Lima Universiti Penyelidikan negara, yang disenaraikan antara satu peratus universiti teratas di dunia bagi dalam ranking 2017/2018 oleh Quacquarelli Symonds (QS), sememangnya telah menunjukkan peningkatan dalam program-program penyelidikan masing-masing.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata sejak penubuhan Universiti Penyelidikan 10 tahun lepas, kualiti universiti-universiti berkenaan memang bertambah baik dan berpotensi menyaingi universiti-universiti ternama dunia.
Beliau berkata pemilihan Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Unversiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) menduduki ranking berkenaan dibuat secara profesional oleh QS.
"Pemilihan itu dibuat berasaskan laporan daripada 75,000 akademia, 40,000 majikan, 12.3 juta laporan penerbitan dan 75.1 juta sitasi yang mempunyai reputasi tinggi seperti Scopus dan Elsevier," katanya kepada media selepas berucap pada Program Amal PUSPANITA cawangan Kementerian Pengajian Tinggi di Masjid Hadhari Jertih di sini, pada Sabtu.
Sambil menyangkal dakwaan beberapa pihak di media sosial yang mempertikai cara QS melakukan penilaian itu, beliau berkata laporan QS itu tidak boleh dipertikaikan kerana ia dikeluarkan oleh mereka yang tidak mempunyai sebarang kepentingan.
Sehubungan itu, Idris meminta pihak-pihak yang tidak mempunyai pengetahuan bagaimana penilaian QS dilakukan supaya jangan membuat sebarang andaian kerana ia akan membataskan usaha Kementerian Pendidikan Tinggi dan pihak universiti untuk meningkatkan prestasi masing-masing.
Pada program amal PUSPANITA itu, seramai 100 ibu tunggal menerima wang saku dan barangan keperluan harian manakala 10 masjid di sekitar Jertih menerima sumbangan Al-Quran, sejadah dan kain sembahyang yang disumbangkan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), PTPTN dan Jabatan Politeknik Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 11 2017
Idris meminta pihak-pihak yang tidak mempunyai pengetahuan bagaimana penilaian QS dilakukan supaya jangan membuat sebarang andaian.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Fahmi berkata ia termasuk isu Internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses Internet berkelajuan tinggi lebih meluas.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pelupusan hutang peneroka Felda telah dilaksana ketika saya jadi PM - Muhyiddin
Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa tuduhan dilemparkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pelupusan hutang peneroka FELDA merupakan pembohongan besar.
Shabery Cheek dilantik Pengerusi baharu Felda
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek diumumkan sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang baharu berkuat kuasa 1 Julai 2023.
Idris Jusoh lepaskan jawatan Pengerusi Felda
Idris menerima keputusan Pejabat Perdana Menteri bagi memberi laluan kepada lantikan pengganti beliau.
Penyata hutang peneroka Felda dibentang akhir Jun
Penyata hutang peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bagi 2022 akan dibentangkan selewat-lewatnya hujung Jun ini.
Malaysia-Indonesia capai resolusi kurang kadar kemiskinan, model Felda akan jadi contoh
Malaysia dan Indonesia telah mencapai satu resolusi untuk mengurangkan kadar kemiskinan di Asia Tenggara serta meningkatkan sekuriti makanan di rantau ini.
Pelupusan sebahagian hutang peneroka Felda beri impak kepada aliran tunai
Pelupusan sebahagian hutang peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berjumlah RM8.3 bilion yang selesai dilaksanakan pada tahun 2021 telah memberi impak besar kepada aliran tunai Felda.
Tiada perancangan kembalikan Felda United FC - Idris Jusoh
Felda mempunyai perkara yang lebih besar untuk dititikberatkan sebagai proses rasionalisasi lembaga itu.
PRU15: Idris umum tak bertanding, beri laluan pemimpin muda
Keputusan untuk tidak bertanding pada PRU diambil sejak 2013 bagi memberi laluan kepada pimpinan muda meneruskan legasi parti.
PRU15: Idris Jusoh serah kepada parti tentukan pencalonan
Tan Sri Idris Jusoh menyerahkan kepada pucuk pimpinan UMNO, untuk menentukan sama ada beliau akan disenaraikan bagi mempertahankan kerusi Parlimen Besut yang disandangnya.
Dewan Rakyat: Kerjasama pelbagai agensi diperkukuh elak penipuan visa furada berulang - Idris
Bagi musim haji 2022, TH telah memberikan lesen kepada 22 syarikat PJH dan THTS untuk mengendalikan pakej haji.