memberi peluang kepada masyarakat di seluruh negara, khususnya di Semenanjung menghayati kepelbagaian etnik dan budaya masyarakat Sabah dan Sarawak.
"Sambutan ini dapat diadakan di Semenanjung yang bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat di
Semenanjung berkaitan kebudayaan negeri Sabah dan Sarawak.
"Kemeriahan sambutan Tadau Kaamatan dan Hari Gawai yang kita raikan pada hari ini merupakan simbolik
kepada semangat UNITI yang bertujuan untuk memupuk semangat kebersamaan dan kekitaan dalam
menerima kepelbagaian budaya Keluarga Malaysia yang menjadi tunjang kepada kelestarian keharmonian dan kemakmuran yangkita miliki hari ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Program Ramah Tamah UNITI Kaamatan dan Gawai, di The Mines 2, Seri Kembangan, pada Sabtu.
Dalam pada itu, Halimah turut mezahirkan harapan agar program sebegini dapat menjadi tapak memperkukuh ikatan perpaduan dan semangat integrasi nasional dalam kalangan Keluarga Malaysia keseluruhannya.
“Melalui pelbagai acara yang menggambarkan keharmonian budaya dan etnik masyarakat Sabah dan Sarawak sepanjang tiga hari, Program Ramah Tamah UNITI Kaamatan dan Gawai kali ini diharap dapat menyuburkan lagi tapak-tapak integrasi dalam kalangan seluruh masyarakat Keluarga Malaysia," katanya lagi.
Ehsan A Marisah
Sat Jun 25 2022
Halimah mezahirkan harapan agar program sebegini dapat menjadi tapak memperkukuh ikatan perpaduan dan semangat integrasi nasional dalam kalangan Keluarga Malaysia keseluruhannya. - Astro AWANI
EPL: Salah jaring gol bersejarah, Liverpool bangkit atasi Leicester
Jordan Ayew membuka jaringan seawal minit keenam tetapi ia masih belum cukup untuk mengeluarkan mereka dari zon penyingkiran.
India berkabung atas kematian bekas PM Manmohan Singh, sanjung legasi reformasi ekonomi
Singh, yang meninggal dunia pada usia 92 tahun di New Delhi malam Khamis, merupakan tokoh ekonomi dan pemimpin yang sangat dihormati.
Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Tiga maut, empat cedera parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Kejadian berlaku berhampiran Raftsundet di kepulauan Lofoten, destinasi pelancongan terkenal di utara Norway.
EPL: Gol dramatik Muniz buat Chelsea tersungkur di laman sendiri
Pertukaran pemain yang dilakukan Marco Silva pada lewat permainan membuahkan hasil yang cukup lumayan.
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Risiko & Peluang 2025: Menyingkap dinamika pergolakan pasaran
Ikuti perkongsian eksklusif bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof tentang landskap ekonomi terkini dan potensi hala tuju Malaysia pada 2025.
AWANI Ringkas: Kesalahan khalwat berulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kementerian Perpaduan pastikan kelab, sekretariat Rukun Negara diwujudkan di seluruh negara
Setakat ini terdapat 6,621 Kelab Rukun Negara di sekolah rendah dan menengah di seluruh negara sejak 2004 dan 172 Sekretariat Rukun Negara di IPT.
Halimah: Anggota UMNO berhak nilai prestasi pemimpin
Anggota UMNO berhak untuk menilai prestasi seseorang pemimpin parti itu dan seterusnya menentukan sama ada mereka perlu dikekalkan atau tidak dalam jawatan masing-masing