Program di Kampung Chhnang, Phnom Penh itu bakal diisikan dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan termasuklah aktiviti pendidikan.
Bantuan makanan kepada keluarga yang kurang berkemampuan akan turut diberikan termasuk program menjaga kebersihan diri.
Program itu juga mengutip sumbangan orang ramai untuk membina kawasan pam air bagi menyediakan bekalan air bersih kepada penduduk kampung.
Pihak program juga akan mengadakan aktiviti sukaneka dengan pelajar sekolah setempat bagi mengeratkan hubungan dengan penduduk setempat.
Bukan itu sahaja, program cultural exchange atau pertukaran budaya akan turut diadakan bersama universiti tempatan, Universiti Phutisastra.
*Laporan ini disediakan oleh Awani Rangers UTM, Muhammad Saifulnizam Mohd Yunus.
**Awani Rangers ialah inisiatif Astro AWANI bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.
***AwaniRangers UTM ialah inisiatif kerjasama strategik Astro AWANI dan Universiti Teknologi Malaysia.